Pengalaman Terpedaya Pinjaman Peribadi GoPinjam Touch ‘N’ Go

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca yang dikasihi.

Hari ini saya terdetik untuk berkongsi pengalaman saya membuat pinjaman dari sebuah agensi iaitu Touch ‘N’ Go melalui program GoPinjam yang ditawarkan kepada pengguna.

Sebelum itu saya mahu berkongsi mengenai latarbelakang kewangan saya. Saya berumur 31 tahun dan sudah berkeluarga dan mempunyai seorang cahaya mata.

Saya bekerja di sektor swasta dalam sebuah syarikat yang boleh dikatakan antara yang terbaik di Malaysia.

Namun, saya sebagai rakyat Malaysia juga tidak boleh lari daripada bebanan hutang yang bertimbun-timbun.

Pada bulan Januari 2023, saya terdetik untuk melayari internet mengenai pinjaman-pinjaman peribadi untuk melunaskan hutang-hutang saya yang tertunggak.

Ini kerana kita sebagai seorang Islam, melunaskan hutang adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

Sebab saya tidak sampai hati untuk membiarkan isteri dan anak saya untuk melangsaikannya apabila saya telah tiada nanti.

Banyak tempat-tempat yang saya pergi untuk mendapatkan pinjaman peribadi tersebut tetapi semuanya menawarkan “interest” yang tinggi dan proses kelulusannya amat rumit serta memerlukan pelbagai dokumen sokongan.

Jadi saya terpaut pada sebuah opsyen iaitu GoPinjam Touch ‘N’ Go. Pinjaman ini menawarkan kadar faedah 14.45% p.a. dan prosesnya amatlah cepat.

Sejurus saya apply pinjaman tersebut, tak sampai 1 jam duit telah masuk ke dalam akaun saya.

Jumlah yang saya pinjam tidak banyak pun dalam RM1,400 sahaja. Ini adalah bertujuan untuk melunaskan hutang-hutang kad kredit saya.

Pada mulanya saya amat teruja apabila permohonan berjaya. Kerana boleh lah terus bayar hutang kredit kad saya.

Namun yang tidak seronoknya adalah apabila masa untuk membayar bulanannya.

Seperti yang saya katakan tadi, pinjaman saya adalah bernilai RM1,400. Bulanan saya perlu bayar semula adalah RM126.

Jadi kalau mengikut kiraan “straighforward”, jumlah saya perlu bayar semula adalah RM1,512.

Tetapi kalau pembaca nak tahu, setiap bulan ada interest lain yang saya perlu bayar yang tersembunyi kerana setiap bulan, saya akan dikenakan lagi faedah dalam RM14-17 sebulan. Padahal saya tak bayar lewat pun.

Kalau kita lewat, lagi lah teruk iaitu dikenakan 1% pada baki yang belum dilunaskan.

Jadi total faedah yang saya perlu bayar pada akhir tempoh pinjaman itu berkemungkinan RM300-320.

Saya menyesal sangat-sangat pinjam melalui GoPinjam ini. Ada juga review dari YouTube yang mengatakan GoPinjam ini lebih kurang seperti Ahlong. Baru saya tahu maksud mereka.

Jadi saranan saya kepada pembaca diluar sana, janganlah pinjam dengan GoPinjam ini. Pilihlah agensi-agensi lain untuk membuat pinjaman dan yang patuh syariah.

Mungkin salah saya kerana kurang arif mengenai hal ehwal kewangan.

Tapi ini merupakan satu pengalaman yang bermakna bagi saya kerana saya tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi dan akan lebih berhemah dalam berbelanja.

Tapi, kalau diikutkan, saya bukan seseorang yang sewenang-wenangnya berbelanja untuk “enjoy”

Tetapi saya terpaksa guna kredit kad kerana kos hidup makin tinggi dan kos-kos bahan mentah makanan mencanak naik dan saya nak makan pun tak ada duit yang cukup dan terpaksa berhutang.

Akhir kata, bersama-samalah kita doakan Allah merahmati negara kita dan semoga pihak yang berwajib dapat memantau masalah rakyat yang kesusahan untuk beli barang makanan.

– Azhar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. aku cuba juga.Tak luluspun.Puncanya orang pakai nama.Ctos. nk guna oeguam mahal. yang peliknya masa jalankan tahanan dok dalampun boleh beli singer.pelik. Sampai sekarang tak lulus beli apapun. Aku suka2 cuba. walaupun tahu xlulus. Memang xberminat hutang.Main ngan kompeni besar memang cam tu riba xhabis2.Sekarang kumpul terus cash. cari sekadar nk pakai. Nasib rumah dh buat. Ada tanah sikit.Tapi main ngan ctos walaupun bank Negara bersih. So bagi aku.Lantaklah..ada hikmahnya juga tak terjerumus ngan riba bank.
    Hidup je aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *