Hello semua, assalamualaikum.
Confession ni terwujud sebab saya baru habis baca confession Makcik Aina, boleh baca kat sini, (https://iiumc.com/hina-sangat-
Tersangat betul ya apa yang dikatakan dan terjadi pada adik Aina. Masa saya bersekolah tadika (5 dan 6 tahun), saya bersekolah di sebuah sekolah tadika agama Islam di area KL.
Pergi sekolah semua happy je, ustazah puji sebab saya agak pandai dalam English (kiranya umur sebaya saya tu, knowledge saya dalam English dikira high jugak la), tulisan khat saya cantik dan sebagainya.
Cuma, masalah dia satu je yang buatkan saya seringkali ‘malas’ nak ke sekolah.
Kena ejek..
Ya, saya diejek oleh seorang budak lelaki yang bermasalah dalam kelas saya.
Kenapa saya kata bermasalah? sebab dia selalu tak buat homework, selalu ‘bebai’ kat sekolah dan sebagainya. Dia ejek saya ‘india’
Mak saya dulu garang jadi saya tak bercerita dengan dia tentang kejadian saya diejek sebegini.
Cuma, pada umur sedemikian, perkara pertama yang sampai di otak saya ketika diejek ialah ‘kalau aku india, kenapa aku pakai tudung dan belajar di tadika beragama Islam?’
Tak tipu laa gais, koyak gak ah setiap kali nak pergi sekolah kan (sebab mak aku garang je aku tetap jejak kaki kat sekolah tu)
Bersambung pula bila saya masuk darjah 1 hingga ke darjah 3 (darjah 3 last saya diejek dengan perkataan perkataan begini).
Kadang beli makanan kat kantin, orang jerit ‘weh india india’. Masa darjah 1, saya memang tak ramai kawan [saya ada dua kawan; 1. Amin 2. Syira (boyish sikit)].
Dorang dua ni je sudi kawan dengan saya, yang lain semua tak pandang saya walaupun sebelah mata.
Ingat lagi guru kelas saya, Ustazah Fauziwah (bukan nama sebenar). Ustazah ni memang garang tau, tapi boleh nampak beza ‘garang’ dia dengan budak budak lain dan ‘garang’ dia dengan saya.
Korang imagine laa dia kalau ‘garang’ dengan saya, seolah olah ‘garang’ yang ‘menyampahnya aku nak layan budak ni’.
Oh, lupa nak bagitau awal awal. Saya mamak ya guys, bukan melayu asli.
Hidung saya mancung, kening saya cantik terbentuk elok, bulu mata saya panjang dan lentik, mata saya pun bulat cantik. Cuma hanya kerana warna kulit. Hanya kerana warna kulit, saya diperlakukan sebegitu.
Untuk pengetahuan semua, saya ni sebenarnya tak laa termasuk dalam kategori ‘hitam naw’.
Kenapa saya cakap gitu? sebab kalau saya pergi kenduri family yang belah mamak mamak ni kan, ya Allah sumpah cakap aku laa antara yang terputih kat situ ramai lagi yang lagi ‘hitam, gelap’ daripada saya.
Dari situ, saya belajar erti ‘syukur dengan warna kulit sendiri’.
Okay sambung sikit lagi berkenaan ustazah tu. Mungkin sebab tu ustazah tu macam membezakan budak ‘melayu’ dan ‘mamak’ dalam kelas dia. Kalau dia marah saya ke apa kan, mesti saya terasa gila sampai hulu hati.
Dulu saya tak faham, tapi sekarang bila fikir fikir balik, ya saya faham. Dia pilih kasih. Tu je. Kenapa saya kata gitu?
Sebab ada sorang budak laki kelas saya, Faiz, pernah ejek saya dengan benda benda yang saya mentioned di atas lah ya, sakit hati pulak nak tulis banyak kali huhu.
Bila dia ejek saya, saya bagitau ustazah tu, then she said ‘memang betul pun awak tuttttt kan?’ saya macam, ya Allah confuse seketika ya.
Saya terfikir ‘aik, aku ke salah? ke ejek tu sebenarnya dibenarkan kat sekolah?’ haaa gitu lah.
Kepada ustazah, saya entah lah. Kadang rasa macam dah maafkan, kadang rasa macam ya Allah, tak adil sungguh layanan yang diberikan hanya kerana saya ‘mamak’, ‘gelap’ dan ‘hitam’.
Itu lah serba sedikit cerita saya. Maaf lah andai berterabur sebab saya nak pendekkan sependek yang boleh sebenarnya. Tak nak meleret sangat.
Kepada adik Aina, situasi kita mungkin tak sama in terms of awak melayu, saya mamak, tapi dari segi diskriminasi warna kulit tu, ya kita serupa. Semoga awak terus kuat ya di dunia penuh cabaran ni.
Nanti ko besar dik, ko tibai je sesiapa yang kata ko gelap tu. Kalau ada yang cakap macam macam kat awak, awak balas je balik dengan kata kata.
Kadang orang ingat kita tak balas ni sebab kita penakut, tapi sebenarnya kita cuma taknak cari gaduh dan masalah je :)
Percayalah, kita cantik just the way we are. Jangan sedih sedih tau.
Akak tak mampu nak educate semua budak budak sebaya awak untuk faham berkenaan ‘warna kulit’ ni tapi akak janji untuk didik bakal anak anak akak supaya tak buat main benda benda macam ni.
Sewarna kulit dengan kamu berdua,
– Starla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit