Bila senang aku lupa, berterima kasih padaMu.

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu terima kasih sebab sudi singgah kat sini. Alhamdulillah atas nikmat kehidupan yang Allah beri pada kita. Kadang dalam hidup kita ni kita selalu je terlupa. Sebenarnya, rasa tak kuat utk confess pasal ni, tapi bila fikir balik ada baiknya kalau aku kongsi . Maaflah kalau ada yang tak kena pada hati ye.

Aku masih student. Umur 19tahun. Aku ni jenis yg ceria tapi ada saatnya aku muram memanjang. Baru-baru ni result sem 2 aku sangat teruk . Bandingkan Sem1 ok lagi. Tapi, bila tengok result sem2 , Ya Allah..berkecainya hati seolah-olah hati aku ni macam kena hiris oleh skalpel. Pedih Pointer tak sampai 3.00 .Aku cuba untuk senyum dan act like nothing happen. Tapi jujur cakap, hati aku menangis. Sedih, kenapa result aku seteruk ni? Merosot! Menjunam sekelip mata!

Lect aku pelik kenapa boleh jadi macam ni? Aku? Mati kata. Tak tau nak jawab apa. Aku ni, jenis yang berangan lebih tapi usaha seciput(sikit)Nak nangis sebaldi pun, tak boleh ubah apa yang dah berlaku. Dulu, masa sem1 aku happy gila dengan pointer yang aku dapat. Happy sehingga aku terlupa.. Yes , aku lupa untuk bersyukur pada Allah. Aku lupa yang selama ni Allah yang tolong aku. Aku lupa nak brterima kasih. Aku tinggalkan Dia.

Bila time susah, sibuk nak exam aku cari Allah , aku mintak banyak dengan Allah , semua Dia bagi.. Tapi, bila aku dapat apa yang aku minta aku terlupa nak syukur.. Aku kejam. Aku sibuk cari Dia, untuk bantu aku.. Tapi, aku lupa dia bila aku senang. Ya Allah, rasa bersalah sangat.

Lepas tengok result tu, aku duduk termenung panjang. Aku ingat balik dimana silapku? Ternyata, selama ni niat aku salah. Aku study semata nak result cantik.Pointer gempak. bukan sebab nak ilmu, bukan sebab Allah. So, bila fikir balik. Aku kena betulkan niat. Kembali pada jalan yang benar. Aku dah tersasar jauh. Terbabas dari landasan yang sebenar.

Sebenarnya , Allah tak akan bagi selagi kita belum bersedia. Oleh sebab tu, kita kena bersedia dari pelbagai segi. Jangan minta apa yang kita nak. Tapi, terima lah apa yang Allah dah bagi. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin yang kita tidak suka itulah yang terbaik untuk kita. Contoh?

“Kegagalan” . ALLAH bagi kita gagal pada hari ini sebab ada benda yang kita perlu belajar. Ya.. belajar bersyukur. Berterima kasihlah walau apapun yang Allah beri. Dia tahu apa yang terbaik. Jangan risau , jalan cerita hidup kita dah tersusun cantik, indah dan terbaik. Bersyukurlah apa adanya…

Terima kasih. Wallahualam.

– CikPelupa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit