Maafkan Aku, 1bu

Baru ni aku terbaca satu posting di facebook bertajuk – Normal kah usia 40, tapi masih struggle dalam semua benda. Takde kerja tetap, takde rumah, takde kereta atau pencapaian.

Aku terpukul. Aku lah tu. Aku bersyukur bila baca komen dalam tu, ramai yang faham akan konsep rezeki.

Ada yang kata tu normal sebab rezeki masing masing tak sama. Ada yang kata, umur 70 pun belum tentu ada miliki semua tu. Yang penting usaha. Tapi tetap ada yang ketawakan. Ada yang kecam.

Aku ni lelaki bujang umur dah 40 dan single. Ada 5 adik-beradik semuanya lelaki. Tapi 3 orang je dah berkahwin. Yang single ni masih duduk dengan mak ayah yang dah berusia 70.

Parents aku pesara dan dapat pencen tiap bulan. Tak banyak, tapi cukup untuk belanja.

Adik-beradik aku semuanya bekerja tetap dan semuanya padu dari segi achievement. Antaranya civil servant, kerja pengurusan, esekutif swasta dengan gaji ribuan, dan semuanya ada kenderaan lagi tu.

Nak bandingkan dengan aku. Aku tak pernah dapat kerja status tetap. Semuanya kontrak berganti kontrak. Tak pernah dapat gaji yang lebih daripada RM2500.

Dengan status hidup di bandar kuala lumpur lagi. Aku ni sebenarnya kategori miskin bandar B40.

Tapi yang memburuk kan keadaan, aku ni sekarang cuma bekerja part time dan buat semua kerja yang boleh datangkan duit..

Sebab aku ni lah hasil daripada kesan PKP yang mana company gulung tikar dan tambah pulak umur macam ni, susah nak dapat kerja tetap.

Beratus interview dah aku pernah pergi kesana sini dulu. Mungkin skill aku tak utuh sampai tak diterima.

Apa aku nak cerita sekarang ni adalah ibu aku. Ibu walaupun pesara dan dapat duit lepas saja untuk dia dan ayah.

Kau boleh faham tak, perasaan seorang anak yang ingin berbakti atau rasa serba salah bila tak dapat memberi lebih dari sepatutnya aku bagi?

Ni rumah parents aku. Memang aku pun bagi duit ibarat seperti sewa walaupun tak seberapa dan kadang aku bayarkan bersama bil dan beli keperluan rumah.

Tapi banding dengan apa yang adik beradik lain bagi. Aku sebagai manusia tentu lah rasa cemburu. Rasa sedikit tercabar. Rasa terkilan.

Ayah aku tak pernah cakap apa. Tapi dia selalu banggakan apa pemberian atau pencapaian adik beradik lain kat pakcik yang lain dan kawan-kawan dia. Nampak bangga dia kat situ.

Aku? Bukan aku saja aku nak bandingkan pun. Tapi selalu terdetik. Ibu pun tak pernah bunyi apa anak dia bagi. Yang penting, anak-anak dia sihat. Kami pun tak pernah bebankan dia.

Tapi aku rasa berdosa. Masih tinggal dengan dia. Umur dah 40, tak kahwin pula tu. Tapi aku tak mampu. Dan tak boleh nak set target untuk memberi lebih.

Aku boleh saja tinggal dengan kawan aku, tapi sama je. Bukan rumah aku sendiri. Bukan pencapaian pun.

Kalau ikutkan hati, aku nak bagi rumah atau beri lebih macam adik beradik yang lain. Atau sekurang-kurangnya berkeluarga sendiri dan memberi lebih pada ibu aku. Dan diri aku sendiri. Tapi aku tak mampu.

Maafkan aku ibu. Aku gagal. Hanya mampu beri doa. Dan keluarkan sedikit belanja dapur walaupun rasa kesempitan. Dan aku usaha yang lain untuk ringankan kepayahan ibu aku.

Sebab apa? Ibu aku masih juga nak masak walaupun aku larang sebab kudrat dia. Masih juga nak membasuh. Ye aku anak yang lemah, anak yang gagal, anak yang tak berdaya. Dan kepada Allah aku berserah.

Ini realiti yang aku kena hadap walaupun malu, walaupun kawan, jiran, dan saudara yang mungkin mengata, mungkin hairan, mungkin pelik tapi aku terpaksa dan bukan aku sengaja mahu.

Terkadang cemburu lihat pencapaian mereka. Pengurusan, pensyarah, penyelidik. Kadang rasa macam aku ni dari baka yang sesat sebab tak berjaya. Istighfar juga aku. Aku masih bersyukur, cuma aku malu.

Sekali lagi, kepadaNya aku berserah.

– Anak Lelaki Lemah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *