Jobless

Ok, salam semua.
Aku mmg pengikut setia page ni. Sebagai org free mcm aku ni, mmg banyak sangat masa terluang & dengan itulah aku banyak spend masa dekat page ni. Haha

Alright, mukadimah sikit. Aku fresh graduate, tapi tak fresh sangat lah sbb dah almost 10 months (rekaan) aku jobless. Tapi since aku jobless dah lama ni aku takpernah mintak duit family. Aku guna apa yg aku saving je (in case orang wonder, aku state lah dulu ye). Since aku habis degree dh macam macam job aku apply. Apply dekat jobstreet, jobstore, cari merata. Semua ! Dah banyak interview aku pergi. Tapi lepas interview tak dapat apa jawapan, still tak dapat kerja. Aku tak tahu lah mana silap dia, apa yang menghalang ke apa aku tak tahu. Result aku okay, tak super membanggakan tapi bangga lah jugak hahaha. Previous work experience pun, ada even tak banyak. Resume pun aku dah update, dah buat cantik cantik. Ikut format, kasi short & simple apa semua. Nak kata aku memilih, mungkin ya mungkin tidak. Kalau tempat tu jauh dr my place of course aku reject.

Aku tak ada pun letak expectation lepas grad terus nak masuk kerajaan ke apa. Sebab aku tahu konfirm angan je tu. At least kena kumpul experience 2-3 tahun baru best nak hulur resume ke kerajaan pun kan? Aim aku sekarang mmg nak kumpul experience je pun. Tapi itu lah. Ok kalau korang ada tahu kerja kosong ke apa tolong bagitahu. Aku nak kerja, aku ada ‘tanggungan’

Selain masalah jobless ni, kawan aku. Dia ni junior tapi sebaya. Dia kos lain dan dia baru habis final year. Baru lagi habis, kalau aku boleh agak, tak sampai sebulan pun. Baru sebulan lah jobless nya. Tapi satu aku tak suka pasal dia mcm perli aku. Mungkin juga aku ni super sensitif kan tapi aku rasa dia perli aku. Dia cakap mcm bosan tahap gaban duduk rumah. Tak tahu nak buat apa. Macam manalah org tu boleh tahan tak kerja berbulan bulan and something mcm tu yg menguris hati sensitif si jobless macam aku ni. Aku rasa mcm nak je sound eleh dulu masa cuti sem sampai 3 bulan tak ada pulak kau gedik nak cari kerja part time ke apa. Jadi tunggul jugak dkt rumah, ini baru habis belajar empat minggu dah bising. Tapi aku tak buat pun mcm tu infact aku diam je.

Sumpah bosan, otak dah slow pikap. Hidup aku cuma laptop, phone, bosan keluar, tunggu interview. Aku ada dapat skimlatihan one malaysia tu tapi mcm malas nak masuk belajar balik, aku still dalam phase berfikir fikir nak pergi ke tidak. Masih considerating pros & cons program tu.

Seriously, bukan best pun duduk dkt rumah saja untuk satu tempoh masa yg panjang. Ada satu tahap kau tahu erti bosan jugak, stress nak mengamuk pun ada. Bukan kita tak cari, cari, macam macam dah. Rezeki tak sampai lagi. Bukan kita malas, dah usaha pun. Sana sini tanya dah dapat kerja ke belum, apa kau tak stress? Nak nak time raya haritu aduyaiii.

Itu jelah aku nak luahkan sementara tak mengantuk lagi ni. Kalau korang nak bagi pendapat ke apa sila kan. Tapi jangan harsh comment ke apa ok hehe pesan siap siap. Nanti aku demotivated, terus aku frust, terus aku sedih, terus aku jd macam Fadhil hahahahh.

– Q

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit