Aku Belum Move On atau Hanya Bayangan?

Aku, Azmir (nama samaran). Aku ni ada masalah tak yakin diri. Sebab aku rasa aku tak good looking.

Sepanjang sekolah menengah, aku ada 1 je ex. Tapi, tu pun dia meninggal masa 1 tahun kitorang couple.

Fast forward. Masa aku masuk kolej, aku ada je ramai kawan. Tapi, aku tetap rasa sunyi.

Masa tu zaman wechat, so aku buat la account wechat, pakai gambar fake. Gambar laki mana tah aku rembat.

Dekat wechat tu, aku kan handsome. So, ramai la perempuan add aku.

Tak pernah terlintas pun nak cari girlfriend dekat sana, dengan muka fake tu. Aku cuma nak berkawan. Dan, nak tambah confidence bercakap dengan perempuan.

Satu hari, ada seorang perempuan cantik ni. Nama dia Siti (nama samaran).

Aku tak ingat sangat macam mana kami boleh berkawan. Or kenal. Yang aku ingat, aku layan dia macam kawan je mula-mula.

Tapi, dia macam bagi hint, yang dia suka aku. Tak tahu la, ada sesuatu yang menarik aku dekat dia. Dia cantik, muka pun soft, soft spoken pulak tu.

Silap aku dekat sini. Aku tak mengaku yang gambar aku pakai tu, bukan aku.

Kami akhirnya couple. Tapi, tak pernah call, tak pernah video call. Aku sayang dia sangat-sangat.

Terlintas dalam fikiran aku, nak mengaku. Tapi, aku takut, kalau aku mengaku, dia tinggalkan aku.

Aku sayang dia sangat-sangat. Dia macam first love aku, walaupun bukan.

Setahun macam tu kitorang couple, satu persatu penipuan aku terbongkar.

Sampai akhirnya, Siti jumpa gambar lelaki yang aku pakai tu. Siti jumpa account sebenar lelaki tu dekat Facebook.

Pagi tu, aku buka handphone, Siti spam aku. Aku hairan lah, dah kenapa dia ni.

Rupanya, Siti dah tahu penipuan aku. Aku menggelabah lah. Aku cuba explain semua dekat Siti.

Benda pertama Siti tanya, betul ke nama aku? Betul ke semua benda yang aku bagitahu dia selama ni pasal diri aku?

Aku akhirnya send gambar aku dekat Siti. Berminggu jugak aku pujuk Siti, minta maaf, pujuk dia supaya dengar explanation aku dulu.

Terpujuk jugak. Tapi, bertahan seminggu dua je.

Siti masih trauma. Dia tak percaya langsung dekat tahu.

At this point, aku tak tahu, Siti ada hati dekat lelaki sebenar tu atau pun dia layan aku sebab kesian. Aku tak pasti.

Yang aku tahu, aku menangis berminggu-minggu sebab Siti tak nak layan aku.

Sampai satu tahap, Siti betul-betul fed-up dengan aku. Dia tak dapat terima penipuan aku, dia tak percaya aku langsung.

Aku pulak give up nak pujuk dia. Aku minta maaf dan undur diri. Sebulan macam tu jugak la kami tak contact langsung. Siti pulak masa tu, masuk Universiti.

Aku gembira untuk dia. Tapi, aku tak boleh bagitahu dia. Jadi, aku stalk Instagram dia. Jantung aku macam terhenti.

Aku tengok gambar Siti, aku terus menangis. Aku rindu dia sangat-sangat.

Jadi, aku cuba contact dia balik. Minta maaf, janji takkan tipu dia lagi. Siti, of course tak layan. Tapi, lama-lama, dia layan juga. Kami pun contact balik dan couple balik.

Siti ada ajak aku call. Jadi kami pun call. Tapi tak selalu sebab aku selalu busy dan ada je orang dengan aku.

Part ni, aku tak pasti kenapa Siti tak percaya dekat aku jugak. Dia ingat, aku perempuan?

Sedangkan sebelum ni, kami ada je call. Cuma tak video call, sebab aku masih tak confident nak tunjuk muka dekat dia.

Masa-masa aku tak dapat call Siti, dia marah aku. Dia cakap, ada benda yang aku sembunyikan ke?

Aku memang tak sembunyikan apa-apa dah. Aku memang surrounded dengan orang masa tu, ataupun aku betul-betul sibuk.

Kami selalu gaduh pasal ni. Aku selalu mengalah. Sebab aku betul-betul sayangkan Siti, aku tak nak lepaskan dia lagi.

Sampailah satu masa, Siti minta aku pergi jumpa dia. Baik, aku turutkan. Aku beli tiket flight. Berkali jugak la tak jadi pergi. Flight delay, masalah keluarga last minit.

Makin lah Siti tak percayakan aku. Dia ingat, aku buat-buat semua alasan tu. Tapi, memang tak boleh nak elakkan.

Kami pun bergaduh lagi. On off jugak lah masa tu, dalam 2 ke 3 tahun. Gaduh, OK balik. Gaduh, OK balik.

Aku tahu, Siti ada berkenalan dengan seorang lelaki dekat Universiti dia. Aku stalk Instagram lelaki ni. Good looking, sesuai dengan Siti.

Masa tu, aku dengan Siti dah stop contact. Tapi, aku contact dia balik.

Aku cakap, “dah ada orang baru eh? Tahniah”, sekali aku selit ayat-ayat sedih aku. Sebab aku belum move on dan rasa sayang aku dekat dia tu, sehari pun tak pernah kurang.

Aku pun kenal-kenal lah dengan perempuan lain. Dalam masa nak cuba lupakan Siti. Ada seorang perempuan ni. Cantik, baik sangat. Nama dia Amiera.

Aku dengan dia, kawan-kawan je. Kami tak declare pun couple, sebab, Amiera tahu aku masih sayangkan Siti.

Siti tahu pasal Amiera, jadi dia cari Amiera dan tanya pasal hubungan kami. Aku nampak Siti pun masih ada perasaan dekat aku.

Jadi, aku stop contact dan jumpa Amiera, aku kembali ke Siti. Tapi, tak bertahan. Tak sampai pun 2 bulan, kami lost contact balik.

Aku berkenalan lagi dengan seorang perempuan, Nina. Nina ni lebih kurang macam Siti. Putih, cantik, soft spoken, lemah lembut.

Kemudian kami bertunang. Silap aku dekat sini, aku bertunang dengan Nina, tapi, hati aku masih sayangkan Siti.

Tak lama lepas bertunang, kami putus. Aku masih tak dapat lupakan Siti. Akhirnya, aku kembali ke Siti. Tak lama jugak, tak sampai sebulan.

Siti kembali ke lelaki yang dekat U, aku single balik.

Tak lama lepas tu, Nina contact aku balik. Masa ni, aku betul-betul tekad nak move on dari Siti. Jadi, aku cuba sayang Nina.

Lama jugak masa aku ambik nak sayangkan Nina. Tapi, Nina faham. Dia sabar tunggu aku.

Banyak kali jugak aku bagitahu Nina, “move on lah you. Cari lelaki yang betul-betul sayang dekat you. jangan tunggu I dah.”, tapi, Nina tak pernah pergi.

Aku selalu stalk Siti masa ni, Twitter, Instagram dia. Dia dah bahagia. Aku, masih macam ni.

2 tahun dengan Nina, akhirnya hati aku terbuka untuk dia. 2 tahun lepas kami couple, aku ajak Nina kahwin. Kami pun berkahwin.

Sekarang dah ada sorang anak. Aku bahagia, aku sayang Nina sangat-sangat.

Tapi, ada masanya, aku masih stalk Siti tanpa pengetahuan Nina. Aku dah tak ada perasaan untuk Siti. Cuma, mungkin dia perempuan pertama yang aku betul-betul sayang.

Aku masih care pasal hidup dia. Aku stalk dia sekali sebulan. Kadang-kadang, ada hari yang aku ingat sangat-sangat dekat dia.

Bila tidur malam, aku mimpi dia. Tapi, aku tak rasa rindu atau sayang.

Aku keliru, perasaan apa ni? Kenapa selalu teringat kalau tak rindu dan tak sayang?

– Azmir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *