Ad1k Ipar Tak Betul

Assalammualaikum.. saya Ju dan telah berkahwin dan mempunyai sepasang anak yang comel serta suami yang baik, Alhamdulillah..

Saya cuma nak berkongsi kisah tentang adik ipar saya, iaitu seorang lelaki dan telah dewasa serta cukup sifat.

Saya tertarik berkongsi kisah ni selepas terbaca kisah 12 tahun kena tipu dengan suami sendiri.

Ini pengalaman berhadapan dengan anggota keluarga yang menagih dadah jenis syabu.

Ipar saya bekerja dalam bidang oil and gas hanya sebagai helper, saya namakan beliau Zack. Sudah bertahun kerja simpanan langsung tiada.

Kisahnya bermula apabila Zack mula berhalusinasi..

Dia mengatakan di intai jiran sebelah rumah. Hampir setiap malam jiran memanjat loteng atau mengintai di tingkap.

Zack tinggal bersama ibunya. Di rumah tersebut bermacam rekaan cerita Zack sampaikan setiap hari, sampai kerja  dia terganggu,

Dan Zack juga pergi ke ke rumah ahli keluarga yang lain pada pukul 3 pagi semata-mata ingin bermain lato-lato.

Akhirnya Zack nekad pindah, dan rumah sewa baru Zack tidak berapa jauh dari rumah kami. Tapi mereka berlainan kampung.

Satu malam saya buka grup wassap kampung, ternampak orang kampung viralkan Zack memecah masuk rumah orang kampung jam 8 malam.

Saya segera mengarahkan suami untuk pergi ke IPD atau berjumpa ketua kampung.

Malangnya semasa sesi soal siasat d IPD, Zack menjadi aggresif sehingga perlu mendapatkan khidmat pihak hospital.

Suami yang ketika itu di balai polis terpaksa ikut mengiring ke hospital.

Biarpun kecoh di kalangan adik beradik atau keluarga, kami tetap merahsiakan kes ini dari mentua iaitu ibu mereka atas faktor kesihatan.

Zack di tahan selama beberapa hari di hospital dan makan ubat serta berjumpa dengan doktor untuk rawatan ketagihan.

Nasib Zack masih baik sebab masih bekerja selepas kejadian tersebut.

Sebenarnya Zack pernah dipenjarakan dan pernah 2 kali kandas ujian AADK. Tapi penagih punya level menipu ahli keluarga memang mantap.

2 kali tu juga alasan di perangkap dengan AADK atau polis minta suap.

Saya sebenarnya pernah memberitahu kalau Zack ni memang menagih.

Tapi suami dan mertua lebih percaya Zack. Sampai tahap Zack gila dan berhalusinasi pun suami masih percaya kalau puncanya jiran yang menghendap.

Sekarang Zack semakin baik dan rajin bekerja dan saya doakan Zack supaya jauh dari najis dadah.

Buat yang di luar sana berhadapan dengan keluarga yang terlibat dadah dapatkan bantuan dengan pihak yang berwajib.

Sebenarnya semasa Zack gila, banyak kejadian yang menyebabkan kehidupan orang sekeliling terganggu. Dia turun kerja sesuka hati, mengganggu kehidupan orang lain.

Oh lupa, mengumpul sampah juga sifat penagih jenis syabu sebenarnya.

Sekian itu je kisah berhadapan ipar gila.

– Ju (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *