Salam semua. Tak tahu nak kata cinta atau apa, nak guna perkataan crush pun boleh jadi. Sebab perasaan tu berputik masa tadika.
Sewaktu kecil keluargaku menyewa di sebuah rumah pangsa di pinggir kota, ibu ku surirumah.
Ayahku kerja di pejabat tapi berpendapatan rendah cuma ada sebuah motor scooter jenis lama.
Jika kami nak ke bandar atau balik kampung naik bas satu keluarga.
Perwatakan aku pemalu, ditakdirkan jiran sebelah rumah sebaya aku yang dipanggil A sekelas di tadika. Kami pergi sekolah sama naik van.
A seorang yang riang dan bijak.
Aku mulanya tak pandai nak berkawan tapi dia suka datang rumah aku bawa buku.
Waktu tadika dia dah pandai baca aku masih tak pandai, aku menangis je tengok buku cerita.
Bila ibu perasan kenapa menangis aku kata tak pandai baca, ibu pun bersungguh ajar dan bacakan buku sampai aku pandai. Kemudian ayah beli majalah Bambino.
A ada majalah dewan pelajar. Dia kata majalah dia lagi best, lepas tu aku nak ayah beli majalah tu pula. Banyaklah sirinya sebab nak sama macam dia.
Dia suka kawan aku je, dengan abang dan adik aku gaduh. Sebab dia ni lembut sikit mudah kena buli.
Aku pemalu dan suka ada kawan yang nak kawan aku. Aku bukan ada kawan lain, dia kawan semua orang.
Petang dia pergi mengaji rumah ustazah. Aku tanya nak mengaji sama dia. Kami pergi sama jalan kaki tapi dia selalu tinggal aku jauh.
Dia macam tak kisah sangat nak jaga hati aku, aku je suka dia.
Ustazah selalu marah aku sebab tak pandai lagi mengaji muqadam. Dia dah al-Quran.
Aku mula rasa malu dan aku berhenti mengaji dengan ustazah garang. Aku teruskan mengaji dengan ibu sampai khatam.
Waktu petang aku adik beradik pergi bermain di taman permainan, ada kawan ejek kata A suka aku. A kata tak. Aku kecewa.
Ada satu hari abang aku sakit, ibu ayah kena hantar hospital, aku dan adik kena duduk rumah A. Seronoknya aku sebab keluarga dia baik.
Dia anak sulung adiknya comel dan manja. Adik aku tak comel sangat. Oh ya aku kulit gelap dan dia putih cerah.
Di tadika akhir tahun dia dapat banyak hadiah prestasi. Aku dapat satu, warna. Dia menunjuk hadiah dia banyak. Buku tulis banyak tak rasa nak bagi aku satu.
Aku jumpa buka mewarna Doraemon di kedai dan beli. Dia nampak nak tumpang warna sekali.
A jenis yang ramah. Dengan orang tua pandai nak bertanya bercerita, buku suka baca, buku orang dewasa pun dia baca.
Maknya kata habis semua buku di rumah dah dibaca. Ibu aku juga rapat dengan maknya sebab selalu belajar masak dan menjahit.
Satu hari kami akan berpindah. Ibu bertukar alamat dengan mak A. Aku rasa sedih nak berpisah sebab dah kawan dengan A tiga tahun.
Dalam diam aku simpan cinta padanya.
Aku pindah ke kampung di selatan dan mak dia ada bagi surat pada ibu beritahu pindah juga ke kampung di utara. Kemudian lama tak bertanya khabar.
Aku pula sering berfikir tantang A. Jika tonton drama yang ada watak hero lelaki aku suka bayangkan A juga handsome seperti itu. Contoh drama korea.
Jika filem ‘ada apa dengan cinta’ aku bayang dia Rangga, haha.
Kadangkala aku semangat nak belajar dengan cemerlang sebab aku teringatkan dia. Aku bayangkan aku belajar dengannya.
Aku tak suka study group, kelemahan aku tak pandai kerja berkumpulan. Tapi di kelas selalu dilantik jadi ketua kumpulan untuk buat perbentangan, aku tak suka tampil tapi terpaksa demi markah.
Makin lama aku rasa harus melupakan A. Dia pasti ada kehidupan sendiri.
Sehingga pada suatu hari tiba tiba hadir kad hari raya dari utara. Bukan untuk ibu tapi aku daripada A. Ya Allah dia masih ingat aku. Dan ada no telefon bimbit di situ.
Aku balas kad raya tersebut. Terharu betul, sampai sekarang aku simpan kad tu. Aku jenis yang suka simpan barang kenangan, buku autograph zaman sekolah rendah juga masih ada.
Aku rasa teringin nak call dia tapi waktu tu aku masih tiada hp dan segan nak guna telefon rumah takut orang lain yang angkat.
Setiap kali dengar lagu cinta aku melayan rindu padanya. Angau sendiri. Parah.
Akhirnya tanpa disangka, setelah lima belas tahun berpisah, aku telah ke rumah ibu saudara di KL.
Di sana aku pinjam hp sepupu untuk sms A. Dia membalas dan masih ingat aku. Syok betul. Kebetulan dia belajar di IPTA berdekatan, kami sepakat ingin bertemu di cafe.
Aku ditemani sepupu. Seram juga nak jumpa dia sebab lama betul tak bertemu hanya dalam mimpi. Ketika duduk di satu meja, kami di sapa.
Dia tersenyum ke arahku. Masha Allah, inilah jejaka yang aku tunggu. My best childhood boyfriend.
Dia lain, tak sama macam yang aku bayangkan selama ni, wataknya sudah matang tapi makin lemah lembut. Kulitnya banyak jerawat dan ada parut di dahi. Dia berkaca mata macam aku.
Bila berjalan ke buffet makanan aku lebih tinggi. Makan bayar sendiri. Mulanya agak janggal tetapi bila dah buka topik bercerita kami macam mesra sangat.
Dia sanggup mengaku pakai gigi palsu dan kaki ada besi sebab pernah terlibat kemalangan. Kasihan juga.
Dia bercerita tentang dunia buku. Dia kata buku rujukan fizik kimia sangat suka dikhatamkan. Aku terkedu sebab membaca bukan hobi aku.
Aku rasa sedikit kelainan, dia bukan lelaki impian aku. Aku terpedaya dengan angau sendiri.
Aku kena akur bahawa memilih jodoh mestilah sekufu dari segi pemikiran dan fizikal.
Aku tak rasa dia suka aku sebab tak bawa sesuatu hadiah pun untuk pertemuan ini aku hadiahkan dia keychain titanic.
Namun aku tetap sangat bersyukur dengan pertemuan itu. Namun keterujaan untuk bertemu lagi tiada. Dia ada ciri pentingkan diri sebab tak belanja aku makan.
Masa berlalu. Suatu petang ada utusan dari posmen. Kad undangan perkahwinan. Dia dah jumpa jodoh.
Kami sekeluarga pergi meraikan sebab ibu memang ingin sangat bertemu maknya. Kawan baik lama. Kami disambut bagai saudara. Cantik isterinya kecil molek. Barakallah.
Sejak era Friendster hingga Facebook, aku tak pernah add dia, tak jumpa. Sampai masa dia wujud juga.
Maka dapatlah aku lihat gambar keluarganya. Dah ada sepasang anak yang comel. Baik isterinya seorang cikgu, semoga kekal bahagia.
Dia juga sudah dapat phd. Sesuai dengan minat dia menjadi pegawai penyelidik sains.
Kini aku sedar, aku bukan cinta dia tapi sayang dia. Terima kasih pernah wujud dalam nostalgiaku. Aku sayang kamu.
– Tt (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit