PEOPLE THOUGHT WE HAD IT ALL EASY

Assalamualaikum semua.
Thank you for taking the time to approve and read this confession.
Parents aku dah divorced when I was around 12 or 13 years old.

Aku anak sulung dari 4 orang adik-beradik. Semua perempuan and Alhamdulillah semua tengah first degree kecuali yang bongsu yang sekarang masih di bangku sekolah rendah. Aku? Alhamdulillah Allah beri aku kelebihan dan kefahaman ilmu, kekuatan ingatan dan dengan izin Allah aku sekarang bergelar final year medical student.
Bunyi gah? Perjalanan hidup aku tak semudah kau sangkakan. Aku selalu dengar orang cakap, “Ala, kau pandai boleh lah” ,”Kau tak study pun takpe, kau cepat pick up” , ” Kau lain. Kau pandai”. Agaknya orang ingat aku lahir-lahir genius kepala besar otak 5kg dulu. Aku geram jugak dengar orang cakap macam ni seolah-olah aku ni memang EFFORTLESSLY pandai sejak azali. Meh sini aku nak bagitahu kau how did I end up becoming the person I am today. Ya, kau ! – orang yang selalu ingat aku selalu dapat apa yang aku nak dengan senang.

Aku kecik-kecik dulu suka main komputer game english tapi komputer game yang ilmiah tu lah macam matematik ke bahasa inggeris ke; sampai semua soalan dalam game tu aku dah ingat dgn jawapannya sebab selalu sangat dah main game tu. Aku seorang yang rajin menelaah. Dulu masa aku sekolah rendah, ayah aku kata dia akan belikan apa saja yang aku nak kalau aku dapat no. 1 dalam kelas. Aku memang rapat dgn ayah aku masa kecik. Aku jadi semangat, aku bertambah rajin sbb aku memang teringin sangat nak ada set crayon yang besar yang anak-anak cina selalu bawak pergi pertandingan mewarna. Dari situ, aku selalu dapat keputusan cemerlang. Dalam kelas dan aliran selalu dapat no. 1. Kalau naik pentas anugerah cemerlang, turun dengan 5/6 piala untuk best subject. Kau kan kalau kau dah usaha sebaik mungkin, lepas tu kau dapat hasil yang baik dan orang lain hargai pulak mesti kau rasa suka dan lagi bersemangat untk buat yang lebih baik kan next time? Macam tu lah yang aku rasa. Tapi aku cerita ni bukan sebab nak menunjuk, aku nak bagitahu kalau kau nak sesuatu START NOW! Change now. Act Now. Jangan melengai tak tentu arah, bertangguh tanpa sebab munasabah lepastu sibuk nak salahkan anak cina yang berhempas pulas nak masuk universiti yang kau senang-senang masuk.

And as I said, parents aku divorced masa aku 12 or 13 years old. Masa tu mak aku tengah pregnant adik bongsu dan kitorang duduk tingkat atasssss sekali kat kuarters guru yang takde lif sebab mak aku cikgu. Mak aku turun naik tangga sampai tingkat atas sekali setiap hari dengan perut yang sarat. Aku kasihan tengok mak aku kena bersusah payah macam ni. Ayah aku kat mana bila mak aku susah macam ni? Aku mula terbayang macam mana mak aku mengandungkan aku dulu dan besarkan aku sampai 12 tahun time tu. Mata aku berkaca almost everytime aku tengok mak aku termengah-mengah panjat tangga balik kerja. Apa kau nak kata cikgu kerja setengah hari so tak penat sangat? Kau pergilah jadi cikgu aku nak tengok kau penat ke tak. Aku tengok kepayahan mak aku nak menyara kami sekeluarga dengan duit gajinya yang tak sebanyak mana. Pernah ada hari, kami makan bubur dgn ikan masin je sebab dah mak aku dah takde duit. Kau bayangkan org yang berbadan dua makan bubur dgn ikan masin macam mana? Ayah aku? My dad was rarely home and selalu kata dia takde duit. Asyik keluar rumah taktahu ke mana, taktahu bila nak balik. Berhari, berminggu tak balik. Aku tekad kuatkan semangat, bulatkan tekad, aku janji dengan diri aku sendiri yang aku akan beri kesenangan and I will be that happiness that my mom deserved, that my sisters deserved (adik bongsu tak lahir lagi time ni). Aku nak belajar bersungguh-sungguh. Nak jadi pelajar terbaik dalam semua bidang dan subjek.

Hajat aku tak kesampaian sebab aku selalu tak dapat datang kokurikulum waktu petang sbb mak aku tak larat nak turun naik tangga untuk hantar aku pergi kokurikulum. Kalau aku stayback pun, mak aku kena keluar rumah amik aku bila habis koku, turun tangga amik aku, pastu balik nak panjat lagi. Kalau dulu aku dapat datang koku and masuk padang balapan, aku antara ahli pasukan short-distance athlete sebab aku teringatkan mak aku yang pregnant and adik-adik aku yang kecik dan akan lari laju-laju nak hilangkan stress. Lari sekuat-kuat hati sebagaimana kuatnya hati aku, sebagaimana kuatnya aku belajar siang malam sampai pandai. Tapi kau taktahu kan? Orang hanya nampak aku kononnya all rounder.

Bila adik laki dah lahir, ayah aku selalu tengok dia. Mungkin dia dah lama teringin anak lelaki dan buat sementara aku ingatkan segala masalah aku dah selesai. Tapi aku silap. Aku sangat silap. What is meant to be will always find its way. Parents aku tetap bercerai. Aku rapat dgn adik 1st aku. Dia ni garang, berdisiplin, tegas. Aku selalu luahkan perasaan dekat dia pasal parents aku. Dia cool je dapat tahu parents aku bercerai. Memang cool habis beb. Takde riak kegusaran atau bait kata penyesalan langsung. Dari dialah aku belajar jadi tough sikit, jangan cengeng sangat. Adik perempuan aku lagi sorang baru 10 tahun masa tu, aku taktahu lah dia faham ke tak apa yang terjadi. Yang paling kasihan adik laki aku yang masih baby. Hati aku sedih gila bila pandang dia time baby. Orang lain kehulu kehilir didukung, dikelek ayah memasing bawak pergi main playground, theme park and what not. Adik aku? Dia tak merasa semua tu. Dia taktahu pun kasih sayang seorang ayah tu macam mana. Dia takde childhood yang indah macam ramai orang bertuah di luar sana. No, he didn’t have that luxury. So do we.

Aku selalu berpindah randah sebab mak aku tukar sekolah. Sekolah rendah je dah pindah 6 kali. We never stayed too long in a place and that is why I don’t have any childhood friends. Paling lama pun duduk 1 tempat, 3 tahun lepas tu pindah. Ayah aku ada bagi nafkah selepas bercerai tapi bila dia rasa nak bagi je lah. Hmm. Kalau nak ikutkan gaji dia sorang je RM 1x,xxx/month. Aku sampai tak boleh brain mana pergi semua gaji dia. Taktahu dia buat apa sampai tak cukup puluhan ribu macam tu. Itu belum lagi kira hutang piutang keliling pinggang that my mom so generously made a loan just to pay them on his behalf. Mak aku pulak terpaksa berhutang sampai lah sekarang ni semata-mata nak bayar loan tu balik. Betapa geramnya hati aku. Kalau diikutkan, hanya dgn gaji dia kami anak beranak boleh hidup senang, mewah.

Masa berlalu dan aku dah tamat sekolah menengah sains. Habis SPM aku kerja nak tolong mak aku sikit-sikit. Belajar kereta nak tolong mak aku uruskan adik-adik. Alhamdulillah berkat doa mak dan adik-adik, Allah beri aku 7A+ 2A masa SPM. Aku masih lagi taktahu nak ambil bidang apa. Nak ambil medic memang tak sesekali hinggap kat benak sbb aku tak suka membaca buku tebal-tebal. I am a concept person. Kalau maths, chemistry, physics, aku lah orangnya. Tapi aku tak fikir pasal diri aku, bagi aku lantaklah aku amik bidang apa pun janji ada kerja nanti, aku nak tolong mak and adik-adik aku sambung belajar. Many scholarships are open for application. Kau cakap apa yang aku tak apply? Aku apply banyak sebab aku tahu mak aku takkan mampu nak tanggung aku belajar masuk uni kalau aku tak cari bantuan kewangan lain. MARA, ING, Tun Rahah, Tun Razak, MAXIS, PETRONAS, SIME DARBY, KHAZANAH… you name it. Aku bersengkang mata mengarang essays.
Aku buat sepenuh hati. Aku penat. Bila agaknya I can not do my best?

Tapi yang panggil temuduga MARA je. Malam before interview aku nangis sebab terlampau stress. Nak dipendekkan cerita, aku ditawarkan ke Kolej Mara Kuala Nerang untuk asasi perubatan kalau tak salah and UPU dapat asasi sains hayat kat PASUM. Aku bagitahu parents. Mak aku of course kata pergi, ayah aku kata jangan pergi sebab PASUM lagi bagus, orang lagi pandang grad UM katanya. Aku ni marah macam mana pun still dengar cakap dia sebab aku taknak jadi anak derhaka. Bak kata mak aku, yang bercerai tu mak ayah aku tapi hubungan anak ayah akan kekal sampai kiamat. Jadi takde benda yang berubah, dia tetap ayah aku dan aku tetap anak ayah aku; mak aku kononnya nak pujuk hati aku, mungkin dia takut penceraian ni affect aku negatively.
Masuk PASUM, grad 4.00. Nasib baik masa asasi dapat elaun dari kerajaan RM 1200 satu sem. Aku memang tak minta duit langsung dari mak aku. Kalau ada nak pakai duit pun, aku akan minta kat ayah aku. Hari tu ayah aku ada cakap, “ayah takde duit kalau akak nak sambung belajar. Pandai-pandailah cari kalau nak sambung”. Kau bayangkan apa perasaan aku? Selama asasi ni berapa banyak je sangat dia bagi aku duit sbb aku berjimat dgn elaun aku. Aku bukan minta duit pergi travel ke shopping ke berjoli, AKU NAK BELAJAR. AKAK NAK BELAJAR AYAH. Dia tak nampak ke potensi aku? Dia tak nampak ke aku mampu pergi jauh? Dia tak nampak ke betapa aku cekalkan hati aku untuk terus cemerlang walaupun waktu-waktu kritikal penceraian dia dgn mak aku dulu? DIDN’T HE SEE HOW MUCH I WANT MY LIFE TO CHANGE ?! Aku semakin hilang respect pada ayah aku sendiri lepas dia kata macam tu. So heartless and cold towards his own daughter. Aku anak sulung. Aku role model untuk adik adik aku. Dalam hati aku dah memangis, meraung berguling. Kalau ikutkan hati aku, aku nak menangis semahunya bawah meja dalam bilik yang gelap dan baling,bakar semua buku aku, mungkin juga kelar tangan aku. Aku nak berehat. Sampai bila aku kena berhempas pulas menjadi yang terbaik and put on a poker face once I stepped out of the house like nothing happen. Orang bercerita pasal ayah memasing, aku pun cerita pasal ayah aku- kenangan manis waktu bertahun dulu- tapi orang taktahu I have a broken family. And bcus I have the brain and people thought I have a happy family, they thought I had it all easy.

Aku bersengkang mata apply scholarships macam orang gila. Prepare resume, CV, keluar duit pergi print kat cc sebab takde internet and printer. MAXIS panggil interview. I was short-listed. Few weeks later… UPU dapat Bachelor of Science (Mathematics) kat UM just like I wanted, and I was short-listed by MAXIS into the final stage. Everything was going my way finally. I registered for my first degree kat UM. Kau tahu kan segala macam mak nenek dokumen UM nak time registration and minggu orientasi. Tapi dokumen ayah aku semua outdated jadi aku pun minta yang latest kat ayah. Tahu ayah cakap apa? “Cakap je Ayah dah mati”. Berdarah hati aku. Sampai hati dia buat aku macam tu. Ayah aku suruh letak yang dia dah bercerai dalam maklumat bapa dan lokasi dia suruh letak je tak diketahui. SERIOUSLY? SERIOUSLY?! Aku terasa seolah-olah terbuang. Alasannya, senang sikit aku dapat bantuan kewangan kalau kata ayah aku dah mati. WHAT???!!!!! Dah lah taknak biaya study aku. Sekarang ni minta maklumat pun taknak bagi, suruh cakap mati pulak! Bukannya aku nak bawak gangster pergi cari rumah dia. AKU NAK BELAJAR LAH! Ya Allah Tuhan je yang tahu. Aku sangat kecik hati.
Tak berapa lama kemudian, aku dapat call cakap aku dapar biasiswa JPA out of the blue nak taja buat medic kat uni swasta. No interview and aku tak apply pun JPA sbb JPA tak buka application pun. Aku macam tak percaya. Lemah kepala lutut aku. Nampaknya Tuhan mmg tetapkan rezeki aku di bidang perubatan. Aku tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran dan keluar dari UM.

Buku medic yang tebal nak mati tu mahal sangat dan aku pulak first year. Kalau nipis pun boleh cecah harga RM100 lebih, kopak aku. Mana nak cekau duit banyak macam tu. Menangis aku dalan hati. Walaupun aku adalah scholar tapi elaun bukan terus masuk. Jadi aku terpaksa minta duit kat ayah aku walaupun kalau ikutkan kecik hatinya aku, aku taknak contact dia lagi. Aku dah tawar hati nak bercakap dengan dia pun. Terlalu kecik hati. Dia belikan buku-buku aku nak belajar adalah dalam RM 1000 lebih. Tapi kau tahu apa dia kata masa dia hantar buku-buku tu kat aku? “Nanti bayar balik tau duit buku. Mahal sangat buku akak ni”. Allahuakbar… Meraung dalam hati. Aku ni kalau ada duit takdelah minta tolong dia, boleh dia minta anak dia bayar semula apa yang sepatutnya menjadi nafkah? Aku diam tak balas apa dia cakap,suara bergetar. Buat-buat pekak. Hati aku dah remuk. Ilmu adalah antara nikmat terbesar Allah bagi aku. You still think I had it easy? Dugaan yang menggugah jiwa perempuan aku tidak berhenti di situ saja.

How did I manage to get where I am now? How did I manage to do it? That’s not the question.

The question is how can I not do it? I have no choice but to be strong.

-TO BE CONTINUED-

– hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit