Kepercayaan Masyarakat Kita

Assalamualaikum. Harap admin dapat approve Confession saya, yang bukan Confession sangat pun. Cuma ingin berkongsi cerita tentang kepercayaan-kepercayaan masyarakat kita.

Pertama sekali, boleh panggil saya A, saya pengamal perubatan alternatif. Saya tertarik untuk menulis di ruangan ini kerana tertarik dengan confession insan yang disahkan ada bipolar disorder. Beliau juga ada menyatakan bahawa, sebelum ke hospital beliau telah pergi membuat rawatan kampung dan disahkan ada SAKA padahal sebenarnya bukan. Ini lah yang ingin saya kongsikan. Sikap masyarakat yang mudah percaya, dan perawat yang dengan mudah menuding jari pada unsur-unsur mistik.

Saya hendak berkongsikan pengalaman secara ringkas, bagi mengelakkan anak mata kalian menjadi juling kerana membaca confession seperti membaca karangan tiga muka surat.

Maafkan saya jika terpanjang mukadimah. Bila dah terbiasa bercakap banyak, terasa kejang jari nak menaip.

Kisah yang pertama yang saya nak kongsikan kisah tentang sebuah keluarga. Malam itu, saya ke rumah mereka selepas mendapat panggilan kononnya mak nya ada saka. Konon, dah lama sakit, tapi tak boleh nak mati kerana tiada pewaris. Dengan berbekalkan ilmu yang tak seberapa yang dipinjamkan oleh Allah, malam itu saya tiba di rumah mereka. Jauh sehingga sesat ke hutan belantara. Tipu je. Saya tersesat ke ladang kelapa sawit memandangkan rumah mereka di kawasan felda.

Lupa nak bagitahu, saya juga seorang hamba Allah yang terpilih dengan hijab yang terbuka. Ya, saya ada deria keenam. And guess what, (maaf, kadang terlepas bahasa jawa) saya tiba di hadapan rumah mereka tetapi saya tidak merasakan ada kehadiran unsur-unsur mistik. Saya naik ke rumah, dan hati saya sedih sangat. Nak tahu kenapa? Takpe, saya memang nak bagitahu, mak mereka yang lemah, dan perut membesar seperti busung dibaringkan di tengah ruang tamu. Kesian makcik tu. Saya hanya menadah telinga, mendengar cerita mereka. Kononnya sebelum ini mereka pernah memanggil seorang perawat dan perawat tersebut mengatakan mak mereka ada membela saka menyebabkan mak nya susah mati. Mendengarkan itu, ada seorang anaknya yang taknak balik berjumpa dengan mak nya. Bila saya bertanya sama ada makcik tu ada di hantar ke hospital ke tak, mereka jawab tak. Dan untuk pengetahuan kalian sebenarnya makcik tu langsung tiada kaitan dengan unsur mistik kerana dari kondisi sebenarnya makcik tersebut ada kanser hati. Ya kanser hati. Kasihan, dengan sakit yang tenat sebegitu, difitnah pula, dan akhirnya terputus silaturrahim dengan anak.

Dan kali ini pula tentang sikap prasangka buruk pada orang lain. Seorang lelaki datang ke pusat rawatan kerana merasakan ada gangguan mistik, mengadu dan mengatakan sebelum ini beliau pernah buat rawatan juga dengan seorang ‘pengamal perubatan’ dan ‘perawat’ tersebut mengatakan yang lelaki tu telah disihir oleh jirannya atas sebab rasa tak puas hati. Bayangkan jika lelaki dan jiran tersebut pada awalnya mempunyai hubungan yang baik, tetapi hanya kerana dibagitahu ‘disihir’, habis rosak silaturrahim mereka. Ya, hanya dengan konklusi awal tanpa bukti konkrit. Kenapa saya kata macam tu? Sebab sebenarnya lelaki itu diganggu kerana sebelum ini beliau pernah mengambil ‘ayat’ pelindung diri dan sebenarnya ayat yang diambil adalah ‘khadam/jin’. Bagaimana saya tahu? Saya terpandang jin sedang berdamping dengannya. Sudah pasti, akan ada perjanjian yang dimeterai. Oleh sebab lelaki tersebut terlupa tentang perjanjiannya dengan jin/khadam tersebut, maka ia sebenarnya telah ‘makan tuan’. Ingat, meminta perlindungan selain daripada Allah, adalah syirik. Syirik adalah antara dosa terbesar.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Tapi cukup sampai sini sahaja. Pesan saya, kepada pengamal perubatan, tolong jangan mudah menuduh sehingga jatuh fitnah terhadap orang lain, dan kepada masyarakat, tidak salah mencuba rawatan alternatif, tetapi biar seiring dengan syarak tanpa merosakkan hubungan sesama manusia. Tolong, kerana kita sepatutnya membantu bukannya menghancurkan hubungan antara kita *haral dapat baca ayat last tu dengan nada seorang pendebat*

Mohon maaf jika ada yang terguris hati. Ambil yang baik, tinggalkan yang kurang baik. Moga kita sentiasa dalam redha Allah. Terima kasih.

Wassalam.

– Pengamal Perubatan Alternatif, A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit