Hi, aku berusia awal 30an sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.
Aku berkenalan dengan suami semasa sedang belajar di kolej.
Dipendekkan cerita, Suami aku adalah seorang lelaki yang menonton p*rnografi sejak bujang.
Selalu terkantoi kerana dia sering meminjam laptop untuk assignment dan aku tak tahu itu adalah REDFLAG. Selalu gaduh apabila kantoi sehinggalah kami berkahwin.
Suami aku baik. Sebagai seorang suami, dia adalah suami yang baik.
Selalu bantu aku menguruskan rumahtangga termasuk menguruskan anak-anak memandangkan kami berdua berkerja.
Tapi dia liat dalam bab agama (aku tak tahu sebelum kahwin sebab memang nampak beragama orangnya).
Kami pernah ke pejabat agama kerana hal menonton p*rnografi ni. Dan suami pun dah dikaunseling oleh pejabat agama.
Setelah itu kami bersama-sama menunaikan umrah supaya masing-masing dapat muhasabah diri.
Aku ingatkan suami dah berubah tapi sangkaan aku salah.
Suami terkantoi sekali lagi semasa bulan puasa haritu. Dia lupa nak clear history google dia.
Semasa kantoi tu aku macam dah tak ada rasa dah. Aku dah tak mengamuk macam biasa. Aku dah tak nangis.
Dia tergamam tengok aku pegang telefon dia terus peluk aku.
Aku dah tak ada rasa. Dah tawar hati. Aku rasa dikhianati dan dicurangi. Macam kena virtual cheating.
Aku masih nak selamatkan perkahwinan aku tapi dalam masa yang sama aku tak nak anak-anak mengidolakan orang sepertinya.
Last option yang aku ada adalah meminta bantuan mertuaku untuk menasihati anaknya.
Sangkaku mertua aku menyokong aku tapi mertua aku marah kerana dia merasakan aku telah mengaibkan anaknya dan meletakkan kesalahan tu pada aku.
Mertua aku menyalahkan aku kerana gagal melayan kehendak batin seorang suami sehinggakan anaknya melakukan perbuatan tersebut.
Mertua juga mengatakan perkara tersebut normal untuk orang lelaki dan meminta aku menyelesaikan masalah rumahtangga sendiri tanpa mengaibkan suami.
Aku cukup terluka kerana mertua menuduh aku sebegitu sedangkan dia tidak tahu bahawa anaknya memang menonton sejak dari bujang (aku tidak cerita kerana masih menjaga aib suami).
Sekarang aku menjadi mudah marah walaupun perkara remeh. Aku rasa jijik dengan suami.
Setiap kali suami ingin bermesra, kemarahan tu membuak buak apatah lagi bila terkenang ayat mertua.
Tolonglah bagi nasihat sepatah dua kata apa yang perlu aku lakukan.
Untuk adik adik, kalau bf, pakwe, tunang korang pernah kantoi tengok perempuan seksi, p*rno dan seumpama dengannya, silalah angkat kaki. Itu adalah redflag.
Sekian..
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit