Parenthood, Kids’ Future & Money Literacy

Hi, nama saya Kint (nama samaran). Nama penuh samaran, Kintsugi.

Saya ambil nama ini daripada sebuah seni Jepun untuk memperbaiki mangkuk yang dah pecah menggunakan emas.

Seperti mangkuk itu, I was a broken kid, but sekarang jadi adult dan seperti mangkuk itu, I’m valuable although with all the flaws. 

Tapi confession ini bukan mengenai saya tapi lebih kepada parenthood & savings untuk kids’ future.

Saya sebenarnya tak berminat nak sibuk hal orang tapi daripada pemerhatian saya, parents zaman sekarang terlalu banyak habiskan duit untuk perkara yang tak penting tapi mereka terlupa benda yang penting.

Antara isu yang saya ingin utarakan:

1) Tidak menyimpan untuk anak masuk Sekolah Berasrama / Universiti.

Kebanyakkan parents bergantung 100% pada PTPTN, scholarship dan sebagainya. Sampaikan nak daftar anak pun langsung tiada duit. 

Tak. Saya tak tujukan pada semua parents. Yang jenis cukup-cukup makan, tak perlu terasa. Ini buat parents yang berkerjaya, mampu berhibur, makan fast food, order Food Panda dan sebagainya. 

Jenis yang pantang iPhone baru keluar di pasaran, dia pun laju nak upgrade, tapi tabungan anak? Zero.

Yang ada? Hanya mengharapkan duit raya yang diterima oleh anak saban tahun. Itupun tetap ada yang pakai atas dasar keperluan.

Suka atau tidak. Patutnya parents kena bersiap siaga. Sediakan tabungan. Anda ada 13 tahun sementara anak masuk asrama dan lebih kurang 17 tahun sebelum anak masuk Universiti.

Sebelum saya jadi parents, saya terkejut anak staff saya langsung tiada account bank apatah lagi SSPN bila nak masuk U.

You need to prepare money in advance. PTPTN sekalipun ambil masa untuk anak terima. Mereka perlukan duit untuk mendaftar dan duit sara diri.

Kalau anda rasa anda ni payah nak menyimpan, sila gunakan auto-debit atau biro angkasa untuk paksa diri.

2) Terlalu banyak berhibur tapi tiada peruntukan belajar untuk anak.

Saya tak nafikan bila kita pernah susah, kita kalau boleh nak anak-anak enjoy hidup tapi biarlah berpada.

Ini setiap minggu berjalan ke sana sini, asal wayang ada cerita baru, mesti bawa anak pergi tengok. 

Tapi, anak tak pernah dapat peluang kelas extra untuk subjek yang mereka lemah. Bukan juga saya cakap jangan bawa anak-anak berjalan langsung. Tidak. Tapi biarlah ada batasan dan ajar juga anak bersusah.

3) Money Literacy.

Orang kita banyak yang lemah mengenai Money Literacy.

Bila lemah bab ni, maka jadilah isu (1) & (2). Tiada kesedaran untuk menabung untuk masa depan/tua. Hidup berdikit-dikit. Hidup hanya untuk masa sekarang. 

Walaupun dah pernah dilanda COVID, masih ramai tak sedar perkara ini. Lebih-lebih lagi yang langsung tak terkesan (i.e gaji tak dipotong, tak dibuang kerja dan sebagainya).

Daripada mencari ilmu kewangan, orang kita lebih suka berlibur. Saya suka follow mereka yang berkongsi ilmu kewangan seperti Dr Azizul Azli Ahmad, Khairi Aizat, Aisya Rahman dan sebagainya.

Kalau di luar negara, Ramit Sethi paling saya suka.

Jangan kedekut untuk tambah ilmu, join webinar dan kelas, walaupun anda tak pergi kelas yang makan ribuan ringgit, kelas dan buku berharga 40 ringgit juga mampu bawa anda pergi jauh dengan syarat, ada usaha meningkatkan ilmu kewangan.

Antara buku yang saya sarankan untuk bacaan adalah:

– Money Psychology
– I Will Teach You How To Be Reach
– Semua buku Dr Azizul Azli Ahmad
– Rich Dad, Poor Dad

Kalau ada Netflix, selain daripada melayan cerita Korea, apa kata peruntukan sedikit masa untuk menonton tiga rancangan ini:

– Money, Explained
– Get Smart With Money
– How To Get Rich

Daripada follow public figure lepas tu sakan bershopping dekat Shopee sebab terpengaruh dengan lifestyle diorang, adalah lebih elok kita ukur baju di badan sendiri dan merancang masa depan.

Ingat, failure to plan is planning to fail.

Semoga semakin ramai parents cakna untuk masa depan anak-anak dan menabung untuk mereka.

– Kintsugi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *