Bahagia Cara Kita, Bersyukurlah!

Nama saya Kak Sya, umur awal 40an.. Bersuami dan mempunyai anak anugerah seorang. Baru saja berhenti kerja sebab masalah kesihatan (nanti la cerita kalau ingat ye).

Kak Sya dilahirkan di pedalaman sabah, dilahirkan dalam keluarga kristian, membesar dalam adik beradik ramai, seronok.. Setiap permainan kami tidak perlu kawan – kawan lain pun sudah cukup ahli..

Tapi tidak bermakna kami tidak berkawan, kawan- kawan kami pun ramai, malah rumah kami selalu dijadikan tempat kawan – kawan lepak, bermain gitar dan sebagainya. Ahh rinduuu..

Menginjak umur 20 tahun, merantau di semenanjung untuk mencari rezeki, alhamdulillah.. Allah permudahkan, walaupun hanya kerja biasa- biasa tapi rezeki yang Allah beri cukup.

Setahun sebelum berkhawin Allah jentik hati untuk mengucap dua kalimah syahadah, ASYADUALLAH ILLAHAILALLAH WAASYADUANNAH MUHAMMAD RASULALLAH.

Ramai orang ingat Kak Sya masuk Islam kerana mahu berkhawin, tapi sebenarnya teman lelaki pun tak ada, hanya rakan- rakan sekerja..

Tapi percaturan Allah sangat cantik, bertemu dengan suami, beberapa bulan kemudian bertunang dalam tahun yang sama nikah.

Alhamdullillah..

Kami hidup berumahtangga sama seperti pasangan lain, gaduh baik gaduh baik itu biasa, tapi alhamdulillah tidak lah sampai perang besar besaran, hehe,

Bila salah seorang tengah marah yang seorang lagi akan diam dan begitu lah sebaliknya.

Tahun demi tahun, kami masih lagi berdua, orang sekeliling sudah mula bertanya ‘bila nak bertiga’ hurmm anak lah tuuu..

Tipu lah kalau kami tak terasa, terutamanya Kak Sya lah. Tahun pertama sampai tahun ke 4 perkhawinan adalah masa yang sangat mancabar bagi kami, buat checkup sana sini..

Iui, ivf semua sudah buat tapi rezeki belum berpihak pada kami, gagal ivf yang ke 2, doktor sahkan Kak Sya ada endometriosis, Allahhuakbar, dugaan apa lagi ya Allah..

Tipu lah kalau kata tak ada rasa sedih, menangis sambil buka air paip dalam bilik air itu biasa, cuma lepas nangis terus kan hidup macam biasa, tak perlu meratap bersedih bagai, Allah dah kata belum rezeki kita kan..

Jadi penghujung tahun ke 4 tu kami bincang suami isteri untuk mencari anak angkat..

Sepanjang pencarian ditipu beribu (oleh orang tengah) itu pernah, menangis? Sudah kering a air mata..

Tapi Kak Sya bukan seorang yang mudah berputus asa, mungkin juga sebab keinginan kita untuk ada anak tu yang buat kita kuat,

sebab kadang kadang perasaan nak ada baby tu kuat sangat sampai tak boleh bawa bincang hihi, sampai satu tahap nak pegi hospital tanya kalau ada bayi yang di tinggalkan Hahaha. Serius itu lah yang Kak Sya rasa.

Tahun ke 7 perkahwinan Allah hadirkan malaikat kecil untuk penyeri keluarga kecil kami.. Alhamdulillah, Alhamdullillah.. Tak terhingga syukur kami pada Allah..

Walaupun bukan dari rahim Kak Sya, kami menjaga dia seperti nyawa kami sendiri..

Alhamdulillah lengkap rasanya dikurniakan anugerah Allah yang comel dan seorang suami yang sangat penyayang dan memahami, yang sentiasa mendahulukan kami,

Yang menjaga Kak Sya semasa Kak Sya sakit 3 kali pembedahan buang endometriosis, suami yang sabar menunggu isterinya bila masuk Wad sampai sebulan. (nak nangis) huk huk..

Alhamdullillah anak anugerah kami baru saja masuk Darjah 3 isnin lalu, seronok dia start sekolah pakai baju pengawas, sekolah agama juga pengawas, Alhamdullillah pengawas tu idaman dia dari tahun 1 lagi, ehh..

Doakan anak kami membesar menjadi anak solehah..

BERSYUKUR lah InsyaAllah akan hadir bahagia yang awak cari.. Jangan paksa diri untuk jadi orang lain demi mengejar bahagia..

Akhir sekali, doakan sya sentiasa sihat untuk membahagiakan orang-orang di sekeliling Kak sya..

– Kak Sya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *