cerita yg tak tahu nak cerita dekat sape

kalau nak post ke tak nak ke.. tak kisah pun.. cuma nak meluahkan apa yang say arasa ni…

bulan lepas… ada jiran saya, dia saudara dekat jugakla dengan saya. lama dah dia tak darng rumah saya walaupun dekat. tiba2 pukul 12 tengah malam… dia ketuk pintu rumah bagi salam… siap bawak baju dia.. dengan 5 beg macam tu.. huhu. dia kata nak tumpang tidur sebab mak dia sakit.. ada di hospital.. okayla saya duk dalam bilik je tak keluar.. mak ayah je yg uruskan dia.. so dia tidur la rumah kami.. malam tu dia tidur bili sebelah dengan mak saya.. bayangkanlah

.dah pukul2 pagi dia duk bercerita pasal orang lelaki suka kat dia. ramai pulak tu. dahla rumah kayu.. semua orang dengar. saya kat sebelah ni dah tak tahan.. saya sound terus.. tidurla dah pukul 2 pagi ni.. kan aku pegi pinang lelaki tu untuk kau..
.
lepas tu dia terus diam.. esok nya macam biasa la ..kami makan sama2 tak hal apa.. okay je.. tapi.. aku paling tak suka dia ni pemalas gile.. basuh pinggan dia 1 tu je. dahla tak tolong masak.. lepas tu pot pet potpet duk cerita buruk pasal mak dia.. aku ni dah tegur banyak kali takdenye nak dengar..
.
lagi satu perangai pelik.. suka sangat alihkan barang. bayangkanlah tetap letak sudu dat dapur tu suka hati je dia alih. padahal dah letak skru.. korang bayangkan.. aku jugak yang kena simpan semua balik..
.
lepas tu duk cerita orang lelaki yang suka kat dia la.. aish,, padahal lelaki tu sebenarnya dah kahwin.. dia je perasan… mak aku pulak melayan.. huu.
.
last2 lepas 5 hari dia pindah pergi tempat lain.. haha.. terasa dengan aku.. habis tu dah perangai macamtu ingat ada yg tahan ke.. ni aku dengar dia pindah lagi rumah lain.. siapala yg sudi menjaga dia..
.
boleh pulak dia jaj cerita cakap aku mintak duit 1 hari rm100… bila masa entah. bagi aku cukupla kau tolong2 basuh pinggan je.. bukan aku tak pernah menumpang rumah orang.. aku pernah je.. tapi takde la suka2 nak bercakap banyak, alih barang.. masuk bilik orang tanpa izin;.. haha..
.
moga kau insaf lah.. bertaubat… dah2 la burukkan semua orang, burukkan mak kau.. akak kau tu semua.. entah betul ke tak cerita kau.. menyesal aku percaya cakap kau.. doakan kau bertaubat.. jangan lupa makan ubat penenang tu.. doctor dah sarankan kau makan.. and semoga jumpala jodoh yang boleh jaga kau macam yg kau selalu cerita.. jangan lupa cari yang gaji besar.. kau kan memilih… keyla .. rasa2 orang tau tak aku ni sape.. sobs…

– aku buntu

CREATE A POST

2 Comments

  1. Penulis pun sama2 membuka aib.? Cukuplah ia hanya menjadi rahsia kamu dengan Allah sahaja. Hati2 ketika ingin berkata-kata mahupun menulis sesuatu, setiap satunya akan dinilai serta dihisab oleh Allah. #NoteToSelfToo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *