Dia Yang Mempesonakan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dia-yang-mempesonakan/).

Assalamualaikum dan selamat berpuasa! Terima kasih admin post kisah saya sebelum ini.

Selepas Hanif menerima lamaran saya, kami berjumpa untuk berbincang pasal isu perkahwinan.

Kami berdua dah matang jadi kami tahu apa yang kami mahukan dalam perkahwinan ini. Bukan kahwin tangkap muat atau bertunjangkan nafsu semata2.

Hanif jujur yang dia tidak mahu PJJ. Dia boleh menanggung saya kalau saya memilih untuk jadi surirumah. Cuma, dia tak mampu nak mewahkan saya seperti kehidupan saya sekarang.

Next, dia nak keizinan untuk mendidik saya dengan cara dia. Dan yang paling penting, bolehkah saya menerima anak2 buah dia seikhlasnya?

Saya jawab yang saya memang dah fikir masak2 nak berhenti kerja dan tolong dia dengan business dia. Pasal didikan, memang itu antara penyebab saya tertarik dengan dia.

Anak2 buah dia comel macam dia jadi saya tak ada masalah nak terima mereka seikhlasnya. Pasal isu kewangan atau taraf hidup berbeza, memang saya dah ready nak berhijrah jadi InshaAllah semuanya baik2 sahaja.

Hanif terkedu mendengar jawapan saya sebab it’s just smooth like marjerin. Dia tidak tahu yang kawan baik saya dah ‘interview’ saya sebelum Hanif hehehe.

Soalan2 dia sudah saya jangkakan. Pemikiran kami sama jadi memang jodoh kami kuat ehem2. Yang penting, jawapan saya memang ikhlas dari lubuk hati.

Saya mengaku dengan dia yang saya tak pandai nak masak sangat sebab saya selalu diet atau makan luar. Saya masak cara western itupun perap2 kemudian campak dalam air fryer ke oven. Nasib baik dia cakap part masak dia boleh handle.

Selepas berbincang, kami bersetuju untuk bertunang selepas 3 bulan. Saya mula berjinak2 memakai tudung selepas bertunang. Pakaian pun dah mula labuh. Mekap dah kurang beberapa inci.

Bila nak berubah memang banyak dugaan. Saya diperli oleh beberapa kawan dan juga rakan pejabat. Saya belajar untuk pekakkan saja telinga. Balik rumah, saya unfriend mereka hehehe.

Saya dan Hanif berkahwin secara simple sahaja sebab kami rasa diri masing2 dah tua. Saya berusia 34 tahun manakala dia pula 36 tahun.

Mak dan geng2 makcik di kampung yang tolong uruskan semua. Kami akad nikah selepas Zohor dan terus buat makan2.

Sebenarnya Hanif dah pesan pakai kasut biasa sahaja tapi saya tak dapat hint dia. Kasut memang dah disediakan dengan baju. Bila kami berdiri, memang saya kena menunduk kepala nak bercakap dengan dia.

Hanif kemurungan sebentar hahaha. Masa nak ambil gambar, saya yang sakit belakang sebab kena adjust2 post tak nak bagi Hanif awkward.

Siapa suruh pendek errrmmm.

Hanif pasang khemah depan rumah. Majlis kami dimuliakan dengan kehadiran anak2 yatim dan golongan istimewa. Hanif memang suka sedekah jadi dia akrab dengan mereka. Nak menari2 ke karaoke memang tak ada huhuhu.

Selepas berkahwin, saya duduk rumah Hanif. Dia siap pasang aircond sebab takut saya panas. Warna rumah, perabut dan hiasan rumah banyak yang bertukar ikut taste saya walaupun saya tak minta.

Rupanya, dia dah suruh Illyas berikan gambar rumah saya sebelum ini. Rumah dia kemas dan teratur sama macam tuan punya badan.

Belakang rumah memang ada kebun kecil. Segala jenis sayur dan ulam ada. Tempat untuk dia bersenam dan bersilat pun ada.

Sebelum subuh Hanif dah bangun. Kebiasaannya, dia solat sunat dulu. Walaupun dia tak paksa saya bangun, saya tetap bangun juga ikut dia.

Jujur saya cakap sebelum ini saya lepak dengan kawan sampai 3 4 pagi kadang2 berkaraoke bagai.

Tapi sekarang, saya tak mampu nak zahirkan perasaan ketenangan yang menusuk jiwa saya. Tanpa sedar, air mata dah mengalir.

Hanif cuak ingatkan saya lapar. Kelam kabut dia suapkan makanan pujuk jangan menangis hahaha. Dia siap standby kotak makanan dalam bilik.

Sejak kehadiran saya, Hanif mula sediakan makanan gaya mewah sikit. Dia ikut pesan orang tua mana ntah yang perempuan selalu kena bagi makan lagi2 bila bangun tidur sebelum dia mengamuk errrmmm.

Masa tengah period, habis dia borong cekelat, keropok dan gula2 dari kedai Pak Man. Tersengih2 Pak Man sambil kira duit. Saya syak Pak Man yang nasihatkan perempuan kena sentiasa bagi makan.

Rutin pagi macam biasa kami akan menghantar Haikal dan Hafiz ke sekolah kemudian ke kedai Hanif. Saya cuba belajar sebanyak yang boleh pasal business kedai dan homestay dia.

Masuk tengahari, Hanif ambil Haikal dan Hafiz balik sekolah. Kemudian, dia masak tengahari sekali dengan makan malam.

Haikal dan Hafiz boleh jaga diri sendiri di rumah lagipun jiran dan mak saya akan jenguk mereka. Kami kembali untuk uruskan kedai Hanif. Kedai selalu Hanif tutup sebelum Maghrib.

Hanif akan bahagikan masa untuk keluarga, kerja dan beribadah. Duit pun dia akan sentiasa siapkan bahagian untuk diderma.

Kalau ada masa, dia akan masak untuk surau atau anak2 yatim. Setiap benda yang dia buat bukan self centered, sentiasa terselit untuk orang lain. Insaf saya yang sebelum ini syok hidup sendiri.

Selepas makan malam, memang dah jadi kebiasaan Hanif dan anak2 buah mengaji. Kalau tak mengaji, Hanif akan berkongsi ilmu atau sembang2. Tanyalah apa2 nanti dia akan jawab.

Kadang2 saya tanya cara nak mengurat suami atau macam mana nak tahu suami ada perempuan lain hahaha.

Bila Hanif marah (cara dia marah adalah dengan tutup mata dan tarik nafas dalam2 pastu mulut dia terkumat-kamit), saya disuruh mengaji. Banned from asking question.

Saya dah lama tinggal mengaji jadi merangkak2 nak baca balik. Awal2 Hanif nak mengajar saya bersendirian tapi saya tak kisah mengaji sekali dengan Haikal dan Hafiz.

Lagi seronok ada budak2 ini. Haikal jenis nerd sikit bila Hanif suruh dia ‘jaga’ bacaan saya, dia siap pegang pembaris. Dia lagi tegas dari Hanif ya Rabbi. Habislah bini dia nanti hurrmmm.

Kehadiran budak2 ini langsung tidak membebankan saya. Malah, saya lagi gembira sebab tak keseorangan. Sekurangnya2 saya tidaklah kekok dalam rumah sebab Hanif jenis krik krik krik sikit.

Budak2 ini sangat baik dan mendengar kata. Ilmu mereka bukan calang2. Walaupun masih kecil, mereka sudah berdikari dan pandai uruskan rumah. Betul2 ikut acuan Hanif.

Bila dah berhijrah, banyak benda kena betulkan. Hanif ada menegur saya mengenai akaun sosial media saya sebelum ini. Saya memang dah archive semua gambar dan delete terus.

Sebenarnya bagus juga delete semua sebab semak tengok komen2 orang yang menyakitkan hati. Tenang jea rasa bila dah tak perlu risau pasal orang lain. Hal2 duniawi ini dah slow2 saya kurangkan.

Masuk part makanan, saya belajar slow2 dengan Hanif. Kadang2 saya masak western cara saya. Hanif memang komen jujur jika ada kekurangan pada makanan tapi dia tegur selepas beberapa hari.

Cara dia lembut dan tidaklah menyakitkan hati. Dia akan guide balik cara nak masak. Lama2, bolehlah dikatakan saya pass the test.

Mak pula selalu mengadu dengan Hanif yang saya tak pernah masak untuk dia.

Well, dah dia tak minat makanan western nak buat camne errrmmm. Saya cakap yang Hanif akan suapkan makanan kalau mak kan mak tak layan pastu banyak pula complaint. Habis merah muka Hanif terus lari ke bilik hehehe.

Hubungan saya dengan mak agak dingin selepas kematian ayah. Namun, selepas berkahwin, saya belajar untuk melepaskan semua kemarahan dan rasa tak puas hati.

Hanif selalu tegur yang isu antara mak dengan arwah ayah tak perlu saya dendam sampai ke penghujung. Selagi ada mak ayah, taatilah mereka. Dia yang hidup yatim piatu ini dah cukup makan asam garam kehidupan.

Mengenai hal business Hanif, saya cadangkan kepada dia untuk mengambil pekerja sebab business dia makin maju. Bila dah ada orang jaga kedai, Hanif tak perlu kelam kabut. Kami upah seorang pekerja dulu untuk uruskan kedai.

Hanif dah boleh relax dan fokus lebih kepada homestay dia. Saya tolong dia modify homestay dia dan promote online di beberapa medium.

Hasilnya sangat positif. Saya volunteer jadi bendahari dia.

Masa kerja, saya cakap terus dengan Hanif yang saya respect dia as a boss. Kalau ada berselisih pendapat ke apa, kami tak akan bawa ke rumah. Vice versa. Selalu saya jeling2 sikit dan bibir muncung itu sahaja. Nanti dia akan hulur cekelat ke gula2 errmmm.

Hanif sebenarnya bijak dan ada banyak idea tapi dia tak pandai nak salurkan. Saya support dia dengan ilmu yang saya ada. Dia pun rajin baca buku2 self help dan business. Saya bantu daftarkan dia ke short course mana yang saya rasa bagus untuk dia.

Sebelum ini, memang Hanif ada language barrier dengan customer dia. Jadi saya ambil alih part mana yang dia struggle. Saya ajar dia English tapi saya tak push, hanya yang penting untuk business dan customer dia.

Masa inilah saya boleh berlagak sikit hahaha. Kesudahannya, saya kena saya jadi English teacher di rumah. Kadang2, ada makcik bawa anak ke rumah minta tolong hal kerja sekolah atau nak buat presentation.

Saya tolong tanpa terima bayaran tapi saya suruh mereka support business Hanif. Marketing paling power adalah dengan menggunakan geng2 makcik. Laku keras hahaha.

Saya ikhlas keluarkan simpanan saya sikit untuk bantu Hanif renovate kedai dan homestay dia. Hanif nak buat pinjaman tapi saya pujuk.

Duit ini saya simpan sebab saya fikir sebelum ini tak nak kahwin kan. Dah nekad nak masuk rumah orang tua nanti. Tapi sekarang, saya bantu dia invest untuk masa tua kami huhuhu.

Benda ini semua jadi secara spontan. Tiada paksaan dari Hanif. Bila dah bertemu dengan orang yang betul, hati kita ini akan terusik untuk berubah secara tak sedar.

Saya tak terbeban nak berubah sebab Hanif membimbing saya dengan selembut2 kapas. Muka dengan senyuman dia yang manis dah cukup buat saya sanggup meredah segala kesulitan jajaja.

Dia tidak sesekali meremehkan atau mengungkit kisah silam saya. Bagi dia, manusia semua tak sempurna dan selagi masih bernafas, pintu taubat terbuka luas.

When you meet the right person, you are willing to dive into the whole new world with him. Itu yang saya buat bila terpesona dengan Hanif.

I’m willing to change myself for a better future with him.

Btw, kami berkahwin pada hujung tahun 2017. Baru nak masuk 6 tahun usia perkahwinan kami.

Alhamdulillah, selepas Haikal dan Hafiz, kami dapat puteri sebagai anak ketiga kami. Puteri kesayangan Hanif memang betul2 anak ayah. Dia punya terpesona tengok ayah dia kalah saya hahaha.

Sepanjang perkahwinan kami, ada juga masam masin pahitnya. Jatuh bangun dalam business dan macam2 hal.

Saya dah buat pinky promise dengan Hanif yang walau teruk mana kami bergaduh ke merajuk atau badai melanda, kami akan harungi sama. Never to let go each other.

Kita semua diciptakan berpasangan. Jaga diri kamu elok2 dan cari redha Allah SWT. Kalau tiada jodoh di sini ada di akhirat.

Dalam sekelip mata saja Allah SWT boleh membolak-balikkan hati kamu. Tak perlu sombong diri, menyondol atau menghancurkan rumahtangga orang lain.

Akhir kata, carilah semula kemanisan yang hilang dalam rumahtangga kalian. Semasam pahit mana pun, maniskan dia semula dengan madu2 cinta hehehe.

Sambil2 baca jangan lupa berterawih dan bersedekah!

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *