Kisah Tandas Korek

Kisah lama yang berlaku disebuah tanah kampung di Johor. Aku seringkali mendengar dan mendapat aduan dari jiran2 terhadap seorang pemilik rumah.

Pada mulanya, aku tak lah kisahkan sangat kerana lebih bersifat peribadi, tetapi aduan ini hingga masuk ke dalam mesyuarat maka tindakan perlulah diambil.

Aku pun merancang dan esoknya aku pun pergilah ke rumah yang dimiliki pemilik ini. Biasalah, aku kalau melawat rumah, mesti antara lawatan adalah pergi ke belakang rumah.

Teringat mak aku dulu pesan, jika nak tengok orang tu pembersih atau tak, pergi belakang rumahnya, jika bersih, maka pembersihlah tuannya.

Jika korang nak tahu, aduan yang kami terima adalah, tuan rumah ni tiada tandas sempurna.

Pelik juga memikirkan, apa ke pentingan laporan seperti ini, yang beliau sekeluarga ada hanyalah tandas yang perlu dikorek apabila khidmatnya diperlukan.

Maka terpampang lah sebuah ‘rumah kecil’ yang berlubang disana sini dan menunggu masa untuk roboh.

Apabila dibuka pintu, bertimbun ‘harta karun’ kering dan sebaldi pasir untuk tujuan menutup ‘bijih’ itu tadi. Betul2 di belakang pintu dapur dan penyediaan makanan dibuat sambil menghidu aroma bijih.

Bising dibuatnya apabila jiran sebelah bawah mendakwa apabila hujan, bijih ini akan mengalir ke bawah..

Dan jiran sebelah rumah pula kata, disebabkan lubang yang banyak, kadangkala ternampak anggota rumah terbongkok2 sedang mengorek lubang, termasuk isteri dan anak2 beliau.

Darah mula membuak, disitu juga sekolah ajaran sivik dibuka.

Kemudian isteri dan anak perempuan beliau keluar, rupanya isteri dan anak2 tak berani nak tegur lantaran kelantangan suara suami ini.

Anak perempuannya pula cantik dan aku sendiri dapat rasakan keseganan anak dan isteri apabila terbayang aduan jiran sebelah rumah tadi.

Arahan dibuat supaya dirobohkan rumah kecil ini dan diganti dengan yang sesuai, tetapi tuan rumah pula kata tiada duit..

Aduh, paling sikit pun diperlukan RM5k, tengok rumah pun tahu, memang jenis tak ada duit, rumah bersepah, tak berseri dan papan lantai kopak pun tak terganti.

Pelik kan, rakan2 yang mendapat pendapatan yang hampir sama, luas tanah yang sama, cuaca yang sama, tetapi rumah orang lain makin besar juga anak2 berjaya, dan disinilah aku nampak keberkatan dalam rezeki seseorang.

Mesyuarat kecil dibuat melibatkan jiran tetangga, dan persetujuan dicapai.

Baiknya jiran2 apabila sanggup memberikan sorang sedikit wang bagi mencukupkan dana pembinaan serta upah, dan barang2 binaan pun dibeli.

Wang terkumpul ini akan dibayar semula oleh tuan rumah sedikit demi sedikit dari hasil ladang beliau.

Yang aku geram adalah, apabila barang dah sampai, pemilik ni kata untuk jimatkan dana, dia akan buat sendiri maka aku selaku pemantau berfikiran ok lah,

Tetapi apa yang berlaku, pasir selori yang dibeli ni tak mahu diguna, sebaliknya dia sanggup pergi korek busut, dihancurkan dan tanah busut ini diguna dengan simen.

Habistu pasir selori ni nak buat apa, katanya nak buat pondok dikebun nanti..

Keluar kata2 mencarut aku haritu.. Geramnya aku tak boleh kata dah, penat bising2, penat minta belas kasihan jiran2 kumpul derma.

Lagi satu yang aku geram, tapak yang nak dibina baru ni, betul2 dipilihnya penjuru tanah depan pintu tepi rumah jiran… Allahuakbar, sebesar2 tanah, disitu juga yang ko nak bina.

Akhirnya ‘rumah kecil’ ini berjaya dibina di lokasi lain, dan aku sampai nak buat majlis perasmian tarik reben rasanya.

Bangga dan syukur aduan dapat diselesaikan, dan maruah anak bini beliau dapat dijaga sebaiknya.

Ternampak linangan air di hujung mata isterinya dan aku tahu walau tiada ucapan tahniah diterima, tetapi rasa terima kasih itu aku rasai hingga kini.

-HONOR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *