Assalamualaikum.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terimakasih kerana siarkan post saya.
Kami mempunyai 3 orang anak.Disini saya ingin menceritakan kisah anak ke2 kami seorang anak lelaki yg berusia 19thn.Jika diikutkan pada usia begini dia mungkin sudah berada di Universiti seperti anda2 semua.Dia seorang anak yg Allah anugerahkan kepandaian akal.Pada usia 8 thn ,usai solat dia bejumpa kakaknya dan mengatakan dia baru berdoa kpd Allah SWT agar Allah berikan kepandaian seperti kakaknya.
Kami walaupun jahil mengenai agama,kerana diusia remaja kami suami isteri belajar diluar negeri ,di negara orang kafir yg tidak mempercayai Tuhan.Namun kami mempunyai semangat utk anak2 kami belajar agama.
Bermula dari saya ibunya mendapat hidayah pd usia 40thn,sy berusaha bersungguh2 mengubah diri saya dan dengan rahmat Allah suami sy turut mahu memperbaiki diri nya.
Anak pertama kami ,kami hantar ke sek berasrama penuh yg terkenal kerana kepandaianya.waktu itu kami masih spt ibubapa yg lain yg mahu anak2 kami berjaya dlm hidup dgn mendapat peketjaan yg baik.
Tetapi setelah kami diberi hidayah Allah anak ke2 kami,kami hantar ke sekolah men agama kebangsaan.
Pada waktu usianya 14thn tiba2 dia bertanya kpd saya”Mama bagaimana kalau apa yg kita sembah itu tidak betul?Bagaimana kalau kaabah itu tidak benar?Bagaimana kalau apa yg kafir sembah itu betul?
Menyirap darah saya mendengar soalan darinya.Ini masalah besar kerana masalah akidah.Saya katakan kpdnya “mama tak dpt nk jwp semua soalan abang(saya panggilnya dgn panggilan abang) tetapi mama boleh carikan orang yg boleh menjawap soalan2 dia.
Maka bermula dari.itu kami berusaha mencari madrasah tahfiz utknya.Maka pd penghujung thn tingkatan 2 ,kami berhentikan dia dimana waktu itu dia adalah pelajar harapan sekolah utk PMR dan SPM.
Semasa di madrasah, Syeikh dimadrasah tersebut banyak menjawap soalan2 yg bermain2 dikepalanya.Dimadrasah itu dia menjadi pelajar harapan.Tetapi disebabkan madrasah itu masih baru,mereka kekurangan tenaga pengajar dan madrasah itu juga ashik berpindah2.
Disebabkan hal ini dia mengadu pd saya yg dia bosan sbb tak dapat belajar dan rasakan kalau dia ambil PMR dia dpt lakukan lebih baik dari kwn2nya di sekolah lama.Tapi kami tak setuju dan kami akan carikan madrasah yang lebih baik.
Satu hari saya cadangkan kepadanya untuk hantarnya belajar di Afrika Selatan.Disana ramai melahirkan maulana2 yg hebat2.Dia tak kisah asalkan baik bg kami.
Sebelum membuat keputusan itu saya buat solat mohon petunjuk.Jika madrasah disana tu baik untuknya maka mohon dipermudahkan.Jika tidak,maka tunjukanlah madrasah yg lebih baik.
Dari situ saya mula google berkenaan madrasah tersebut.lalu diketemukan dialam maya dgn bekas penuntut madrasah di Afrika Selatan tersebut.Dari pengalamannya dia nasihatkan saya utk menghantar anak saya samada ke Yaman atau Indonesia Jawa Timur.Kami memilih Jawa Timur walaupun kami tak tahu menahu pasal madrasah yg dimaksudkan.
Berkat usaha yg tak henti2 mencari maklumat madrasah yg dimaksudkan Allah SWT membuka jalan kpd kami untuk membawanya kesana.
Alhamdulillah berkat kesungguhannya thn ini dah masuk thn ke 3 dia di Jawa Timur.Walaupun disana displinnya sgt ketat,tapi dia redho apabila didenda dgn mcm2 hukuman.dia pernah direndam dlm kolam kerana dituduh masbuk dlm solat,dia pernah diikat dipokok dan disembur dgn air hingga basah kucup kerana salah bwk kitab,dia pernah didenda mcm2 yg jika di Malaysia sudah lama viral tentang hukuman2 yg diadu oleh ibubapa.Tapi tidak disana.Madrasah disana betul2 mahu pelajar2 nya berdsiplin,jaga adab jaga akhlak.ustaz2 mereka sgt taat dgn peraturan yg dibuat oleh Kiyai2 mereka.ustaz2 mereka akan menunggu dipintu2 bilik air seawal 3 pagi utk memastikan tiada pelajar bersembunyi utk solat malam.Mereka juga diwajibkan utk belajar boxing/kungfu sebagai persediaan utk mempertahankan islam.mereka juga diajar kekuatan dalaman utk yg mampu dan layak mempelajarinya.Kiyai2 disana betjaya mendidik bukan shj penuntut madrasah tetapi seluruh penduduk kg tersebut.Setiap kali solat 5 waktu semua kedai akan ditutup utk pergi berjamaah.Mereka berdagang,mereka bertani tapi tanggungjwp kpd Allah dan Rasul lebih diutamakan.
Suasana persekitaran byk membantu anak kami menjadi hamba Allah yg baik.Alhamdulillah tahun ini dia dipilih sebagai best student of the year utk keseluruhan penuntut thn 3.Dia juga sudah menghafal 23 juz Al Quran.Skrg dia sedang menghafal hadith2 Nabi SAW pula.Kami sgt berbangga dgn dia kerana disana anak2 indonesia mereka sgt bijak dlm agama.Ada diantara mereka anak/cucu kpd Kiyai2 ,Gus2 atau Mbah2.
Berkat mujahadah yg dia redho dgnnya Allah SWT buka pintu kepahaman kpdnya.Sekarang kakak nya juga walaupun mendapat keputusan cemerlang SPM ,kami hantarnya ke madrasah utk mempelajari kitab2 lama.Begitu juga adiknya di madrasah yg sama.
Saya menyeru pembaca2 sekelian,jgnlah kita jadikan agama yg suci ini sebagai sampingan shj.bila anak kita tak pandai,akhlak buruk kita hantar mereka ke madrasah.
Hantarlah anak2 kita yg 5A,10A dsbnya,yg bijak2 utk jadi ulama.Ulama yg meneruskan kerja Rasulullah SAW.Sesungguhnya belajar agama itu memerlukan anak yg bijak sebab utk memahami nahu sorof dll subjek itu bukannya mudah.
Hati2 kita dan zuriat keturunan kita bukan dijadikan Allah SWT utk sygkan artis2 korea dsbnya.Telinga2 mereka juga bukan dijadikan utk mendengar muzik yg melalaikan.Mata mereka juga bukan dijadikan utk menonton sinetron2 dn rancangan tv melalaikan.Semua pacaindera kita dijadikan utk mengingati Allah dan Rasul.
Mahukah kita lihat kehidupan zuriat keturunan juga seperti kita yg lalai dan leka?
Cukup2 lah kita membiarkan umat Nabi kita menuntut ilmu dunia yg hanya menjadikan mereka cintakan pangkat dan harta.bergantung kpd pekerjaan tetapi tidak bergantung kpd Allah SWT.
Kata seorang Kiyai,ilmu dunia ni jika kita hebat mcmana pun sudah pencen orang tak akan cari kita lagi.Tetapi ilmu akhirat sudah umur pencen lagi ramai org dtg menuntut dgn kita.Malahan ilmu itu berguna sehingga kita dialam barzakh malahan hingga ke akhirat.
Jadikanlah anak2 kita yg bijak itu pewaris ulama yg sejak akhir2 ini diambil oleh Allah satu persatu.
Janganlah kita leka lagi sehingga ilmu itu diangkat oleh Allah SWT.
Agama dan Iman itu ialah perkataan dan perbuatan.Jadi bertindaklah!
Maaf jika terlalu panjang dan kesilapan ayat dan buruk bahasa.
Moga apa yg saya sampaikan ini menjadi manafaat buat diri saya dan keluarga.