Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera. First of all, thanks to admin for approving mine after many times I have sent mine to this page, but being rejected maybe. Sebelum ni, aku baca confessions orang ja dekat sini (walaupun aku bukan budak iium). So, skrg time aku pulak nak buat confession. Cerita aku lebih kurang macam “Expectation Kills” but quite different sebab aku ambil medic berdasarkan minat aku dengan cita-cita aku sejak kecik lagi dan bukan sebab parents aku. Aku takde adik-beradik yang ambil course ni, kakak dan abang kerja biasa-biasa jea.
Dari kecik aku suka bab-bab kedoktoran, aku bukan jenis yang jemu untuk belajar menghadap buku seharian. Dari sekolah rendah, nak ambil UPSR sampai la ke PMR, alhamdulillah study aku tiada masalah. Then, after PMR aku decided untuk masuk sekolah berasrama since aku dah janji dengan parents untuk masuk asrama time form 4 dan form 5 walaupun aku tak berapa nak ingat dengan janji aku tu (aku tiada niat nak menunjuk time part ni). Waktu SPM, Alhamdulillah results aku pun okay la, not bad. Actually, 3 minggu lepas aku habis SPM, aku dah masuk universiti, start belajar dalam asasi sains dan lanjutkan pelajaran dalam bidang medic atas result trial spm aku. Aku dapat tawaran biasiswa time tu, so aku pun accepted la sebab ingat taknak bebankan parents dgn nak bagi diorang happy dgn pencapaian aku, aku tak tunggu result spm utk masuk uni.
Time asasi Alhamdulillah still tiada masalah, walaupun time sem 1 aku punya result takberapa okay, pointer pun tak mengembirakan tapi Alhamdulillah aku bangun balik untuk berjuang dalam sem 2 dan dapat dean list time tu. Akhirnya, aku dapat masuk MBBS setelah pass interview dll. Tapi, langit tak selalunya cerah dan hidup tak selalunya bahagia, disebalik tu pasti akan duka atau dugaan yang Allah bagi. Setelah aku belajar selama 2 tahun dalam kos ni ( 2 tahun teori, 3 tahun praktikal) Allah telah tetapkan yang aku tak layak untuk menjadi seorang doktor setelah aku belajar 2 tahun teori tersebut since aku tak pass PE (kiranya final exam bagi medic). Waktu ni, aku rasa aku hilang semua benda, aku rasa lost gila dan selalu tanya diri aku apa yang aku dah buat dan kenapa aku yang dipilih untuk diuji sedangkan aku telah berusaha sebaik mungkin. Aku menangis sepuas-puas hati sampaikan aku rasa aku dah tak mampu nak menangis sekarang ni. Kalau ikutkan, aku bukanlah kaki merayap, couple pun tak, apatah lagi nka dating, so mana silap aku? Sebab selama ni, aku cuba sebaik mungkin untuk jaga kelakuan aku, bagi aku, kejayaan tu hanya akan dikecapi dgn keredhaan Allah. Ini adalah apa yang aku fikirkan time tu. Padahal selama 2 tahun aku belajar, results aku utk setiap block okay jea, and average pass utk semuanya. So hati aku berkecai gila time ni.
Aku rasa dah putus asa dan aku menangis sepuas-puasnya, aku rasa aku ni bodoh gila dan tak patut belajar medic ni pun sebab aku tak layak. Aku ceritakan segalanya kat parents aku apa yang aku rasa and always saying the same things to them since they’re always with me during my ups and downs. Aku mintak petujuk dari Allah, aku lakukan solat istikharah, aku kumpul balik kekuatan aku untuk belajar dan aku fikir balik apa yang aku dah buat sebelum ni, mungkin aku telah belakangkan ibu bapa aku time aku belajar dulu, balik rumah jumpa diorg pun jarang, atau aku kadang-kadang lalai dengan Allah utk terus tunaikan solat sebaik saja dgr azan (maklumlah mungkin khusyuk sgt study). Aku ambil masa seminggu untuk buat keputusan to leave this course and further my study in another course which is similar to it sebab aku still ada passion untuk health science. Alhamdulillah, permohonan aku telah diluluskan, scholarship aku tetap diteruskan dan aku percaya apa yang berlaku ada hikmah dan semua ni telah pun ditetapkan oleh Allah. Maybe Allah nak uji aku dengan sedikit dugaan sebegini atas segala kejayaan yang telah aku hadapi sebelum-sebelum ini. Dan mungkin Dia juga nak lihat adakah aku hambNya yang tahu bersyukur dengan apa yang telah aku miliki sebelum ni. Memang aku greedy sebelum ni, sentiasa nak yang terbaik dari diri sendiri dan selalu meminta-minta daripada Allah dengan apa yang telah aku miliki sebelum ni, dan sudah tentu selalunya bab dalam study. Cthnya, aku dapat grade B+ dalam satu block ni, tapi jarang aku nak cakap Alhamdulillah in the first place, sebaliknya aku mintak utk dpt lebih daripada tu bagi block seterusnya. Betapa pentingnya syukur tu dalam hidup kita (selepas apa yg berlaku, it’s a great lesson to me).
Akhirnya, aku tetap tukar course sebab aku rasa aku nak cari balik kekuatan aku, aku nak bangkit balik dan nak tunjuk pada mereka apa yang aku boleh buat walaupun ada beberapa lecturers dan kawan- kawan yang rapat dengan aku tak bagi aku quit. But, you all know nothing, it’s me who suffered a lot. At the end, diorang still support keputusan aku dan parents aku hormat dengan decision aku. Aku bersyukur dapat parents yang memahami aku dan tahu berapa banyak yang telah aku lalui. Tapi, masih ada orang yang belum berhenti judge keputusan aku termasuk adik beradik dan ahli keluarga terdekat, ada yang katakan aku seorang yang bodoh sebab tak dapat sambung praktikal. Dan malahan ada yang bergembira atas apa yang terjadi pada aku ini. Tapi in shaa Allah aku tak kesah, aku yakin janji Allah itu pasti, ada hikmah disebalik semua ini setelah apa yang berlaku walaupun aku dah berusaha sebaik mungkin, berdoa dan bertawakkal. Takpe makcik-makcik pakcik-pakcik sedara sekalian dan jejiran, kalau ada rezeki lebih saya sambung balik MBBS yea. Terima kasih sedikit sebanyak naikkan semangat aku dengan kata-kata korang. Yang penting aku nak gembirakan hati parents aku dan apa yang aku buat adalah benda yang diredhai Allah. Cakap mulut org tu biasalah adat sesetengah orang tapi aku dah takkesah walaupun dulu menangis la jugak bila org-org badmouthing pasal kita. May Allah bless them and they never know how painful it is since they have no children who going through the same thing as mine. Everyone has their own stories :) so please accept mine. Bagi aku, there’s no failure, but success delayed and believe in Allah, He has a better plan for us.
Note: Health Sciences ni bukan doktor ja ada, yang belajar MBBS or MD tu (mentaliti aku time kecik dan jugak orang-orang sekarang), tapi ada nursing, pharmacy, dentistry, biomedical science, biomedical engineering. Terima kasih sebab sudi baca walaupun panjang gila. Doakan aku berjaya selepas ni dan buktikan kepada org lain yg org yg gagal mampu jadi yang lebih baik dan tak selamanya gagal. Yg penting, gali balik kekuatan yg ada dlm diri kita sendiri. Belajar la apa pun, health sciences ke, engineering ke architecture ke, sains sukan ke and etc, semuanya susah dan paling peting jangan putus asa. Jalan kehidupan ni bukannya ada satu, tapi ada banyak cabang and we are still young ! So, wake up and don’t’ let others look down at you. Last but not least, thanks to my beloved friends and batch mates ! And this is a true story, my real story, not adapted from any novels but adapted from my real life.
– a lady
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit