Matang

Assalamualaikum.

Lately banyak kisah artis bercerai, nampak seperti pasangan bahagia, tup tup ada masalah. Rasanya semua pasangan suami isteri akan ada masalah.

Tak ada perkahwinan yang smooth, masing-masing akan rasa masam manis, pahit hempedu alam perkahwinan.

Cuma bila aku renung karakter mereka ni, aku rasa lah mereka sebenarnya tak bersedia untuk berkahwin.

Perkahwinan ni datang dengan tanggungjawab. Bukan sekadar cinta dan rasa nak berpasangan semata. Tapi perkahwinan adalah satu tanggungjawab.

Kenapa aku kata mereka tak bersedia untuk berkahwin. yang perempuan biasanya matang awal, biarpun tak ready sangat, lepas kahwin, dia cuba jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Tapi yang lelaki aku nampak lah seperti tidak matang lagi. Masih lagi nak enjoy, perasan bujang dan nak senang-senang. Masih lagi enjoy, lepak, berpeleseran.

Tak salah nak berhibur. Tapi kau dah ada anak-anak. Mana masa makan budak tu, masa belajar dia, masa main dia, masa tidur dia. Siapa nak guide dan pantau kalau bukan kau?

Kalau kau kat luar, siapa uruskan anak-anak kau. Sah-sahlah isteri kau. Dah tu anak tu anak siapa, takkan anak isteri kau seorang kot?

Common sense mana?

Biasa lelaki ni, mak-mak dia atau adik/kakak dia yang setelkan kerja dia masa bujang dulu. Takyah tipu. Nak jumpa yang jenis reti urus kerja rumah ni aku rasa sikit sangat.

Lepas kahwin, yang lelaki ni, mana yang faham tanggungjawab, dia akan cuba galas tanggungjawab sebagai suami dan ayah.

yang mana masih tak faham atau buat-buat tak faham, (ye lah sebab ada talian hayat yang kerja tu akan disetel oleh orang lain), maka dia masih di alam wat lek wat pis.

Aku bercakap atas dasar pengalaman hidup aku dgn ramainya orang lelaki dalam keluarga aku. Keluarga orang lain aku taktau.

Ditambah selepas aku kahwin, aku kenal pula keluarga suami yang ramai jugak lelaki dalam keluarga dia. So, aku nampak benda sama.

Lelaki ni jenis ambil remeh.

Yang perempuan pula bila makin bertambah anak, makin bertambah tanggungjawab, makin banyak kerja nak kena buat.. Mula lah bengang bila tak cukup tangan.

Baru tersedar, ada suami ke takde suami ke, sama saja. Tetap kau yang kena buat. Lama-lama fed up dengan suami.

Ni jugak aku cakap atas pengalaman sendiri. Aku pernah la rasa nak give up dengan perkahwinan. Cumanya aku ni masih lagi lah tak ambil keputusan macam retis-retis untuk bercerai.

Sebab apa? Alhamdulillah faktor kematangan suami aku meningkat dengan meningkat nya umur.

Suami aku makin bertanggungjawab dan makin ambil kisah hal rumah, hal isteri, hal anak, tak sambil lewa dah.

Ni hasil selepas badai ribut taufan lebih 10 tahun kami layari bahtera. Tak kira berapa banyak dah drama menangis bergaduh semua.

Kalau suami aku masih wat lek wat pis, aku rasa tak mustahil nasib aku sama macam retis.

Suami aku awal kahwin pun camtu, buat slamber je hal ehwal rumah. Aku tak nak biarkan, aku ambil langkah awal. Gaduh pun gaduh la. Asal dia sedar tanggungjawab.

Belum lagi peel lelaki yang dah kahwin perasan bujang, pastu ada hati nak test market kan. Tu dah up satu level lagi ketakmatangan. Diri sendiri pun takleh nak urus, ada hati nak tambah cawangan.

So, pada siapa yang ada anak-anak lelaki, please lah didik anak lelaki.

Aku rasa nak didik anak perempuan lagi mudah dari nak didik anak lelaki. Anak perempuan mudah dengar kata, berdisiplin, rajin buat kerja rumah.

yang lelaki, sepuluh kali kau cakap, belum tentu dia ikut. Kalau kau ibu yang lembik, kau malas nak marah-marah, kau biar je lah dia, sampai ke besar la perangai dia menyusahkan orang. Dah besar, menyusah anak bini pulak.

Tu baru tanggungjawab urus diri sendiri. Dah tua pun belum tentu pandai urus diri.

Belum lagi kau nak didik rasa tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Rasa-rasa umur 30 tahun pun belum tentu mampu matang lagi.

Aku rasa lelaki ni lepas 10 tahun kahwin baru dia matang kot. Ni juga pemerhatian aku terhadap ipar duai aku.

Cumanya samada kau sanggup tahan dengan tak je lah 10 tahun nak hadap sebelum dia matang.

Kalau matang, alhamdulillah. Kalau tak matang, kau pulak konon rela nak buat semua benda atas rasa cinta, pastu meletup, haa baru tau erti penyesalan.

Sekian.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *