First aku nak ucapkan tahniah pada ibu bapa yang berjaya brainwash keturunan anda bahawa hitam tu tak comel, tak cantik!
Salam sejahtera pembaca IIUM Confession sekalian yang di sayangi. Aku perkenalkan diri aku, si Kucing Hitam walau aku berkulit sawo matang…
Mungkin intro tu kedengaran kasar dan juga membanggakan sesetengah pihak. Dan 1 lagi, walau isu yang aku nak cakap ni seakan atau memang sudah lapuk.. tapi masih lagi releven untuk dibincangkan..
Kerana penyakit merendahkan dan membezakan warna kulit masih utuh di kalangan orang Asia.. fokus melayu la.. sebab aku melayu.
Aku dilahirkan memang pure melayu, warna kulit sawo matang tapi untuk standard melayu kategori hitam.
Aku masih ingat, rakan baik aku pernah kata, “aku nak cari suami putih, kurus dan tinggi”. Jadi aku tanya dia kenapa. Dia menjawab, “ye la sebab aku sendiri tak kurus dan tak tinggi”.
Sebenarnya kan.. kecantikan itu subjektif.. tak salah pun kalau taste kau nak putih ke kurus ke rendah ke.
Itu hak masing-masing tapi yang jadi masalahnya bila apa yang kau tak suka kau nak kena soalkan dan rendah-rendahkan…
Maaf kalau memang beremosi sebab aku dah lama pendam dan tertanya- tanya kenapa diskirminasi warna kulit itu wujud.
Cukuplah isu racist yang ada.. Tak dinafikan dalam dunia kini ramai yang lebih terbuka tentang etnik atau kaum tapi masih ke belakang kerana menilai dari warna kulit.
Berbalik pada rakan aku, dia pernah tanya aku tentang anak buah aku yang waktu tu kalau tak silap berumur bawah 2 tahun. Dia bertanya, “eh kenapa anak buah hang gelap”.
Aku terkedu. Budak tu baru 2 tahun menghadap dunia dah perlu hadap pemikiran kotor dari manusia yang biasa-biasa.. tepuk dahi.
Sejak tu aku jadi sensitif. Aku rasa manusia ni kejam.. Sebab sendiri pun tak la elok mana tapi sibuk mencari kesempurnaan dan memandang rendah pada orang lain.
Dan sekarang anak buah aku yang berumur 2 tahun tu dah masuk sekolah pun. Pra sekolah.
Dan suatu hari ketika aku duduk di meja makan bersama dia, mak dia bagitahu, “Aina bagitahu ada kawan di sekolah dia tak mahu berkawan dengan Aina sebab dia hitam” .
Sedih dengar, baru pra sekolah dah pandai memilih kawan dari warna kulit sampai kan anak buah aku tak nak pergi sekolah hanya sebab “colorism”.
Jadi untuk tenangkan Aina aku berkata, “tak pa Aina, Aina pergi sekolah, belajar rajin- rajin, jadi budak baik dan kawan dengan siapa yang nak kawan dengan Aina”.
Dalam hati sakit tak terkata dan tertanya.. bagaimana dan dari mana budak tu belajar dan dipupuk tentang colorism baru 4 tahun dan mula ada pemikiran sebegitu.
2023, era dah baru dunia makin moden tapi kita kebelakang. Bila ada orang kita kahwin dengan orang kulit gelap bukan main lagi kita bahan kan, kutukan kejian.
Dalam pemikiran tu kotor belaka. Tapi tak nafi ada yang di didik dan membesar dengan akhlak dan pemahaman yang baik so aku tak pukul rata. Masih wujud manusia yang baik.
Kadang mungkin kita lupa… manusia dicipta berbagai rupa, warna kulit, rupa, ketinggian semua tu bukti Allah maha besar. Jadi siapa kita nak pertikai semua tu.
Tapi, aku faham kenapa sesetengah masyarakat kita tak dapat terima kulit gelap. Sebab dari zaman dahulu pun kita dah terbiasa dengan Francis Light, Frank Swettenham, J.W.W Birch. Cuma yang tak faham, kalau kulit putih ni apa beza nya.
Rakan aku yang taksub sangat nak berlaki kulit putih kurus tu, dia dapatlah.. mungkin jodoh dia.. cuma aku tengok life mereka sama juga seperti aku.
Hitam ke koko ke putih kemerahan ke, putih kekuningan ke,sawo matang ke, tetap kena usaha untuk berjaya, tetap kena kerja nak sara keluarga. Sama sahaja.. tak ada beza.
Jadi tolonglah jangan didik anak-anak generasi baru untuk terus membezakan warna kulit. Kita manusia sama sahaja. Hentikan budaya colorism.
Akhir kata dari kucing hitam. Maaf la ayat tunggang langgang. Emosi sangat kot hahaha…
“Colorsm, Nepotism, Racist Is Ugly”
Sekian…
– Makcik Aina / Kucing Hitam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit