Aku Perlu Membuat Pilihan

Assalammualaikum kepada warga IIUM Confession. Aku perlu membuat pilihan antara dua lelaki yang hadir dalam hidup aku.

Lelaki pertama aku gelar dia Saiful (Bukan nama sebenar) adalah kawan aku sejak politeknik.

Kami masih berkawan sehingga sekarang dan kami sebaya, telahpun berusia 27 tahun. Saiful melanjutkan pelajaran manakala aku memilih untuk bekerja.

Saiful meminta aku untuk menunggu dia menghabiskan pelajaran pada tahun 2025 dan dia ingin meminang pada ketika kami berusia 30 tahun.

Aku tidak berjanji dan hanya mengatakan jika ada jodoh pastu akan ada juga.

Pada bulan 11 tahun lepas, keluarga ku telah bertanya bila Saiful akan meminang dan aku telah pun bercerita tentang rancangan Saiful.

Tetapi ayah ku kurang senang kerana baginya terlalu lambat untuk aku berkahwin. Ayahku tidak berapa sihat dan ingin melihat ku di jinjang pelamin.

Ayah ku telah mengenalkan ku dengan anak kawannya yang muda setahun dengan ku. Dia pun telah bekerja tetap dan mempunyai aset dan simpanan yang mencukupi.

Lelaki itu, aku gelar sebagai Kamal dan dia juga berminat untuk berkenalan lebih lanjut. Aku dan Kamal berwhatsapp untuk berkenalan.

Kamal juga pernah datang ke rumah ku untuk berkenalan dengan ahli keluarga ku yang lain.

Semua ahli keluarga ku menyukainya kerana sifat sopan dan murah dengan senyuman.

Berbeza dengan Saiful yang belum pernah berjumpa dengan keluarga ku secara rasmi dan aku juga tidak pernah berjumpa dengan keluarganya.

Kami hanya pernah berjumpa dengan keluarga masing-masing ketika hari graduasi.

Boleh dikatakan sifat Saiful dan Kamal tidak lah jauh beza. Kedua2 nya seorang yang sopan dan sangat mementingkan agama.

Cuma bezanya adalah dari segi kesediaan untuk berumah tangga.

Aku menyayangi Saiful namun aku juga merasakan aku banyak membuang masa bersama dengan dia.

Pada awalnya aku tidak bersetuju untuk Saiful menyambung pelajaran kerana mempunyai kerja yang tetap namun dia berkeras untuk teruskan.

Dia tidak mempunyai saving kerana duitnya ketika bekerja banyak dihabiskan untuk keluarga. Kerana itu setelah tamat belajar, dia ingin bekerja dahulu sebelum meminang aku.

Keluarga meminta aku untuk memilih samada teruskan dengan Saiful ataupun bersama dengan Kamal.

Aku buntu disebabkan aku sayangkan Saiful namun dalam masa yang sama aku selesa dengan Kamal.

Aku tidak pasti tentang pilihanku. Aku takut aku membuat pilihan yang salah.

Semoga warga IIUM Confession dapat membantuku memberikan nasihat dan pandangan yang terbaik.

– Pilihan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *