Nama aku Fatimah, bukan nama sebenar. Aku sekarang dah berusia dalam lingkungan 20-an, dekat sini aku nak ceritakan pengalaman aku bercinta.
Keluarga aku datang daripada keluarga yang agak islamik, jadi mak aku selalu pesan supaya aku cari suami yang soleh, yang baik, yang hafiz gitu, andai aku boleh ceritakan kenapa aku tidak memilih lelaki seperti itu kepada mak aku, pasti aku ceritakan..
Tapi hal ini akan membuat keluarga besar aku kecam mak aku lebih teruk. Cerita aku ini mungkin akan mendatangkan pandangan buruk oleh masyarakat, tapi pengalaman ini aku jadikan pengajaran hidup buat aku.
Ceritanya bermula dimana aku berkenalan dengan seorang anak ustazah dimana aku belajar dulu, anak bujang ustazah itu aku gelarkan dia sebagai Aidil.
Aidil hanya tua 2 tahun daripada aku, berpewartakan sangat menarik, sangat mengikuti ciri-ciri idaman menantu yang mak aku inginkan, soleh, anak ustazah, hafiz, memang orang kata perfect.
Aidil kenal aku sebab aku student maknya, dan aku kerap jugalah datang ke kawasan kejiranan rumah Aidil untuk tolong-tolong atau aku ada program.
Long short story, Aidil dengan aku mula berkenalan sebagai kawan dahulu, tapi aku fahamlah maksud dia. Selepas sebulan berkenalan, Aidil terus ajak aku kahwin.
Wow, macam terlalu awalkan? Tapi aku pada masa itu obsess dengan dunia perkahwinan, sebab beberapa orang kawan aku dah berkahwin dan aku tengok mereka bahagia, jadi aku pon nak bende yang sama.
Kami berdua bercinta, dalam dua ketiga bulan, dan masuk bulan keempat, Aidil ajak aku bertunang. Excited sangat aku dibuatnya masa tuu, siapa jee yang tak excitedkan.
Tapi aku ada masalah lain, family aku semua tinggal di luar negara, hanya ada saudara-mara jauh jee yang tinggal dalam malaysia, tapi bukan sama negeri dengan aku dan Aidil.
Aidil buat keputusan untuk bawa aku jumpa family dia dahulu, dan alhamdulillah, family dia sangat ramah, semua terima keputusan Aidil untuk mengahwini aku. Hati aku sangat gembira sebab family dia terima aku, tapii ..
Dalam perjalanan Aidil hantar aku balik, Aidil perasan aku punya kegembiraan, dan dia mula meraba aku.
Aku lupa nak beritahu, Aidil dengan aku sejak bulan pertama bercinta, berpegang tangan tu biasa sangatlah, kalau Aidil bawak aku pergi mall ke ape ke, Aidil memang akan pegang tangan aku,
Macam suami isteri dah, kadang aku keliru, ini perwatakan dia ke bukan? Tapi aku biarkan sahaja, walaupon benda tu berdosa.
Balik kepada dalam perjalanan balik, Aidil meraba peha aku, kami pergi mana-mana menaiki kereta Aidil, keretanya pula ada tinted yang agak gelap.
Jadi Aidil mula meraba peha aku, diusap-usap lembut, tapi aku biarkan sahaja, dalam hati aku fikir, Aidil ni orang yang baik, dia alim, dia hafiz, beberapa minit lepas tu, dia mengeliat dan sengaja melanggar siku dia dengan dada aku.
Aku biarkan sebab aku fikir, Aidil tidak sengaja, tapi sebaliknya dia boleh ambil siku dia dan geserkan pada payudara aku sambil berkata, “eh apa ni, apa yang abang langgar ni”,
Aku pada mulanya tidak selesa, tapi Aidil adalah seorang yang bermulut manis, dia hanya gelak dan berkata yang dia tidak akan apa-apakan aku selagi kami belum berkahwin.
Sepanjang dua tiga bulan kami bercinta itu, kami selalu keluar, duduk tepi pantai, pergi mall, sampai keluarga besar Aidil tak suka, yelah kami kan masih belum halal, tapi Aidil tidak pedulikan mereka dan tetap bawak aku berjalan-jalan.
Bukan berjalan sahaja yee, dalam kereta dia mesti akan pegang peha aku, usap-usap, ramas payudara aku walaupon dia sedang drive. Bila kami berhenti, Aidil akan meminta aku pula memuaskan dia, tak perlu laa kot aku cerita bagaimana kan?
Lama kelamaan, Aidil semakin tidak puas, dia nak berhubungan s*x betul-betul dengan aku, awalnya aku tolak sebab tarikh pertunangan kami ada dalam 3 bulan lagi, tapi seperti yang aku cakap, Aidil bermulut manis dan aku termakan pujuk rayu dia.
Sungguh aku menyesal tidak meninggalkan Aidil daripada awal, setiap kali kami keluar, aku sahajalah yang akan mengeluarkan duit, Aidil hanya akan berkata, “abang belum gaji”.
3 bulan bercinta, bil telefon dia, aku bayarkan, makan aku bayar, kalau kami keluar dengan family Aidil atau Aidil suruh aku bawak kawan aku makan sekali, barulah Aidil akan bayar,
TAPII nanti dalam kereta Aidil akan mengadu pada aku yang duit dia habis belanja kawan aku makan, padahal dia yang suruh aku ajak kawan aku.
Selepas aku bagi duit belanja, dia akan cium aku dan kami akhirnya melakukan zina, dan kantoi dengan sepupu Aidil, jadi Aidil terpaksa pulang dan Aidil mengaku yang kami telah terlanjur.
Sejak itu, Aidil dilarang untuk berjumpa dengan aku lagi. Aku agak sedih dan bila aku bertanyakan soal pertunangan kami pada Aidil, dia hanya mengelak dan memberikan macam-macam alasan.
Suatu hari, sepupu Aidil, which is jiran Aidil, call aku, marah-marah.
Sepupu Aidil cakap “kenapa kau sibuk nak telefon dia lagi, kau tak faham ke family pokde tak suka kau dah, tak payah laa nak oncall dengan Aidil sampai subuh sampai Aidil jadi orang yang suka tinggalkan solat subuh” tengking sepupunya.
Aku terkejut kerana, sejak daripada aku dan Aidil kantoi dan kami mengaku dosa kami, Aidil dengan aku hanya berchatting sahaja, dan itupon aku chat Aidil pagi, dia reply malam, aku chat malam, dia reply malam esoknya.
Nampak macam aku kena ghosting kan? Memang aku sedang kena ghosting pon tapi aku pelik, dengan siapa Aidil berborak sampai subuh?
Aku meluahkan semuanya pada kawan aku dan kawan aku cakap,
“Sebenarnya aku bersyukur sangat kau dah tak bersama Aidil, Aidil merupakan malaikat depan mak ayah dia, tapi Aidil kerap minum dibelakang mak ayah dia, Aidil jugak siap cakap dengan family dia yang kau merayu-rayu nak kembali bersama dia”
Wow, aku sangat terkejut, mulut manis Aidil ternyata sangat berjaya memanipulasikan orang sekeliling dia.
Aidil cakap dengan aku dia nak berubah, aku juga memang nak berubah, tapi Aidil punya berubah, selepas sebulan break dengan aku, dia dah ada orang baru.
Dan alhamdulillah, Aidil sekarang sudah berkahwin, mungkin dia betul-betul berubah, dan aku bersyukur aku bukanlah orang yang mengahwini Aidil.
Aku sekarang masih single, masih agak trauma, dan aku masih rasa macam, aku tak layak untuk dicintai sebab, aku bukan lagi anak dara kan.
Andai satu masa nanti mak aku suruh aku kahwin, aku harap mak aku masih tidak meletakkan harapan untuk aku carikan dia menantu yang alim hafiz.
Sekian..
– Fatimah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit