Bukan 1steri Yang Baik II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bukan-1steri-yang-baik/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih untuk segala feedback untuk confessions saya sebelum ini. Saya percaya ramai je orang baik di sekeliling kita.

Alhamdulillah, setelah membaca segala pendapat. Saya mendapat sedikit kekuatan bertindak.

Untuk yang bertanyakan mengapa tidak mengambil tindakan kepada pihak ketiga tersebut. Skandal suami tersebut agak garang bagi saya.

Dia pernah memanggil saya ‘k*m*k’ hanya kerana saya meminta jangan post2 lagi hal berkaitan. Katanya itu hak dia.

Dan saya bukan jenis manusia yang berani melawan mulut atau kudrat walaupun agak chubby.

Janganlah menyuruh saya menjadi begitu. Saya dah cuba, akhirnya kaku dan diam. Bodoh kan. Saya tak baik tapi mengaku diri lemah.

Undang2? segala bukti telah dipadam oleh suami sebelum saya bersalin.

Skandal suami sentiasa mempertahan kan diri nya mengatakan dia tak bersalah dan mengatakan suami mampu.

Entah di mana katanya mampu walhal kami anak beranak jarang sekali dibawa keluar walaupun setelah kantoi bercuti dengan skandal nya itu.

Di situ pun tiada keadilan padahal hati saya sentiasa meronta2 ingin mengambil angin di luar.

Mungkin malu untuk keluar bersama isteri dan anak2 nya yang tidak memenuhi standard kewangan nya sekarang.

Gadis tersebut cantik dan pakaian mengikut shape badan gaya budak2 sekarang.

Saya pula jenis suka memakai baju longgar dan ringkas sahaja. Tidak suka mengenakan makeup tebal2 seperti skandal nya.

Ya, saya akan menunggu sehingga Baby yang berusia 2 bulan ini boleh berdiri sendiri untuk meneruskan langkah seterusnya.

Saya mempunyai kelulusan degree dan mempunyai pengalaman kerja yang lama sebelum berhenti menjadi suri rumah sebelum ini.

InshaaAllah, saya percaya saya masih ada peluang untuk bekerja

. Selagi nafkah suami sediakan, saya cuba pejamkan mata dan tidak lagi ambil tahu apa yang dilakukan di belakang saya.

Saya akan membesarkan anak2 tanpa melibatkan emosi marah dan benci kerana ditipu suami.

Nak dijadikan cerita, kedai perabot tersebut separuh adalah hasil modal dari simpanan saya ketika bekerja dahulu dan dokumen kebanyakkannya saya bantu dari zero ketika tiada staff.

Di sini, saya akan kumpul kembali segala2.

Saya mengambil nasihat yang diberikan, biarlah diluar nya saya seperti tuli, tapi di dalam nya 1001 perancangan dah tersedia.

Terima kasih semua. Moga Allah permudahkan urusan kalian juga kerana membantu manusia yang buntu.

Apa yang terjadi menyedarkan saya. Suami bukan selamanya orang yang sama ketika susah. Moga kalian berjumpa pasangan sebaik2 nya hingga akhirnya.

Ikhlas dari saya..

– Qisya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *