Suka Lel4ki Lain Walaupun Dah Ada Su4mi

Saya gelarkan diri saya Bee, berkahwin dah dua tahun tapi tiada zuriat lagi.

Dulu saya cintakan suami saya, lama kami bercinta dan saya terima lamaran dia untuk berkahwin walaupun hati saya masih ragu-ragu betul ke keputusan saya.

Setelah berkahwin, suami saya suka sangat marah kepada saya walaupun benda kecil, kalau bergaduh pasti tak nak bercakap dengan saya kadang-kadang sampai seminggu.

Hati saya jadi tawar sejak dia pernah nak cekik saya lepas kami bergaduh, dan pernah tak balik rumah 2 malam..

Hati saya betul terluka masa tu sebab dunia saya memang hanya ada dia.

Sejak hari tu, saya cuba untuk sayang dia kembali, tetapi perasaan saya hanya biasa biasa. No more sparks orang kata.

Tetapi saya buat biasa, layan dan sembang seperti biasa cuma saya banyak berdiam diri kalau ada yang buat kami mula nak bergaduh.

Berbalik kepada tajuk, saya bekerja sebagai pekerja retail, jadi saya banyak jumpa customer walk in.

Ada satu hari saya tidak bekerja, ada customer buat tempahan barang tetapi rakan sekerja saya catit dahulu tempahan tersebut sebab takut saya tak boleh buat tempahan yang customer tu nak.

Esoknya saya call customer tu dan dia pun datang ke tempat kerja saya, mula mula saya malas nak layan.

Tapi sebab dia suka ucapkan salam, dari berjumpa sampai nak keluar dari tempat kerja saya..

Hati saya terdetik “Ya Allah baiknya mamat ni,” hanya kerana salam tersebut..

Dalam seminggu 2-3 kali dia datang ke tempat kerja saya untuk buat tempahan,

Mula-mula saya layan biasa sahaja sebab saya suka buat cara tidak ikhlas melayan orang (untuk mengelak orang jatuh hati pada saya, sebab saya jatuh pada kategori cantik haha)

Tetapi mamat ni tak give up, sampai la dia keluarkan soalan “Awak dah kawin ke belum ni?” membuatkan hati saya bergetar, sebab saya terkejut..

Bukan sebab saya suka dia masa tu, ye lah setelah sekian lama saya tak rasa macam tu.

Last masa suami saya mengorat saya, sejak berkahwin berat badan saya naik mendadak (mungkin bahagia / mungkin stress).

Tapi saya memang mengaku saya sudah berkahwin, saya seorang yang jujur.

Dalam hati saya memang takut saya jatuh hati pada lelaki tu, sebab saya telah berkahwin dan saya tahu berdosa apa yang hati saya rasakan.

Saya mula whatsapp dia, untuk mengambil setiap tempahan yang dia buat sebab kesian pada mamat tu setiap kali nak buat tempahan mesti datang banyak kali ke tempat kerja saya.

Sembang kami biasa-biasa sebab bermula tentang kerja, tetapi masih dalam mood bersahabat.. dan jarang juga kami ber whatsapp, dia juga menjaga batas pergaulan antara kami.

Setiap hari saya berdoa, supaya hati saya tetap mencintai suami saya.. Saya nak hapuskan rasa menyukai lelaki lain yang bukan suami saya.

Doakan saya, saya nak kekalkan perkahwinan saya dengan suami.. hari-hari saya mengadu pada Allah, saya takut sebab saya tahu hati manusia Allah yang pegang.

– Bee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *