Hi & thank you approve.
Aku ingin kongsikan sebahagian kisah hidup di sini dan maaflah memang tak reti nak buat intro haha. Cuma nak cakap sikit girls korang tak nak cantik ke?? Ha mesti korang panas kan aku tiba-tiba serang cenggini?? Al-kisahnya macamni aku ni nak kata ada rupa tu ada la kot kehkeh aku ni tinggi 150cm je so bayangkan jela time aku sekolah dulu berat paling ringan aku 46kg maybe bagi korang ok la tu kan berat macamtu. Tapi bagi orang yang ketinggian macam aku ni kalau dah berat nak dekat 50kg rasa dah berlemak la tu. Memang badan aku ni cepat naik tau. Time sekolah jugak aku ada pakwe. But mostly kalau orang ada pakwe mesti cuba nak cantikkan diri kan?? Aku pun sama. Aku cuba nak kurus lagi nak capai target 40kg but i can’t :( . Lagipun mungkin aku happy je dengan pakwe aku dan dia pun tak pernah merungut ke kutuk ke perli aku ke so aku rasa takde sebab aku nak cuba kurus kahkah. Lepas dah habis sekolah tu kami break. And the worst part is lepastu aku jadi makin gemuk huhu. Aku sambung asasi wei mula-mula tu turun la sikit berat aku konon nak biasakan diri duduk asrama tapi ko bayangkan jela aku study tengah bandar kl kot so cakap pasal makanan ke fast food bersepah . Sampai la habis asasi berat aku makin menjadi naiknya. Guess what time ada fittness dekat sana aku timbang berat aku dah 63kg huhu tak la terkejut mana pun sebab aku dah boleh rasa keberatan badan aku ni ahakz. Aku cuba jugak nak diet tapi entahlah nafsu makan ni melebihi segalanya tambahan pulak habis je asasi aku duduk je rumah nak makan apa masak je lagi lah bertambah berat badan aku ni. Dah berapa bulan tu sebelum aku sambung degree adalah aku terserempak dengan ex aku tu. Dia tak nampak aku sebab aku cuba elak dari dia em biasalah kita tahu kan kalau orang dah break biasanya perempuan tu akan jadi cantik kan?? But not me unfortunately. Aku segan sangat nak jumpa dia dengan badan aku yang macam gini. Kulit pulak biasa je senang cakap takde improvement pun diri aku ni sedangkan kalau nak dibandingkan dia wah dah makin sado , makin style semua. Tapi apa boleh buat?? Aku sendiri je yang boleh ubah semua tu.
Alhamdulillah ada rezeki aku sambung degree. Time ni aku masih sama je , badan pun lebih kurang je haha. Dah masuk ke alam yang agak baru ni memang banyak la cabaran dia lagi-lagi untuk aku yang tak cantik ni huhu. Aku rasa semua pun ada pengalaman yang sama kot. Orang cantik ni dapat banyak perhatian dari semua orang weh. Kadang-kadang lecturer pun suka orang cantik ni senang je nak dapat extra marks huhu. Apa orang cantik buat pun semuanya ok ja tapi kalau yang tak cantik ni?? Tapi lama-lama aku sedar yang aku kena ubah cara hidup aku ni sebab tak semestinya orang cantik ni yang cantik muka err faham tak maksud aku?? Maksudnya ada orang muka biasa je tapi disebabkan dia kemas, pakaian bersih, personaliti menarik so orang akan rasa dia cantik. So bagi aku, aku masih ada peluang tu.
Masa second year aku try masuk program ala ala biggest loser la ni tapi for kawan-kawan rapat je la. Alhamdulillah membantu sangat kot. Tapi korang kena ingat nak kurus ni bukan ambik masa sebulan dua je weh, berbulan-bulan tahu tak?? Aku ambik masa 5 ke 6 bulan untuk aku dapat 45kg balik yeay. Dan aku perasan bila aku kurus ramai yang nak kawan dengan aku huhu normal la tu kan?? Dekat sini aku nak cakap sikit berdasarkan pengalaman aku ni bila aku gemuk kan bukan je aku rasa tak selesa dengan badan aku sendiri tapi susah nak bergerak tau weh nak naik tangga pun mengah aku cakap. Baju pun banyak tak boleh pakai huhu kulit pun kusam je jerawat senang tumbuh. Aku rasa gunung dengan bumper aku besaq gila weh bukan nak cakap apa tapi disebabkan lemak je kot bukan natural gitu hahaha so disebabkan benda tu rasa tak selesa je bila lalu depan lelaki je rasa macam entahlah aku rasa ada yang paham kot apa yang aku rasa ni. And rambut aku pun selalu je berminyak dan gugur pulak tu aduhai. Conclusion nya bila gemuk ni confidence tak de langsung tau self-esteem menurun sangat hm. Tapi bila aku dah cuba turunkan berat badan, aku cuba ambik makanan sihat contohnya elakkan lah mcd ,kfc semua tu kalau sekali sekala tu boleh la. Lagi makanan berminyak, masin semua tu kalau boleh elakkan la ye?? Lepas aku dah kurus ni aku lebih rasa sayang sangat dengan badan aku ni. Rasa selesa , kulit pun automatik akan ok gila weh sebab kan kita minum air masak yang sangat banyak, makanan pun semua jaga so kulit korang akan ok serious aku cakap ni. Rambut aku pun takde masalah lagi and semua body parts aku dah back to actual size hehe so rasa confidence tu ada la jugak. And baju pun semua boleh pakai baju lama sekali kan dah jimat tak beli baju baru hehe. Lupa pulak nak cakap aku pun tak tahu time aku gemuk tu aku cepat sangat berpeluh kot nak makeup pun tak boleh sebab aku tahu akan cair sebab aku kuat berpeluh hm sometimes pakai bedak biasa pun berbelak jadinya sebab aku berpeluh huhu seksa tau weh. Tapi lepas dah kurus ni boleh la takat pakai bb cream tu dah ok hehe sebab dah kurang berpeluh dah yahoo.
So, dekat sini aku nak cakap semua pun boleh jadi cantik tau. Jangan ingat orang yang muka cantik je boleh jadi cantik eh?? Cuba improve kan mana yang patut. Aku pun bukanlah kurus sebab nak cantik je tapi fikir kena sayang badan sendiri jugak ok sebab tu kena sihat. Tips for girls la kan korang kalau dah cuba kurangkan berat badan try to improve tentang penampilan korang. Nak pergi kelas pun bukan wajib baju branded tapi baju kemas dah cukup lebih elok kalau semua dah gosok sedap mata memandang kan. Lagi satu jangan lupa pakai deodorant and perfume jugak. Kita pun suka orang wangi kan so kita pun kena jadi wangi jugak hoho. So setakat ni je aku nak cakap. Bye
– Ann
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit