Kakak aku yg pelik tapi benar

Assalamualaikum semua.Kali ini aku nak share sikit kisah tentang akak aku yang aku rasakan agak pelik tapi benar dan kelakar pon ada sebenarnya.

Akak aku ni merupakan akak aku yang sulung.Dia dah kawen ada anak 2 orang.Dia ni fully housewife.Kehidupan dia boleh dikatakan agak senang la sebab husband kerja agak bagus.Kat sini aku nak share dalam beberapa situasi yang menampakkan perangai dia yang pelik tapi benar tu:

Pernah masa raya,mak aku order lah muffin dan cheese tart untuk makan adik beradik dan tetamu yang datang.so petang raya tu aku pun nak rasa lah kan muffin tu sikit sebab dari pagi memang tak sempat nak jamah apa apa kuih,biasalah dah perut penuh dengan rendang,ketupat dan juadah lain.Aku cari muffin tu kat dapur tapi tak de.Aku tanya kak long aku “dah abis ke muffin?”Dia tak cakap abis tapi cakap “entahla..”. Aku pelik banyak kot mak aku order tak kan dah habis.Tak lama tu abg ipar aku aka husband k.long aku tu datang la kat aku dan bisik “ada banyak lagi muffin tu tapi k.long kau sorok”. Aku dah mula la rasa cam bengang je dengan perangai dia ni.Muffin tu kalau duit dia yang order aku tak kisah sangat lah dia nak sorok ke apa tapi duit mak aku kot.Ada ke patut dia boleh sorok makanan. Tapi aku tak pasti la pulak kat mana dia sorok sebab seluruh ceruk dapur aku cari memang tak jumpaYang tu menjadi tanda tanya aku sampai sekarang..hahaha

Ada time tu,mak aku pergi raya umah jiran sekejap.Jenis mak aku ni kalau dia nak keluar beraya mesti dia akan tinggalkan duit raya untuk kanak kanak yang datang raya.Kebetulan mak aku keluar masa tu dia terlupa bagitahu aku yang angpau untuk tetamu ada dalam drawer kat dapur.So,time tu adalah 8 orang budak datang raya.Masa budak budak tu dah nak balik,k.long aku boleh membebel kat aku ckp “mak ni pun satu bukan nya nak tinggal duit raya ke apa,main keluar camtu je”.Kuang ajaq tak k.long aku ni.Punya la takut kena keluarkan duit dia sebab nak sedekah pada tetamu.Boleh pulak kutuk kutuk mak sendiri.Pastu dia cakap kat aku..”Aina ko ada duit kecik tak?k.long tak de duit kecik nak bagi budak budak”.Aku pun bagi duit aku lah.Kalau nak tahu masa tu aku masih study lagi.Nasibla korek lam wallet ada la sikit.

Next situation pulak,kami singgah tido umah dia kat jb sebab melawat adik aku yang bongsu kat matrik. Masa tu aku,mak ayah,akak aku yang no dua sekali dengan 4 orang anak dan husband dia ada sekali la.Nak dijadikan cerita mak aku masuk la toilet buang air,dan lepas mak aku keluar toilet tu,aku nampak k.long aku masuk sembur perfume tp mak aku tak perasan,aku je yang perasan alamaklumla aku ni memang jenis alert sikit dan suka perhatikan tindak tanduk orang.Tak lama pas tu,akak akak aku yang no 2 pulak masuk toilet dan bila keluar seperti biasa k.long aku akan masuk sembur perfume dan check lubang jamban takut tak flush ke apa.Aku kat ruang tamu masa tu nak gelak pon ada dengan sikap k.long aku ni yang terlajak pembersih.Korang bayangkan setiap kali sesiapa yang masuk toilet wajib dia akan masuk check balik toilet tu.Iye aku akui memang bagus sikap pembersih dia tu tapi kalau yea pun nk bersihkan semula ke apa tunggu lah sampai kami balik aka dah xde dalam rumah dia tu.Ni nampak sangat cara dia tu seolah olah nak kami cepat balik dan ingat kami ni pengotor sangat ke lepas buang air xtahu nak flush.Aduhaiii…

Masa kami nak balik tu,mak aku siap bagi duit rm50 lagi tau kat k.long aku.Mak aku ni pun satu,aku pun pelik juga terlebih pemurah siap bagi duit padahal bukan umah orang lain,umah anak sendiri kot.Yang paling tak boleh bla,k.long aku boleh mulut dia cakap camni “eh xpelah mak ni,tak yah duit duit lah” tapi tangan dia cekau semacam duit mak aku hulur tu.Pelik betul aku,kalau jenis tak berkira tak de nya dia akan ambik duit tu kan.

Sekian sahaja cerita tentang akak aku ni.Sebenarnya banyak lagi perangai pelik dia tapi tak larat nak type dah..haha

– Aina

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit