Pengorbanan 1bu Di Hari Raya

Hai saya Ree. Sebelum itu Selamat Hari Raya semua!!

Bila waktu Hari raya ni, mesti macam macam yang berlaku kan dalam keluarga?

Apa yang saya nak cerita ni, tentang Ibu saya. Ibu yang telah banyak berkorban setiap kali balik kampung .

Sejak saya kecil, setiap kali raya mesti mak saya yang penat lelah masak untuk raya semua. SEORANG. Ya dia seorang sahaja yang masak semuanya. Rendang, ketupat, nasi impit dan banyak lagi.

Dan sejak kecil juga kami memang duduk rumah belah ayah saya. Kiranya mak mertua mak saya lah.

Sebab ayah saya seorang je lelaki dalam keluarga tu. Yang lain semua perempuan. Jadi setiap kali raya mesti duduk situ.

Tapi bila waktu besar saya baru sedar dan mula fikir. Bila saya tengok tahun ni pun ibu masih buat benda yang sama. Jaga mak mertuanya yang sakit, masak untuk persiapan raya lagi.

Nanti waktu raya ramai tetamu, adik beradik ayah saya akan datang.

Saya mula terfikir. Sejak saya kecil sampai la dah besar, saya tak pernah nampak langsung adik beradik ayah saya tolong mak saya di dapur.

Selalunya mereka berbual antara mereka je dekat ruang tamu. Waktu kecil saya rasa biasa je tapi bila dah besar, memang saya rasa simpati sangat dekat ibu saya. Terasa mereka melayan ibu saya seperti ‘bibik’.

Lagi-lagi bila nenek saya jatuh sakit, mak saya yang banyak jaga nenek saya. Kenapa adik beradik ayah saya tak jaga? Banyak alasan mereka.

Ada yang bekerja, yang dah pencen pun tak boleh jaga jugak sebab suami bermasalah.

Waktu raya pun mereka dah jarang dah nak tengok nenek saya. Setakat datang tunjuk muka kemudian dahh balik lepak dekat rumah adik beradik yang lain pulak.

Kalaulah saya ada kudrat nak suarakan hal ini dekat adik beradik ayah saya. Ayah saya sendiri pun tak berani nak bersuara. Sebab? Adik beradik dia banyak bagi duit.

Tapi emosi ibu saya bagaimana pulak? Tiada siapa jaga. Tiada siapa kisah.

Mesti ibu sakit kan tanggung perasaan ini bertahun. Dari dulu buat kerja macam bibik dekat adik beradik ipar semua. Lepastu jaga mak mertua yang sakit pulak.

Semoga ibu saya mendapat ganjaran pahala yang tinggi terhadap semua pengorbanan yang dia lakukan. Sayang ibu.

– Ree (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *