Opportunis atau Kapitalis

Salam. Tq admin approve. Aku nak cakap sikit la pasal muda mudi sekarang. Pasal hartanah. Kalau ada yang tak nak setuju pun takpe hak masing-masing kan. Cuma aku harap penulisan aku ni dapat buka minda sesetengah orang.

Sejak akhir-akhir ni ramai orang yang muncul dan gelarkan diri mereka ‘jutawan muda hartanah’ dan ramai juga yang seolah-olah berlumba-lumba nak share semua benda pasal hartanah dan kewangan. Semua tips hartanah atau pun kewangan yang korang share tu sikit pun tak salah. Malah, aku pun terbuka minda jugak. Pasal ASB, pasal tips simpan duit, semua tu alhamdulillah dapat memberi manfaat kepada orang lain terutamanya para belia yang baru start kerja. Yelah, para belia banyak yang nak terus pakai kereta besar, padahal baru setahun bekerja. Padahal rumah pun takde lagi. Padahal duit simpanan dalam bank pun kosong. Tapi dengan gaji RM2k sebulan terus nak sambar Lancer. Mana kelas pakai Axia yang takde radio tu. Nak bergaya punya pasal. Sape lagi kau la. Kau yang tengah baca tu. Tapi hari ni aku bukan nak share tips2 saving ke apa. Aku nak buka sikit minda korang la yang tengah sibuk nak beli rumah 4-5 biji tu supaya korang think twice.

Sekarang aku masih menganggur, tengah tunggu penempatan dari kerajaan. Aku pun apply la kerja dekat pasaraya. Malam pulak aku meniaga kebab dengan member sampai tengah malam. Jual pomade jugak sambil-sambil. Penat tu memang penat la tapi nak cari duit punya pasal. Dapat la dalam 2k ke atas sebulan. Dekat pasaraya aku ni, aku rapat dengan makcik-makcik cleaner dan jugak pakcik-pakcik guard. Kesian aku tengok diorang. Dah berumur tapi kena kerja teruk demi sesuap nasi. Diorang ni, gaji memang sikit macam aku la. Tapi aku lain sikit sebab aku meniaga kebab sampai tengah malam bila habis kerja. Diorang nak meniaga apanya, sape pulak nak jaga anak-anak diorang nanti kalau diorang keluar meniaga. Orang muda macam aku ni lain la. Family aku pulak dikira berada sebab alhamdulillah semua kelengkapan dan keperluan kami cukup.

Time tu aku terfikir macam mana lah diorang ni nak survive dengan GST lah apa bagai. Aku ambil contoh. Si mak kerja cashier. Ayah pulak kerje guard. Gaji diorang ni kalau combine cukup2 je atau kurang dari rm3k sebulan. Dengan belanja anak sekolah, barang-barang rumah, kereta lagi. Cukup2 makan je weh. Tapi kebanyakan diorang dah ada rumah sendiri.

Sekarang ni, macam mana pulak dengan belia, yang takde ijazah or diploma macam kau, yang laki bini kerja cashier dengan guard je. And belum ada rumah. Yang kena survive setiap bulan catu duit untuk beli barang makanan rumah, sewa rumah, susu and pampers anak, duit minyak, tol dan lain-lain lagi. Itu belum masuk duit yang terpaksa guna sebab sakit demam dan sebagainya. Diorang ni kebanyakan tak pandai main ASB atau pelaburan lain macam kau. Yang tak reti nak berniaga. Yelah, kalau semua orang tahu main pelaburan dan pandai meniaga, sape je nak kerja cashier? Nak jadi cleaner? Kau rasa diorang ni mampu tak beli rumah? Yes, maybe cukup2 je lepas. Rumah kos rendah atau flat mungkin masih boleh dibeli diorang. Itu pun lepas penat bekerja and cari pendapatan sampingan yang lain seperti meniaga kecil-kecilan depan rumah ke atau jual kerepek-kerepek secara online.

Tapi yang jadi masalah nya sekarang, yang kononnya jutawan hartanah muda ni lah yang menyebabkan diorang tak mampu nak beli rumah. Kenapa? Sebab kau sorang saja dah sebat sampai 10 bijik rumah. Semuanya yang kos rendah pulak tu. Aku tahu la tu kau punya cara nak kumpul duit tapi ada je kot cara lain. Kalau kau kata kau nak simpan aset sebab aset ni sangat bernilai 10 years for now, yes, i admit that. Tapi kalau kau dah kaya sangat sampai boleh beli 10 biji rumah kos rendah tak payah lah beli semua yang kos rendah. Beli lah yang 700k ke. Yang rumah 700k tu memang untuk kau. Kau la sape lagi yang konon main pelaburan sana sini dan nak kumpul aset. Kau dah ada degree/diploma kot. Means gaji kau insyaAllah stable. Lain lah kalau kau menganggur macam aku. Kalau kau kata kau takde pun degree or diploma tapi kau susah payah cari jalan nak berjaya and yes kau dah berjaya sekarang mampu beli rumah 10-20 bijik yang kos rendah, kau kena ingat, tak semua orang diberi jalan macam kau. Tak semua orang diberi rezeki macam kau.

Kalau korang perasan, tips-tips hartanah yang ‘ikon’ hartanah ni pakat share semuanya ditujukan untuk fresh grad yang gaji basic at least 2k. Aku tak jumpa sorang pun yang share tips beli rumah untuk belia yang gaji basic 900. Kalau ada tolong tag nama dia dekat comment. Sudahlah beli 10 biji rumah, kos rendah pulak tu. Belia yang gaji ciput ni punya lah menyimpan dekat 10 tahun ikat perut sebab nak beli rumah tup-tup kau yang gaji 3k-4k yang baru keje je dah sebat rumah yang memang meant for them sampai 10 biji. Itu namanya kapitalis. Tak salah kalau kau nak kumpul aset. Malah, aku sekarang pun tengah kumpul aset. Tapi aku tak tindas orang whether directly or indirectly. Aku beli tanah. Aku tengok tanah terbiar yang berpotensi aku cuba beli sikit-sikit dengan duit simpanan aku. Dengan tanah, aku plan nak buat kebun/pertanian. Aku juga boleh buat rumah aku atas tanah aku sendiri. Kalau habis malas, biar je tanah tu. Mana tahu 5-6 years from now kerajaan nak beli sebab nak buat highway or ada company nak beli untuk bukak pasaraya ke kilang ke. Xpun, kau sewakan tanah kau untuk orang lain yang nak bela lembu or nak tanam pokok-pokok ke.

So, aku harap korang fikir dua kali la sebelum beli rumah kos rendah banyak-banyak. Kalau kau nak beli rumah jugak banyak-banyak sebab nak kumpul aset, ha kau beli lah banglo RM300k ke atas ke. Aset jugak tu. Ade je rumah banglo 10 tahun lepas yang berharga just 200k sekarang ni dah jadi 700k. Sebab kau memang mampu pun kan. Kau fikir lah belia lain yang tak mampu ni. Lepas tu, kau bagi lah tips-tips survival kewangan yang diorang boleh pakai. Diorang yang gaji basic 1200 ke bawah ni. Cuba la faham kesusahan diorang k. Dan jangan kau pakai hujah ‘alah, sape suruh diorang belajar tak pandai kan dah miskin’ or ‘kalau dah tahu miskin buat la 15-16 kerja sehari’ or ‘itulah kau malas nak join seminar-seminar pelaburan macam aku’. Kita tak tahu apa kesusahan diorang. Maybe diorang ada anak yang ada penyakit kronik yang perlu dijaga all the time and duit banyak habis kat situ. Maybe diorang tak boleh buat 12-13 kerja sehari sebab fizikal tak kuat macam kau. Or maybe diorang kena tanggung adik beradik diorang yang masih bersekolah dan banyak duit habis sebab nak diorang berjaya kat sekolah. Kita tak tahu ujian yang Allah bagi kat diorang. Kau pun, kalau Allah nak uji kau macam diorang sampai kau kena berhenti kerja, baru kau tahu langit tinggi ke rendah masa tu. Jadi, masa kau tengah dilimpahi rezeki Allah ni, ingat-ingat sama dengan orang yang berada di bawah kau sebab sekelip mata je Allah boleh tarik semua nikmat yang Dia bagi kat kau. And just a reminder, bebelan aku ni untuk orang yang beli rumah kos rendah SAHAJA yang sampai 10 biji. Kalau kau beli rumah 10 biji yang banglo ke takdenye aku nak kisah. Sebab kau bersaing dengan orang yang gaji tinggi dah. Ni gaji kau tinggi nak jugak kau bersaing beli rumah kos rendah dengan orang yang gaji basic 900. Aduhh. Itu jelah yang aku nak bebel. Harap bermanfaat.

– Bukan Ikon Hartanah

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit