Kisah Hitam Di Pusat Tahfiz

1 Ogos 2016(27 Syawal 1437H)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Awwalul kalam. Pertama sekali besarlah hati saya andai cerita saya ini dipaparkan oleh Pihak IIUM untuk dijadikan iktibar buat kita semua.

Selepas membaca cerita mengenai pelajar tahfiz didera tempoh hari. Hati saya terdetik lalu teringat akan satu kisah hitam yang pernah berlaku ke atas diri saya. Saya bukan didera oleh pihak asatizah pihak tahfiz,tetapi didera oleh rakan baik sendiri.

Untuk pengetahuan pembaca,tika ini saya masih berada di bangku persekolahan dan kini berada di tahun akhir alam persekolahan. Saya tidak mempunyai ramai kawan,setelah meninggalkan sekolah rendah,saya berpindah ke sekolah tahfiz tersebut yang terletak di dlm daerah Hulu Langat. Sekolah itu luarannya amat gah tetapi dalamnya sayang indah khabar dari rupa.

Cerita bermula di sini, sejak form 1 hinggalah form 4, saya memang tak ada kawan, suka duka gelak tawa semua berseorangan, bukanlah saya seorang yg tak mahu bergaul, tetapi mereka² yang berada di sekeliling saya ni boleh dikatakan “spy”. Setiap gerak geri akan diberitahu. Entah knp saya sendiri taktau. Saya hanya rapat dengan 3 orang sahaja. Setelah beberapa ketika, saya diterajang oleh budak budak lahanat ini, saya pun berpindah ke HQ ( sekolah ini mempunyai lebih 11 cawangan).

Selepas berpindah, keadaan mula reda,namun tak lama,sekali lagi pelajar di sana memulaukan saya atas sebab mereka cop saya menjadi spy. Saya bukannya spy, saya cuma selalu rapat dgn ustaz yg mengajar, saya sering bertanya soalan mengenai agama. Mereka ini berfikiran cetek lalu membuat andaian bahawa saya ni spy. Saya tak kisah. Kalau mereka nak label saya spy, saya dah lama adu kat ustaz kegiatan mereka pergi hisap shisha,rokok,pergi cc. Tapi saya diam sebab bagi saya hal kau kau punya pasal. Faktor yg kedua sebab keluarga saya. Hal ini krn salah seorg keluarga saya berkerja dgn seorang menteri. Jadi mereka melabelkan saya berparti dacing lalu menyebabkan mereka memulau saya.

Saya still tak kisah

Pada suatu hari, ada seorang murid ni prihatin terhadap saya. Beliau sering menolong saya. Saya mula berasa selesa dengan dia. Kami semakin rapat. Jika salah seorang di antara kami demam ,kami akan berjaga semalaman, saya pula sering memberi beliau telefon saya, bergurau dengannya. Tapi,langit tak selalu cerah,satu hari ketika bulan puasa, beliau bertindak untuk membelasah saya sbb saya tak dgr kata dia. Saya pergi jumpa kaunselor sbb nak bincang penyakit psikologi saya,tapi dia suruh paksa masuk kelas. Dia menyepak peha kanan saya sehingga menyebabkan saya terpaksa solat 3 minggu. Dia menyepak kepala saya. Membaling tin biskut ke arah muka saya. Saya melawan 2 kali ganda dia balas. Saya tknk bgtau ustaz sbb malas nak besarkan kes. Lps drpd tu kami pun berbaik.

Tak lama tu, dia pukul saya sekali lagi,kali ini lebih dasyat. Cerita bermula apabila saya pergi outing tp balik lewat, lalu beliau tanya. Ok beliau tanya saya tak kisah. Lepas tu beliau tanya soalan soalan agak sensitif. Saya tak jwb lalu menumbuk kepala saya. Menumbuk muka menyiku perut saya. Bayangkan dr pukul 10-2 pg. Pelajar yg ada hanya tgk sahaja. (Diorg pun x suka saya). Warden pula dah balik. Esok tu kena lg sebab saya adu kat mak dia yg dia sering belasah saya. Selepas solat suboh dia paksa saya pack brg, tp saya lari ke toilet. Dia ambik segala cadar baju seluar lalu baling ke bawah. Lepastu dia dtg ke toilet lalu terajang saya sekali lagi. Dia sepak kat muka. Hentak kepala kat dinding. Pukul guna batang kayu. Lempang guna hanger. Pijak cermin mata saya lalu tidak ganti balik. Bukan saya tak tahan tp makin ditahan makin hebat dibelasah. Tika saya ambil brg, saya dikesan oleh guard lalu dituduh cuba lari diri dr sekolah.

Pada minggu depannya saya mohon berhenti sekolah utk berpindah ke tempat lain bukan atas alasan dibuli tapi alasan tuk berhijrah ke tempat lebih baik. Ustaz turut menyokong. Saya tidak beritahu pun mereka. Bukan sbb sy tak mahu, tapi sy tak suka nama org rosak.

Kini, saya menikmati nikmatnya berkawan. Setelah keluar, rezeki dtg mencurah ke atas diri saya, bermula dgn perlantikan sbg pengerusi hinggalah menjadi Manager Pilihan Raya dan Penasihat KP. Dia? Hingga kini masih tiada kata maaf yg ikhlas dr mulutnya. Dia pun dah lupakan saya dan saya turut sama berbuat demikian. Dalam sudut hati, saya berdoa agar kami berbaik semula.

The End

T.Z.R.A