Dek kerana susah tido malam2..effect die makin power kat aku..
Korang bayangkan lepas azan subuh baru boleh pejamkan mata tapi tu bukan main point die..
Sejak gangguan ‘humming’….aku perasan yg skala gangguan semakin besar. Aku mula rasa panas bila dengar azan..tak campur kalau aku dengar orang baca al-quran..rasa nak baling meja je.
Lately plak Asal nak masuk maghrib kepala aku mula rasa sakit…(tapi aku tak pasti la yg ni tanda2 gangguan sbb aku ada migraine)
Ada satu benda berlaku..semalam
Aku ingat lg waktu dekat surau..dorang baca yassin lepas solat maghrib…aku rasa panas gila…menitik-nitik air mata aku cuba menahan..huhu
Aku kuatkan hati cuba stay dekat surau tu..cuba dengar bacaan yassin sampai habis..alhamdulillah aku berjaya tempuh..
Yang tak boleh belah..lepas isyak tu..aku ngan member berkumpul..lepak2..sebelum balik…aku pandang kat bumbung surau..aku nampak…aku nampak ‘dia’ melompat-lompat atas bumbung..
Aku terus mintak diri nak balik..member aku sorang tu kata nak follow aku..
Aku naik tangga dgn member aku…mase tu member aku kat belakang..kira macam aku lead the way..sampai la ke puncak tangga..aku ada bau benda busuk..aku stop..member aku pun stop sbb die tgk aku stop..
Dia tanya aku “kenapa?”
aku jawab “patah balik pegi surau”
Aku tau member aku beberapa org still ada kat surau..depa selalu taddarus malam2
dia dah macam cuak..“kenapa weii..jgn bg aku takut”. Dia tak sedar yg time tu aku dah macam nak pitam cuma aku gagahkan diri je.
Aku tekan suara aku, aku mintak die patah balik pg surau sekali lagi. Mata aku tak berkalih pandang dia…sbb mata aku tak boleh stop pandang ‘cik pon’ yang berdiri betul2 depan aku.
Lepas member aku tarik tangan aku..baru aku macam ade sedikit kekuatan…aku pun bergerak balik ke surau…
Tadi member aku balik..dia cakap die terserempak dengan AJK surau..
Die bagitau kata..AJK surau tu cakap semalam..dia nampak ‘ada benda’ ikut aku..
Aku just angguk….dalam kepala aku fikir….
“Not again”
Aku tengah pegang phone sambil type cerita ni kat korang…depan aku buku yang ada nombor ustaz yang tolong aku dlu…
Member aku tengah mandi…bunyi ‘humming’ datang balik…betul2 kat sebelah aku..
Doakan aku boleh tido malam ni..
– Arai