Perasaan Jiwa Muda Berkasih

Assalamualaikum. Nama aku Yati (bukan nama sebenar). Terima kasih sebab sudi siarkan confession aku.

Sebenarnya ni bukan kisah aku tapi aku nak kongsi dengan orang terutamanya, kepada golongan muda, kepada yang belum berkahwin.

Sepanjang aku hidup ni, banyak dah kes macam ni berlaku. Sebab tak ada persediaan, sebab tak matang, sebab tak sabar, sebab ikutkan perasaan.

Aku terpaksa confess kat sini sebab aku geram, aku sakit hati.

Ni aku nak nasihatkan sesiapa yang belum berkahwin, masuklah ke alam perkahwinan itu dengan pemikiran yang matang, persediaan untuk pikul tanggungjawab sebab alam ni tak sama langsung dengan alam bercinta.

Kepada yang muda, umur 18 membawa ke awal 20-an tu, aku faham, perasaan nak berkasih tu begitu menebal dalam diri masing-masing.

Tak sabar nak kahwin, tak sabar nak duduk sama-sama, tak sabar nak celik mata, nampak terus muka pasangan. Iye, fahammmm..

Tapi ketahuilah, semua tu ada ‘harga’nya. Kalau hidup masih belajar, ditanggung ibubapa, janganlah merunsingkan ibubapa dengan ke sana ke sini berkepit,memeningkan mereka. Lebih-lebih lagi mintak dikahwinkan.

Dengan janji, “Kami hanya nak halalkan hubungan kami. Kami janji, tak ganggu pelajaran.”

Aduh, dik. Kau nak jadi suami, kau tahu tak apa tanggungjawab kau lepas kau kahwin? Makan minum, tempat tinggal, pakaian isteri kau, tanggungjawab tu di atas bahu kau. Bukan di bahu bapak kau.

Minyak kereta pun kau minta bapak isikan, macam mana kau nak pikul tanggungjawab jadi suami?

Yang perempuan, iye, hati memang berbunga sebab dapat berkepit dengan suami hari-hari, tapi kau tahu kan suami kau belajar lagi.

Kau pun belajar lagi. Mungkin sekarang kau rasa, “Takpe, kami nikah simple-simple pun tak apa. Takde kenduri pun tak apa.”

Iyer, sekarang ni kau rasa macam tu. Nanti menjelang umur kau lewat 20-an, masa kau attend wedding kawan-kawan kau yang dah lama bekerja, bina kerja sendiri, ada wang sendiri, masa tu kau jangan terkilan wedding kau simple. Masa tu jangan menyesal.

Aku tak menentang kahwin muda. Ada je orang kahwin muda, perkahwinannya elok, bahagia. Tapi tengoklah bagaimana mereka berkorban, merancang masa depan suami isteri, saling menyokong.

Tuntutlah ilmu kehidupan ni banyak-banyak. Semasa muda ni, kau suami isteri subur. Aku nak pesan dekat budak-budak perempuan ni. Okaylah, aku memang tak nak filter.

Adik-adikku, seorang wanita tak perlu rasa ‘puas’ pun untuk dia mengandung yer. Silap-silap, kali pertama ‘bersama’ tu dah boleh lekat.

Dalam usia kau yang muda, dalam usia perkahwinan kau yang masih awal, kau tak sempat ‘explore’ apa-apa pun. Bulan ni nikah, bulan depan kau dah boleh start mabuk mengandung.

Dalam usia perkahwinan kau yang baru setahun jagung, kau dah kena pikul tanggungjawab jaga anak.

Masa ni, kau jangan berangan nak marathon drama Korea ke, nak sedap-sedap tidur ke, memang takkan dapat. Masa tu, kau baru awal 20-an. Dengan suami yang tak bekerja, dengan kau pun tak bekerja.

Impian nak sweet-sweet dengan suami, sekejap saja kau merasa. Masa ni jangan menyesal yer.

Kalau kau rasa, “Eh, aku tak buat salah pun. Aku kahwin cara halal. Ni semua,rezeki Allah nak bagi.” Iye, memang kau rasa tak salah.

Cuma, semasa kau mintak dikahwinkan tu, ada kau fikir hati ibu ayah? Apa perasaan mereka? Tak ada sekelumit perasaan nak balas budi ibu bapa kau?

Apa rancangan kau nak bahagiakan ibu bapa kelak? Kalau kena berkenduri, siapa yang nak tanggung??

Ada kau fikir? Tak.. Kau fikir perasaan kau nak berdua-duaan secara halal je.

Selain cinta remaja, banyak lagi benda lain yang lebih penting dalam dunia ni, dik. Perkahwinan ni bukan benda yang mudah.

Kalau masa bercinta, kau nampak si dia tu perfect, haaa selepas kahwin lah, kau akan tahu siapa dia sebenarnya.

Tak kira lah lelaki ke perempuan. Kalau kau seorang yang matang, kau pasti boleh adjust dengan perubahan.

Tapi, kalau kau sendiri tak matang, tak boleh terima pasangan kau begitu,begini, kau akan rasa perkahwinan kau tak seindah yang kau imagine.

Terlampau banyak implikasinya bila kau masuk alam perkahwinan dalam keadaan tak bersedia.

Kemudian hari, kau akan runsing, baru kau tahu hidup ni bukannya mudah. Kau akan memeningkan kepala orang di sekeliling kau, keluarga kau.

Akhir kata, sebelum buat apa-apa keputusan dalam hidup, berbaliklah kepada Allah. Membahagiakan ibubapa tu Insya-Allah akan dapat redha Allah.

Tindakan mengikut perasaan ni hanya akan membawa pening kepala kemudian hari saja.

Hari ini mungkin seronok. Masa hadapan? Tanggungjawab bersusun menanti.

– Yati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *