Dari ‘Friendly’ Ke ‘Awkward’

Hai, salam semua. Aku Cik Mawar, berumur di penghujung 20an. Buat pengetahuan semua aku masih bujang dan masih tinggal dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga ku yang lain.

Daripada tajuk, aku nak cerita alkisah hubungan ku dengan sorang kawan lelaki aku ni.

Harap daripada penceritaan ni dapatlah sesiapa bagi sedikit pandangan. Sebab ada sedikit isu panas dan kekeliruan hahaa.

Dijemput semua baca alkisah ku yang tak berapa nak penting pon pada korang huhu..

Buat pengetahuan, kami kenal dah lama mungkin lebih dari 10 tahun.

Bermula dengan kenalan lalu masing-masing ada rasa suka yang sama tetapi disibukkan dengan kehidupan menimba ilmu dari menara gading hinggalah ke fasa kerjaya masing-masing.

Nak dijadikan cerita, dia tiga tahun lepas kami ada berhubung semula.

Mulanya okay sahaja. Kami berkawan-kawan dan dia pun menunjukkan respond dan minat yang positif terhadapku.

Nampak dia bagi hint untuk ke fasa seterusnya untuk berkahwin, memandangkan kami pon dah kenal lama dan masing-masing dah capai usia dewasa.

Kami pon sering bervideo call. Jumpa pon adalaa dalam dua tiga kali je sebab dia pon sibuk asyik kerja je. Tapi yang sebenarnya aku tak berapa suka sangat pon kat dia dah.

Perasaan dulu yang pernah ada pon dah hilang. Mungkin sebab kami tidak pernah terikat dengan apa-apa hubungan, menyebabkan aku sudah beralih arah dan kenal dengan orang lain juga sebelum tu.

Tapi aku dengan orang lain tu takda jodoh pula.

Aku berfikir untuk cuba balik pada dia semula. Aku cubalah mana tahu boleh pupuk perasaan tu kembali.

Lagi satu aku dah malas nak bercinta-cinta sangat. Niat nak cari suami dan kahwin terus je. Cinta-cinta last2 kelaut juga huhu..

Tapi yang jadi masalah aku dengan dia sekarang sebab aku teringat last video call aku dengan dia, macam ada unsur 18 sikit. Itulah last video call dengan dia yang aku ingat.

Tambah pula waktu tu aku memang tak berminat dengan dia. Jadi lagilaa aku tak suka bila dia video macam tu.

Sebenarnya kami bukanlah jenis macam tu, kalau video call pon kami memang selalu behave dan aku pon memang pakai tudung.

Cumanya sekali tu je. Dan tu buat aku rasa awkward dengan dia sampai sekarang. Mungkin dia juga rasa benda yang sama?

Sebabnya dia pon dah tak contact aku dah hahaha..

Lagi satu dia pon bukan jenis lelaki gatal, dari dulu berkawan pon kami semua kenal dia bukan jenis macam tu. Suka mengusik orang tu adalaa.. samalaa macam aku pon.

Kalau aku cerita dan minta pendapat kawan-kawan lain pon semua mesti tak percaya dia macam tu haha..

Atau haritu memang dia dah tak dapat kawal perasaan dia, sebab aku pulak time tu bervideo call dalam gelap sebab dah malam malas nak bukak lampu pakai tudung semua. Ya, itu salah ku juga.

Adakah benda begitu memang biasa bagi pasangan bila dah nak ke fasa perkahwinan? Syaitan dan nafsu..

Aku jadi keliru nak teruskan hubungan dengan dia tapi bila teringat video call yang 18xxx tu aku memang rasa awkward haha.. Macam mana kami nak berbaik semula ni?

Dia pula sampai sekarang masih tak da pengganti lagi. Sekian isu yang sedikit panas.. hehe.

– Cik Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *