Aku nak Along semula

Assalamualaikum..aku terpanggil nak confess dekat IIUMC sebab utamanya aku nak tahu pendapat korang semua tentang masalah aku..

Aku anak bongsu dari 4 beradik yang semuanya perempuan…usia aku 25 tahun dan beza aku dengan Along aku 10 tahun..
dari kecil aku memang sangat rapat dengan Along aku berbanding Angah dan Achik aku…aku sayang Along sangat2, aku ingat lagi waktu aku masih sekolah rendah Along dah masuk U, Along orang pertama dalam family besar kami yang dapat masuk U dan kami sangat bangga dengan Along…untuk sebuah keluarga yang sederhana, dengan ayah aku yang cuma pesara dah emak aku yang tak bekerja..Along harapan adik2…Emak dan ayah aku selalu pesan ikut jejak Along sebab zaman tu aku rasa kalau kau masuk U, inshaAllah masa depan kau cerah…*pendapat tak matang aku sebab aku budak2 lagi*…

Berbalik pada Along, aku masih ingat setiap kali Along balik kampung, dia akan belikan hadiah dan ajar aku macam2 dan perasaan hormat dan sayang aku pada Along memang sangat tinggi. Aku berimpian nak jadi macam Along..
sayang sangat aku pada Along…
tapi ini cerita 10-15 tahun yang lepas..sekarang semua adik beradik kami lepasan ijazah dan aku di tahun akhir pengajian.

Manusia berubah..dan mungkin aku pun berubah..aku tak tahu mana silapnya, sepanjang aku membesar, lama kelamaan aku makin jauh dengan Along…jauh yang buat aku sedih dengan keadaan sekarang…aku hanya rapat dengan Achik dan Angah aku dan Along…jauh dari semua orang..aku rasa semua ni bermula bila…

Along aku mula bekerja di kolej2, Along rapat sangat dengan semua student dia, kebanyakannya lelaki..yela, Along aku sempoi, pendengar yang baik, dan kaunselor yang sangat bagus..semua orang selesa dengan dia..tapi bukan dengan kami adik beradik…sebab Along terlebih rapat dengan semua student dia, terkadang diorang akan datang rumah kami dan buat macam rumah sendiri walhal kami semua perempuan..diorang tengok TV sambil berbaring kat ruang depan, keluar masuk dapur sesuka hati..Along tak kisah, tapi kami sangat kisah..

Aku tahu Along mungkin sunyi tapi aku nak sangat dia tahu siapa yang jarakkan diri dari siapa..kenapa kami 3beradik boleh keluar sama2, have fun tapi Along selalu spend masa dengan student dia..Satu hal yang aku bimbang juga Along akan selalu jatuh hati pada student dia..masuk kolej yang terbaru dah tiga kali dia jatuh hati dengan student dia..sebab apa aku tahu, sebab aku baca semua luahan dia kat blog, aku tengok gamabr2 dia pergi berjalan2 dengan student dia..aku nampak mesej2 dia..mungkin korang boleh cakap aku konservatif, kolot tapi aku tak boleh terima idea seorang guru perempuan jatuh cinta pada student dia sendiri yang beza umurnya jauh lagi muda..

Mungkin yang pertamanya Along hanya cinta pandang pertama tapi yang kedua kalinya, aku dan kakak2ku yang lain memang sangat tak boleh terima, lelaki yang beza umurnya 7 tahun muda dari Along bahkan lagi muda dari Angah aku..aku nampak dia hanya suka Along sebab masa tu Along senang, boleh tanggung dia..jangan kecam aku sebab aku tahu kat mana duit Along pergi..setiap malam dia akan habiskan masa kat luar, setiap hujung minggu bercuti luar KL..aku tahu Along..kami semua tahu..tapi Along tak dengar pon cakap kami, kata kami yang pulaukan dia…dan sekarang lelaki tu tinggalkan Along, berkahwin dan ada anak pon..Along kecewa sendiri…lepas perkara tu, sikit2 kami rapat semula..tapi sekejap je rupanya..Along jumpa student2 baru dekat kolej baru dia…dan perkara yang sama jadi…

Dan untuk ketiga kalinya sekarang, Along sekarang bercinta dengan lelaki yang 14 tahun lagi muda dari dia, masih belajar dan juga student Along di tempat barunya…kali ni lelaki ni bukan setakat muda dari Angah bahkan 4 tahun muda dari aku, adik bongsu Along…

Aku taknak masuk campur dah Along..mungkin Along nak ada hidup sendiri..mungkin Along dah penat berkorban untuk adik2..Adik2 Along minta maaf sebab kami lahir sebagai Adik Along..mungkin kami selalu menyibuk hal Along…mungkin juga kami selalu guna duit2 Along..maaf Along..lepas ni Along boleh hidup sendiri..Aku mungkin patut tinggalkan kenangan dulu biar sekadar kenangan..mungkin adik2 patut diam dan terima je tengok Along gembira, sambut birthday Along dengan student2 Along…cuma satu je soalan aku…Along…kalau kami yang tinggalkan Along, kenapa kami bertiga masih boleh bergelak ketawa sama2 tapi Along yang jauh..siapa yang tinggalkan siapa?

-Sekadar Luahan aku yang bergelar Adik-

– NBI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit