Ramadan Terindah

Assalamualaikum.

Sekadar menggamit kenangan lalu. Tahun 2015. Kawasan sekeliling Kaabah sedang renovate. Saya menunaikan umrah sebelum pulang ke tanah air setelah merantau selama setahun di bumi Arab.

Pagi itu kami (para jemaah terdiri daripada rakyat Saudi dan pekerja dari hospital) berkumpul menaiki bas dari Riyadh.

Perjalanan 8 jam sama seperti Selangor ke Kelantan. Sebenarnye pengalaman kedua menaiki bas ke Mekah, tapi kalini seorang diri (tanpa insan yang dikenali).

Saya duduk di seat belakang sekali, jarak dua kerusi dari tingkap. Di hujung sekali seorang wanita Arab.

Semasa dalam perjalanan, saya hanya memandang pemandangan luar. Keadaan dalam bas sangat sejuk dengan aircond. Saya kebetulan memang bawa sweater, terus pakai.

Wanita arab sebelah saya pula mengambil begnya di bawah kaki. Saya terkejut kerana dia mengeluarkan teko kecil dan cawan kecik dari begnya. Dalam hati saya berkata, ‘muat pula’. ‘syai’.

Dia hulurkan cawan berisi teh panas kepada saya. Setelah menolak beberapa kali, saya akhirnya terima juga teh tersebut. Dapatlah turunkan sikit suhu masa tu. Dia juga kesejukan, tapi tidak membawa sweater..

Dia hanya menggunakan kain kecil sambil menahan sejuk. Saya berasa kasihan dan pelawa untuk share sweater, namun dia menolak.

Selepas itu, saya tertidur…

Akhirnya kami sampai di miqat dan pegawai agama dari hosp menyuruh kami berniat ihram umrah.

Owh, saya selitkan sedikit cerita tentang pegawai Arab tersebut. Semasa saya membeli tiket bas dari beliau semasa di hospital, kami seperti ayam dan itik berborak.

Dia tidak faham bahasa Inggeris, manakala saya tidak terlalu faham dan tidak terlalu fasih bahasa Arab. Akhirnya saya hanya menyebut ‘ziarah’ yang bererti umrah, manakala beliau mencatit jumlah di resit.

Dari situ sahaja kami faham sendiri, seperti mana di dalam bas pada ketika itu.

Semasa dalam perjalanan, bas ada berhenti di dua perhentian untuk penumpang ke tandas dan surau untuk solat.

Keadaan tandas agak teruk dan air sangat kecil, tapi saya menetapkan di dalam hati bahawa apa sahaja yang berlaku saya anggap itu semua ujian. Saya berjanji pada diri saya tidak akan merungut atau mengeluh. Hanya mahu cari pahala.

Saya teringat ketika mula-mula umrah bersama kawan-kawan dengan menaiki bas juga, tapi bukan pada bulan puasa. Kami berhenti solat dan makan syawarma. Sangat manis kenangan tersebut, walaupon kami berhimpit-himpit untuk bersolat kerana ruang kecil.

Saya sambung semula ye. Ketika di Mekah, kami dibahagi 3 orang satu bilik. Saya duduk di bilik bersama dua orang staf dari hospital juga.

Perjalanan dari hotel ke Masjidil haram hanya 5 minit menaiki bas. Saya banyak spend time di masjid sahaja, sebelum kami ke Madinah pula nanti. Selesai umrah di Mekah, bas bergerak ke Madinah. Madinah merupakan tempat kesukaan saya.

Saya spend beberapa hari di Madinah sebelum pulang ke Riyadh dan seterusnya ke Malaysia. Saya tidak ikut rombongan bas itu. Saya pulang sendiri.

Pada ketika itu, tiada perasaan takut seorang diri. Saya hanya mahu beribadat dan spend masa di Madinah dengan tenang.

Walaupon pemegang bahagian tepi bagasi saya tercabut, saya tidak rasa susah pon, kerana urusan saya dipermudahkan,

Pemandu teksi membantu saya mengangkat bagasi ke dalam bonet dan mengeluarkan bagasi dari dalam bonet dan tolong bawa sehingga depan hotel. Saya sangat berterima kasih. Masih terbayang senyuman pakcik Arab yang baik hati itu.

Sebelum subuh sehingga tengah malam saya di masjid sahaja, tak berpeluh pon walaupon bulan puasa. Tak terasa haus pon.

Pengalaman paling berharga ketika selepas asar, jawatankuasa masjid akan mengedarkan roti, kurma, air dan yogurt untuk dibungkus. Jemaah dari pelbagai negara membantu membungkus juadah berbuka tersebut.

Ada seorang gadis duduk di sebelah saya. Beliau seorang yang peramah, nama beliau juga melambangkan kecantikan beliau. ‘Ghamila’. Saya masih lagi berkawan dengannya di facebook.

Beliau berasal dari Mesir. Ibu bapanya bekerja sebagai jurutera. Dia ade bercerita dia tidak mahu kahwin awal. Dia suka menimba ilmu, ingin sambung belajar dan tidak mahu hidup dikongkong. Sebab itu juga beliau ke Madinah seorang diri, untuk berdikari.

Saya tengok di facebook, dia sudah berkahwin 5 tahun yang lalu dan berjawatan tinggi juga di sebuah syarikat. Saya kagum dengannya.

Ok, sambung ye. Tiba waktu berbuka. Hari pertama saya hanya minum air mineral, dan selepas solat maghrib, saya hanya makan makanan di dalam masjid bersama jemaah tadi.

Hari kedua, saya berbuka di ruang luar masjid kerana di dalam masjid sudah penuh. Di luar masjid, peniaga-peniaga di kawasan itu sangat pemurah. Mereka membentangkan tikar untuk duduk serta memberi makanan kepada jemaah secara percuma.

Orang Arab tidak akan berkata itu sebagai sedekah, sebaliknye mereka beri sesuatu dengan erti kata ‘hadiah’. Mereka mencari pahala dan keredhaan Allah, terutama pada bulan mulia, Ramadhan..

Makanan yang mereka beri sangat sedap, antaranya nasi beriani, buah-buahan, roti, air kotak, kurma. Saya sangat gembira berbuka di sana.

Ya Allah, rindunya!

Teringat lagi kenangan bersama kawan-kawan. Kami makan aiskrim di perkarangan Masjid Quba’.

Saya sangat leka melihat masjid dan jualan di luar sehingga pegawai terpaksa mencari saya, kerana saya penumpang terakhir yang masih belum masuk ke dlm bas. Malu rasanya. hihi.

Ok, sambung semula ya.

Selepas beberapa hari di Madinah, saya akhirnya pulang ke Riyadh, dan dua hari selepas itu, saya pulang ke Malaysia, juga seorang diri.

Transit di Abu Dhabi selama 6jam. Seorang diri. Hanya tidur di kerusi menunggu.

Dan kini, saya bekerja di tanah air, di samping keluarga. Namun, kenangan lalu tetap akan subur dalam ingatan. Pasti ke sana lagi suatu hari nanti. Doa untuk kita semua. Aamiin.

Sekian, wassalam.

– Naelofar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit