Bila Dah Kena Baru Tahu

Hai pembaca semua. Aku pembaca tegar IIUM Confession ni. Salah seorang pengomen kadang kadang dapat top fan.

Selalu aku komen tentang kisah kisah wanita yang ada masalah rumah tangga supaya bangkit dan bahagiakan diri sendiri. Minta cerai, tinggalkan suami dsb nya.

Tak aku sangka Allah nak bagi aku ujian kali kedua. Aku pernah ditipu berkali kali oleh suami yang mencari keseronokan diluar di pusat karaoke berteman dan ‘tinggi’.

Dulu aku selalu ditipu ketika dia claim pegi mesyuarat ke KL, tapi dalam pada mesyuarat waktu malam sempat singgah kelab dan karaoke.. sambil ambil ‘barang’.

Aku selalu je curiga dan pernah je kantoi few times, tapi sebab tak pernah kantoi melibatkan perempuan lain, so aku maafkan. Dia bagi alasan stress jadi itu cara dia nk cope dengan stress tu.

Pedih ditipu.. bayangkan la dia punya berlakon.. sebelum tidur konon-konon video call aku dengan anak2.. bagitau dah nak tidur. Sekali bila dia balik, kantoi dalam mesej pukul 1 dia otw pegi buat maksiat.

Dia minta maaf dan slow down perangai dia bila lepas kantoi tu. Layan aku dan anak anak super baik sebulan dua sampai aku pun terlupa dia pernah sakitkan hati aku. Sampai lah dia menipu lagi dan lagi. Haih.

Setiap kali kantoi dan berbaik semula, cinta aku memang dah tak ada.. yang tinggal hanya rasa tak mahu kesunyian.. dan of course sebab dia biasanya bertanggungjawab je dalam urusan rumah dan anak anak.

Sehingga lah 4 tahun yang lepas dia hampir mati kerana perbuatan itu.. ada parut kekal pada badan sebagai ingatan.. kenapa lah dia tak mati terus..

Sejak kejadian tu.. dia berubah lebih baik dari sebelumnya. Jaga solat jauh lebih baik dari aku menjaga solat aku. Dia lebih menghargai aku.

Dia lebih kerap ada dirumah. Dia elak untuk outstation.. aku pun percaya… dan mula sayang semula.

Tapi Allah uji aku selepas 4 tahun.. rupa rupanya dia masih sama, cuma tukar tempat dari KL ke daerah aku ni saja. Apa yang bezanya cuma dia lebih bijak menyimpan gerak geri..

4 tahun walaupun cuma sekali sekala, tapi dia berjaya simpan dari pengetahuan aku.. kantoi kali ini lebih hebat.. sebelum ini dia cuma kantoi tipu tak pegi tapi kata pegi..

Tapi kali ini… kantoi ada teman untuk ‘tinggi’ bersama-sama.. dia mesej stok-stok perempuan yang nampaknya dah biasa dilanggan..

“Abang nak Loly…” Allahu… hati aku mati di ayat itu. Semua rasa yang aku pernah ada hancur sehancurnya.. aku rasa langsung tak boleh nak hadap muka dia. Jijik.

Aku tanamkan hasrat untuk bercerai. Sebab memang dah tak ada apa yang aku boleh pertahankan lagi. Selama 4 tahun aku tak pernah curiga.. tapi rupa rupanya aku masih ditipu..

Macam mana aku nak hidup dengan kepercayaan yang dah mati? Dia keluar rumah pegi kerja pun aku akan rasa dia tak kerja tapi akan melencong tempat lain. Aku takkan boleh…

Tapi dia tak nak bercerai.. dia cakap dia menyesal dan berbagai ayat pujuk rayu dia bagi.. dia kata jangan tinggalkan dia, dia akan merana..

Dia tak tahu aku ni punya rasa sakit tu macam dah mati dah, macam baru lepas kena bom, berkecai.. Tinggal jasad je masih bernafas..

Dia layan anak anak sangat sangat baik.. dengan anak boleh pulak bersabar.. punyalah nak tunjuk dia berubah..

Padahal yang sebelum ni dia punya layanan kat anak tu… sampai anak dah tak kisah pun kalau dia lenyap selama lamanya dari rumah..

Bukan lah nk kata dia bapa yang teruk, dia selalu imamkan kami solat, tapi cara dia bercakap dengan anak, cepat baran, kedekut dengan anak, memang tak melambangkan bapa yang penyayang..

Anak aku yang sulung pernah cakap kalau kita duduk dengan ibu dan adik adik je pun tak apa, takde papa pun tak apa ibu.. kalau ibu sakit abang boleh jaga..

Menitik air mata aku bila dengar anak cakap mcm tu.. Anak sulung, tempat aku marah selalu setiap kali aku tak happy dengan ayah dia.

Aku nak berpisah.. aku taknak hidup dengan dia lagi. Sebab aku memang dah tak boleh nak menjalankan tugas sebagai isteri.. takde apa lagi yang tinggal untuk buat aku ada rasa kasihan sekalipun..

Tapi dengan keadaan dia tak mahu berpisah, aku tahu proses akan jadi sukar.

Aku tak boleh keluar dari rumah macam tu je, akan jatuh nusyuz dan akan lebih menyukarkan aku kalau nak proceed ke mahkamah nanti.

So kat sini lah aku nak kata.. bila kita bagi komen “cerai je sis, tak payah nak hidup lagi dengan manusia macam tu”, ianya langsung tak semudah apa yang kita komenkan.

Aku membayangkan kepayahan untuk aku keluar dari keperitan ni.. sudahlah sakit dikhianati, nak keluar dari kesakitan pun tak mudah.. apa lah nasib..

Tapi.. aku berharap aku tak putus asa.. dan takkan mengalah lagi dengan pujuk rayu dia.. aku berhak bahagia dengan kehidupan tanpa kesakitan begini..

Korang doakan lah aku dikurniakan ketabahan dan kekuatan nak lalui semuanya.. buat masa ni aku masih sangat rapuh.. lagi lagi bila aku ni memang seorang yang punya empathy yang sangat tinggi..

Bagi la tips mcm mana nak keraskan hati.. tapi mungkin dari sudut pandangan bagi seorang yang mudah kesian..

Thank you sebab baca luahan ni.. aku perlu luah sebab aku tak tahu kemana lagi nak pergi.

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *