M4k Ay4h

Mak ayah di dunia ni tak ada yang sempurna kan?

Begitu juga mak ayah aku. Mungkin diorang terlampau mahukan kesempurnaan dalam hidup aku, diorang lupa aku juga hanya manusia biasa yang rapuh.

Dari kecik digasak untuk sentiasa belajar dan kurangkan bersosial.

Aku tak dibenarkan join mana-mana aktiviti bersama kawan-kawan.

Even aku nak keluar makan lepas tamat sekolah menengah juga tak dibenarkan. Zaman remaja aku memang dipenuhi dengan buku dan aktiviti koko dan kukurikulum.

Mak, ayah..

Akak hanya manusia biasa. Ada perasaan cemburu akan kawan-kawan yang dibenarkan bersuka ria setelah tamat zaman persekolahan.

Tapi aku hanya diam. Cukup aku lukakan hati mak ayah masa berumur 15 tahun dulu.

Harapan mak ayah untuk aku masuk ke sekolah teknik hancur disebabkan aku sendiri. Bercinta bagai nak rak, rak hancur haha.

Lepas kantoi, teruk aku kena marah. Bukan saja mak dan ayah. Juga abang-abangku yang overprotective hanya disebabkan aku seorang saja perempuan dalam keluarga.

Aku dikatakan gatal. Ya, memang aku gatal sebab aku teringin nak merasa apa itu bercinta. Teruk aku diperli dan diungkit.

Sejak tu aku trauma, trauma untuk sakitkan walau sekecil luka di hati mak ayah.

Aku berusaha sangat kuat. Tidur aku abai, aktiviti sosial aku abai. Aku hanya mengejar akademik dan kokorikulum. Semua semata untuk mengubat kembali luka hati mereka.

Aku sampaikan lupa siapa diri aku. Aku jadi seorang yang dingin dengan orang sekeliling.

Aku lupa untuk senyum, dah lupa apa itu keseronokkan bersama kawan. Aku hilang diri aku untuk sekian lama.

Seorang kanak-kanak riang yang selalu senyum dan banyak berceloteh. Dalam otak aku hanya belajar dan dapatkan anugerah.

Tapi, setiap anugerah tak pernah aku panggil mak dan ayah untuk datang. Kenapa? Sebab setiap ajakan aku akan dimulakan dengan keluhan dan kegusaran.

“bila? kena ambil cuti la ni?”

“nanti ayah cuba minta cuti”

“kenapa hari tu juga nak buat majlis anugerah?”

Aku terkedu. Silap aku kah? Dihadapan mata aku sendiri. Aku dengar keluhan-keluhan tersebut. Macam biasa aku hanya diam dan mengangguk. Cukup sekali saja aku ajak.

Aku tak tahu kenapa sakit rasanya bila mendengar keluhan sedangkan aku bermati-matian berjuang berseorangan.

Zaman sekolah, boleh dikatakan tiap anugerah pelajar cemerlang dari segi akademik dan koko. Muka aku dan sahabat baik aku akan naik. Tapi satu pun aku tak pernah bagitahu mak dan ayah.

Aku takut dengan keluhan yang akan keluar dari mulut mereka. Tiap kali ambil anugerah, langsung aku tak rasa teruja. Gambar pun aku jarang ambil. Sebab aku rasa kosong.

Tengok keadaan sekeliling, ada ibu bapa kawan-kawan yang boleh bergambar. Aku jadi hiba.

Balik rumah, hadiah yang aku dapat, aku lemparkan dalam almari. Sijil-sijil tak pernah aku belek. Dari mata kasar, aku seorang yang gifted.

Tapi, langit tak selalu indah. Awal aku nak menyambung degree. Aku gagal. Gagal untuk masuk kos perubatan. Tak tahu dimana silap. Result aku cantik, koko aku tinggi.

Disini sekali lagi terpampang wajah kecewa yang teramat dari kedua raut wajah mak dan ayah.

“tak dapat masuk ke?”

“hmm, tak pela.. lepasni akak sambung je la apa yang akak dapat”

“silap mana-mana ke”

Saat ni, aku lost. Betul-betul lost sebab dari kecil digasak untuk menjadi doktor. Langsung tiada backup plan. Kekecewaan mak ayah berlansung sehingga aku di semester 3.

Mak ayah mula menunjukkan yang mereka tidak ambil tahu akan apa yang aku belajar. Aku hilang tempat bergantung. Aku hilang rasa semangat belajar.

Awal semester, aku hadapi minor dipression. Aku selalu cucuk tangan aku dengan mata pen sampai lekat lubang-lubang kecil. Kemudian aku warnakan dengan warna merah.

Tak cukup itu, aku akan ukir nama aku di patung dan aku cucuk guna pen tiap kali aku stress. Aku puas. Pernah terdetik untuk capai pisau dan toreh perut. Teringin rasa sakit ditoreh. Tapi iman masih ada di dada.

Aku hanya mampu menangis dan istighfar. Lansung mak ayah tak perasan akan hal ini. Pandai aku sorokkan luka. Yang dipaparkan hanya senyuman.

Aku gagal di awal semester. 4 kali aku isi borang drop university sebab aku memang dah tak mampu teruskan sebab bukan bidang aku.

Sampai tahap aku sendiri teringin nak rasa dilanggar kereta. Pernah cuba nak jatuhkan diri di landasan kereta api sebab aku rasa kosong.

Aku dah kecewakan syurga aku. Jadinya aku dah tak valid hidup. Aku hidup begini sehingga sekarang. Tapi ya, aku bijak menyimpan luka aku.

Yang aku zahirkan adalah aku akan banggakan balik mak dan ayah. Raih kembali kepercayaan mereka.

Tahun ketiga aku di uni, aku jadi one of important person. Orang kenal aku. Aku kongsikan berita gembira ini dengan mak ayah. Tapi yang aku dapat hanyalah,

“jangan menggedik sangat kat uni”

“boleh ke belajar dengan pegang jawatan banyak- banyak tu?”

Aku salah lagi. Sejak itu aku tidak lagi berkongsi setiap aktiviti harian aku. Achievement aku hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Kawan-kawan dan roomates.

Aku hanya kongsikan rutin makan, tidur dan update kesihatan kepada ibu ayah. Itupun banyak kali aku tipu. Sakit semua aku diam hanya paparkan keindahan.

Siapa sangka, aku jadi baran, memberontak dan mula sakitkan hati mak ayah bila aku dah habiskan belajar. Aku dah tak peduli akan sakit yang bakal aku cipta dengan tindak tanduk aku.

Aku jadi seorang yang kasar dari segala hal. Perlakuan aku dan perkataan aku. Pantang ada benda yang aku tak suka dibangkitkan.

Aku mula membalas dengan sindiran atau aku terus bangun dan keluar. Sisa hormat masih ada tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi begini.

Aku bekerja di bidang yang mana memang perlu bersosial dengan orang sekeliling. Tapi aku ada satu perasaan yang mana aku bencikan relationship.

Aku benci dengan ekspetasi sekeliling. Aku benci rasa cinta. Yang ada hanya aku yang overwork dan cuba yang terbaik untuk mak ayah.

Dalam diam aku berusaha bahagiakan mak ayah dari segi duit dan kemewahan. Sebab aku rasa itu yang terbaik. Nak hadiahkan diri aku, rasanya tidak.

Aku dah hancur di dalam. Tiada apa yang menarik dari segi rohani aku. Yang ada hanya seorang wanita yang mempunyai kerjaya dan kehidupan yang lengkap mengikut orang lain. Rumah dan kenderaan.

Umur aku sudah lewat 20-an. Tapi aku hanya fikirkan kerjaya dan aset. Kalini aku digasak dengan percintaan. Acap kali perihal jodoh dibangkitkan, aku jadi baran dan bengang.

Pernah sampai aku tertinggi suara bila mana aku djodohkan dengan kenalan ayah. Aku berperang mulut bersama mak dan ayah juga abang-abang yang lain terkedu mereka dengan tingkah laku aku.

Sejak itu aku buat keputusan berpindah. Duduk berseorangan di negeri orang. Aku cuba jaga jarak agak aku tidak melampau. Aku kerap pulang tapi tidak lama.

Mak ayah juga tak berani bertanya soal jodoh. Hanya bersembang mengenai aktiviti harian tapi tiada deep talk antara anak dan parents.

Aku teringin dibelai dengan kasih sayang tanpa sebarang kata-kata yang mahukan aku lakukan itu ini. Belaian seorang kanak-kanak kecil yang mahukan gula-gula. Itu je.

Tapi mungkin mak ayah tak nampak yang aku dahagakan kasih sayang. Yang terzahir hanya seorang anak perempuan yang kuat, bekerja, ada segalanya dan seorang yang dingin.

Maaf, aku bukan tak mampu untuk suarakan apa yang aku rasa tapi aku rasa cukup dengan pengorbanan mak ayah untuk besarkan aku selama ini. Sekarang masanya untuk aku membalas bukan lagi meminta.

Aku berjaya soal kerjaya tapi maaf aku gagal soal perhubungan. Hati aku langsung tiada rasa untuk bercinta.

Sebut je kawen, aku memang aku cepat bengang sampaikan orang sekeliling tak berani nak match kan aku dengan siapa2.

Mak ayah, akak dah cukup berjaya ke dalam memenangi hati kamu berdua?

– Little Pain Princess (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *