Salam sejahtera, pertama-tama saya nak ucap terima kasih kalau admin sudi siar luahan saya.
Saya memperkenalkan diri saya sebagai seorang mahasiswa yang berada ditahun 3 ketika ini. Dan saya bakal berhadapan dengan latihan industri tidak lama lagi.
Apa yang saya nak luahkan adalah tentang masalah saya yang penakut. Tapi bukanlah takut pada sesuatu yang imaginasi ( hantu, extreme things) bahkan dalam hal2 tu saya paling berani jika dibandingkan dengan member2 saya. Apa yang saya takutkan ialah realiti yang saya hadap sekarang.
Dalam meningkat umur ni dan sebagai seorang lelaki normal. Hairankah jika saya katakan saya takut untuk menunggang dan memandu kenderaan?
Sentiasa ada cita2 untuk mengambil lesen tetapi apabila mengambil posisi sebagai pemandu. Serta merta saya rasa gelabah, panik dan takut sehingga saya tak boleh fikir apapun.
Syukur saya dianugerah teman2 yang membantu. Atas nasihat kawan, saya beli motor sebagai motivasi untuk saya cenderung mengambil lesen. Yelah. Kenapa beli kalau tak boleh bawak so usahalah. Ada yang sanggup ajar saya memandu sampai malam. Dan ada juga yang suruh saya jadikan kawan perempuan sebagai motivasi. Takkan lelaki nak kalah dengan perempuan, malulah.
Malangnya, satu cara pun tak berkesan untuk saya. Motor tu sekarang dah jadi hak milik bersama, memandu sampai malam tak beri apa2 makna dan saya just boleh cakap betapa bangganya punya kawan perempuan seberani mereka. Terpaksalah naik public pergi latihan industri nanti (teksi).
Selain itu, saya juga takut untuk buat keputusan. Kalau beli satu barang baru(tak pernah guna), saya perlu lebih 30 minit untuk decide. Jadi bayangkan lah berapa lama saya ada dekat mall hingga kawan saya yang buat keputusan untuk saya dan saya memang percaya keputusan diaorang walaupun kekadang menyesal.
Sebagai lelaki, saya takut untuk menjadi Imam. Sentiasa tunggu orang mula solat baru saya ikut belakang. Selagi tak mula, jangan harap saya ada dekat. Sebagai mahasiswa, ramai yang taknak teamate dengan saya sebab saya takut untuk bercakap dikhalayak, jadi markah presentation memang kurang daripada yang lain. Lebih2 lagi saya jadi gagap. Masih ingat masa temuduga untuk kemasukan U dulu. Berapa kali saya merayu agar saya diterima, malangnya senyuman dan anggukan juri palsu.
Saya juga takut untuk ambil risiko even selalu buat benda extreme. saya jadi budak baik sebab takut tuk langgar arahan. Apa2 saya buat, saya tak beritahu family. Takut kalau diorang risau lebih2 lagi bila saya sakit. Sekalipun saya tak inform. Bagi saya biarlah mati sekalipun, asal diorang tak risau dan tak takutkan diorang. Dengan runtuhnya carry mark saya maka automatik runtuh lah markah final saya jadi banyaklah saya fail paper tapi satu juga tak pernah saya beritahu family. Takut diorang risau, biar saya tanggung sendiri.
Saya juga takut kalau apa2 berlaku pada seseorang yang saya kenal. Sentiasa ada rasa risau jadi saya terpanggil untuk wasap diorang, just untuk tulis take care dan hati-hati. Nampak sweet tapi member saya semua lelaki, risau pula kalau dicop gay tanpa sedar. Lebih2 lagi dekat U ni, kalau member saya buat apa2, saya jadi takut jadi saya kalau boleh nak tengok aktiviti diorang 24 jam( mustahil tapi serah kat tuhan yang mana tak mampu). Family pula kalau tak call rasa tak sedap je tapi bila dah call rasa menyesal. Takut diorang fikir yang pelik2.
Banyak lagi perkara yang menakutkan untuk saya tapi kalau nak list dekat sini dengan explanation, memang tak sudah la. Alang2 tu nak tanya, ada ke readers perempuan yang sudi kahwin orang penakut macam saya. Boleh terima saya sebagai passenger dalam kereta kita suatu hari nanti ( even tak kaya ). Kalau sesiapa boleh bantu masalah saya ni, amatlah diharapkan. Takut saya nak fikir masa hadapan macammana. Terima kasih.
– scaredy cat
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit