Assalamualaikum. mohon admin approve post saya ya.. sebelum terlupa saya merupakan pelajar IIUM sendiri dan InsyaAllah bakal tamatkan pengajian dlm masa 1 tahun lagi.. ceritanya begini, saya mmg daripada dulu minat nak masuk askar ni lebih lebih lagi tentera darat.. btw, saya lelaki.. kat uia ni saya tak join la palapes ke atau unit uniform yg lain tapi aktif juga dlm society society yg lain..
tapi kan persoalannya, salahkan saya memilih untuk menjadi tentera walaupun orang kata kerja tentera ni nk makan apa even ayah saya yg bekas tentera ni pun tentang sebab katanya saya ada degree. tapi bila saya explain degree saya tak melayakkan saya untuk mohon pegawai kadet graduan tetapi mungkin layak sebagai perajurit muda je, lagi la dia bising.. hmm
minat dan passion saya ni mmg drpd kecil lagi. bila dh besar ni teringin nk apply.. pyhsically i’m fit and ok la stamina bagai tu. namun, bila dengar org kata kau ada degree, minta la kerja yg sesuai dgn taraf pengajian kau tu.. bla..bla..bla.. saya rasa kecewa dan sakit hati.. salahkan saya nk jadi seoramg askar yg berbakti kepada agama, bangsa dan negara?
mungkin org cakap, minat sahaja tak boleh tapi kena tgk realiti jugak kan.. hmm.. kalau depa2 yg cakap mcm ni berada ditempat saya sekarang, mungkin hampa akan rasa kecewa.. katanya nnti nk bagi anak bini makan apa, etc3.. jadi, kawan kawan sekalian.. boleh tak bagi cadangan atau sape sape yg lepasan degree tak kira ipta mana pernah mohon as askar ni.. boleh tak hampa semua komen atau bagi pendapat.. ada rezeki InsyaAllah saya akan PM hampa semua nohh.. terima kasih banyak banyak. love u alls..
– Kebingungan.
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit