Salah Ke Aku Pilih Rupa?

Sedikit pengenalan ringkas. Aku ni merupakan seorang yang ada rupa paras yang okay. Tak lah cantik elok sangat, dan tak lah buruk hodoh sangat.

Tapi kawan-kawan pernah cakap yang my looks are not bad lah. Bersyukur juga lah.

Dan aku faham juga setiap orang ada citarasa dia sendiri. Dalam hidup memilih pasangan dalam agama ada letak ukuran pada agama, harta dan peribadinya.

Back to topic, sekarang ni aku ada 2 orang pilihan jejaka yang nak kan aku. Sorang ni aku gelarkan dia Lee. Tak payah tahu macam mana kenal lah. Tak penting.

Lee ni mula-mula aku kenal dia, memang citarasa aku lah orangnya. Rupa biasa, okay2 je, tapi kerja management.

Kiranya Lee ni orang kaya kelompok T20. Ada rumah, ada kereta, duit kepok-kepok dan uruskan syarikat dengan ayah dia.

Selama aku kenal dengan Lee untuk sekitar 3 tahun, kitorang jumpa sangat jarang. Mungkin sebab jarak jauh. Cuma whatsap atau call. Video call pun sekali sekala je.

Satu hari, dalam setahun yang lepas tu, kami on video call lepas sekian lama.

Aku amat terkejut sebab dia dah berubah rupa. Berat dia kini dah 100kg ++ yang maknanya rupa dia dah berubah sangatlah dengan dagu berlipat dan macam-macam lagi.

Dia ni boleh kata seorang yang caring, ambil berat, selalu on call tapi bila aku tengok rupa terbaru dia ni, aku auto turn off.

Patut lah selama oncall sebelum ni dengar suara dia semput macam mengah berlari keliling padang. Ajak video call pun mengelak. Rupanya tu sebabnya.

Hilang dah rasa sayang dan perasaan aku terus. Jangan tanya kenapa, sebab perasaan bukan sesuatu yang kita boleh kawal.

Bila aku dah makin abaikan dia, lama-lama asyik gaduh benda kecil sekalipun, lastnya kami berpisah secara baik.

Dan sekarang aku in relation dengan someone yang ada rupa paras. Aku gelarkan dia Syam. Syam ni tak sekaya Lee. Tapi dia ada pakej rupa yang menarik beserta hubungan yang aku selesa.

Tapi dia takde effort macam Lee nak ambil hati aku, atau nak buat aku rasa macam permaisuri. Memang takde.

Tapi aku belajar untuk terima segala kekurangan Syam sebab dia lepas tapisan utama aku iaitu rupa paras.

Walaupun banyak kekurangan Syam macam tak rajin nak sembang selalu dengan aku. Dia cari aku kalau dia nak. Kalau aku yang mesej dulu, dia tak baca pun.

Syam pun jenis tak berharta, jenis tak tahu nak ambil hati, jenis yang tak tahu memujuk, tapi aku sayang dia sebab dia buat aku happy bila bersama.

Walaupun hubungan kami jarak jauh juga. Lebih jauh daripada Lee. Insecure tu dah jadi lauk aku.

Kalau dia tak balas, mesti aku rasa dia main kayu tiga dengan skandal lain belakang aku. Sebab dia ada rupa. Tapi aku anggap tu hasutan setan je. Aku yakin dia tak macam tu setakat aku kenal dia.

Kawan aku kecam aku sebab lebih memilih paras rupa sebagai asas dalam relationship tu.

Bagi aku, tak salah pun, sebab aku tertarik sesuatu yang rupawan yang sebabkan hati aku berminat. Tapi tak bermakna aku merendah atau menghina paras buruk orang lain.

Aku reject Lee dulu pun elok-elok, dan aku tolak secara baik dan beribu alasan aku bagi tanpa aku menghina paras nya. Guna alasan cliche lah ~Awak terlalu baik untuk saya. Kah kah. Tapi aku tak pernah hina paras dia.

Lain orang, lain persepsinya. Aku tak cakap hati tak main peranan dalam perhubungan. Kalau setengah orang, dia rasa kesungguhan tu penting, atau peribadi, atau wang atau lain-lain.

Ada yang anggap rupa paras tu bonus je. Luaran je. Lama lama mereput. Tu pendapat masing-masing.

Cuma untuk aku, aku benarkan hati aku terima segala kekurangan hanya lepas aku dah jatuh hati dengan paras nya.

Rupa paras main peranan yang almost 95% untuk aku menerima seseorang dalam hidup aku. Kalau masa aku bersama dengan dia, dalam tempoh tu dia berubah jadi sebarai-barainya.

Naik jerawat atau muka kusam kemudian hari, tu dah cerita lain pulaklah. Kena pandai jaga dia lah lepas kahwin.

Nak kecam aku pun sukahatilah tapi aku nak bagitahu yang aku tetap yakin dengan keputusan aku letak paras rupa sebagai nombor satu.

Aku tak kisah andai dia miskin sebab aku nak bangun tidur tengok rupa yang helok sedap mata memandang, bukan bangun je tidur, nampak gorgon sebelah aku. Mau mood aku swing terus nak hadap hari-hari akan datang sampai akhir hayat.

Harap nya tak begitu lah. Apapun ini luahan aku pada kawan-kawan aku yang turut ada dalam forum ni untuk aku kongsikan juga dengan pembaca sekalian. Tak setuju tak apa.

P/s _Doakan kami sehingga ke pelamin dan jauh daripada macam-macam anasir negatif lagi-lagi penyondol di kemudian hari.

– Aku Makhluk Tuhan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *