Tak Salah Hidup Sendiri

Salam semua, aku bukan jenis rajin menulis, tapi ada topik baru-baru ni yang menarik minat aku, yang betul kena dengan keadaan aku sekarang ni. Jadi aku terpanggil nak menulis.

Ada satu confession pasal kakak yang umur 40 tahun tapi tak kahwin lagi. Dia macam cari happiness sendiri dengan travel.

Ada lagi satu confession sorang lagi kakak yang kahwin umur 40 lebih tapi macam tersalah cari suami. Dia tanggung hutang suami dia, dan suami dia tak bekerja.

Aku bukanlah macam kakak-kakak tu sebab dia orang kaya, aku kira dalam kategori B40 je, keje pasaraya ja dekat Kuantan ni. Travel memang taklah sebab duit takde, paling jauh Langkawi, dengan Hat Yai.

Yang samanya tentang umur jah, umur aku 38 dan aku belum kahwin lagi, haha. Aku nak bagi tahu semua orang, memang pressure weh umur 38 tak kahwin lagi.

Aku ni survive dengan buat pekak telinga je. Kadang aku tak pergi pun kenduri kahwin sanak sedara, kawan pun aku tak pergi.

Tak larat nak kena perli lah. Orang asyik tanya, bila lagi? Bila lagi? Aku fed up betul.

Ada yang gelak tu memang betul weh, aku tak tipu, siap kena kenen dengan entah siapa-siapa lagi.

Aku ada je kehidupan aku sendiri, ada mak lagi, ada kerja, gaji tak macam korang la sebab aku gaji B40 je, tapi aku ada duit sendiri.

Kereta aku Bezza, itu pun abang aku yang bayar deposit sebab mak aku yang nak kereta baru.

Abang aku tau akulah yang akan bawa mak aku tiap-tiap minggu pegi pasar,

Kalau aku cuti dia minta bawa pergi sarapan kat luar, pastu dia nak gi check up kat klinik, dia nak jalan-jalan kat East Coast Mall, dia nak pergi pantai Balok.

Mak aku nak jalan-jalan naik kereta baru, jadi abang aku bayarlah deposit, aku pun bayarlah bulan-bulan.

Bolehlah aku survive kadang-kadang aku tolong kawan aku jual tudung, pegi keje mak aku masak, aku bawal bekal. Jimat dah situ. 

Pelikkan, kita ada kehidupan sendiri, hidup kita tak kaya tak miskin, alhamdulillah tak susahkan sesiapa tapi memang orang akan mengata.

Macam hidup kita ni tak sempurna. Rugi tak kahwin, hidup seorang buat mende. Weh macam la kahwin tu selesai semua masalah.

Bab memilih tu aku setuju benar, sebab pasangan ni kita bawa sampai ke tua. Takkan la kahwin nak bercerai kan, siapa nak. Mak aku pesan cari orang sayang kita lebih dari kita sayang dia.

Aku ada kawan lelaki tapi entah, makin hari makin tawar hati.

Nak tanya korang, kalau keluar makan asyik aku je yang membayar je, guane? Tak pernah pun dia bayar dari selama aku kawan dengan dia. Dia kerja juga, dia technician.

Dahla keluar pakai kereta aku. Kalau dia pinjam kereta aku nak pergi tengok bola dengan kawan dia atau dia nak pergi belarak kenduri keluarga dia, takdenya dia nak ajak aku sekali, siap hantar kereta minyak dah berklip-klip.

Kalau berhenti kat stesen minyak tu selamba je dia kata duit dah habis. Last-last aku yang isi pakai duit aku dan aku sendiri yang kena pergi isi minyak tu. Dia takkan keluar kereta.

Ada seorang kakak kat tempat kerja aku cakap, kalau awak yang pergi isi minyak tu, lelaki tu dah red flag.

Banyak lagi la cerita dia, panjang pulak nanti, malas dah nak fikir. Lambat kahwin pun tak apalah jangan tersalah pilih.

Aku ada kawan umur 38 tahun juga, dia kahwin baru awal tahun ni, bulan 5 dah bercerai. Tak tau pasal apa, tapi dia orang ni orang kata ‘family arranged’.

Terkejut aku, itu pasangan educated tu, suami dia engineer dan dia kerja pegawai bank. Senior sekolah aku seorang lagi dia cikgu, kahwin umur 39 lepas 3 bulan dia kata dah takde rasa.

Aku tanya takde rasa macam mana tu, dia jawab macam takde ‘spark’. Aku tengok dia entah, sedih juga baru 3 bulan bukan 3 tahun, setahun pun belum lagi.

Aku kesian dia sebab waktu umur dia 38 tahun dia bercinta dengan seorang lelaki ni, tapi ayah lelaki tu tak setuju sebab lelaki tu muda, dalam 33 tahun.

Ayah lelaki tu kata kenapa nak kahwin dengan perempuan tua, kalau kahwin juga dia takkan mengaku anak. Jadi dia orang pun putus.

Aku cakap kat dia, keluarga lelaki tu toxic, kau patut bersyukur sebab tak jadi masuk dalam keluarga tu, dia tak mau dengar cakap aku.

Dia salahkan diri dia sebab tua. Dia terus cari pengganti dan dapat, suami yang dia kahwin ni memang dia kenal sekejap jelah.

Aku memang tau dia tergesa-gesa kahwin sebab takut cecah umur 40. Tapi takde ‘spark’ pulak lepas kahwin.

Kawan aku yang lain yang single pun macam dah redha, dia orang takkan berkahwin dah. Ada seorang kakak tu umur dia 40 dia memang redha dan sangat negative.

Dia kata umur 40 ni orang dengar takut. Aku kata, akak, mintak lah mak ayah akak carikan.

Dia jawab tak maulah, akak kerja biasa je dahla gemuk. Aku tepuk kepala.

Akak ni sebenarnya lulusan universiti tapi takde kerja tetap. Biasalah kan lepas covid ni.

Dia kata lagi, umur 40 ni mana boleh nak beranak lagi, dah tua, letih, tenaga takde. Risiko tinggi.

Aku kata orang Korea tu ramai je kahwin, mengandung, bersalin umur 40. Son Ye Jin dengan Hyun Bin tu, Jang Nara pun kahwin umur 41, happy je, bahagia je.

Dia jawab orang Melayu dengan orang Korea beza. Dah habis tu kalau umur dah gini, dah tak boleh happy la, kena bersedih, kena menangis je hari-hari, mengenang nasib, kena terima jela kalau orang kata tak laku?

Dah takde masa depan? Dah takde harapan? Masa dah tamat? Tunggu mati je, bungkus?

Dia diam. Bagi aku la, jodoh ni kan rezeki Allah, ia juga ujian.

Janganlah pandang dari sudut yang negatif. Kadang tu makcik-makcik ni memang nak bergurau tapi betul kadang tak kena cara.

Lagi satu pandangan masyarakat kita, tak kisah lah kau kahwin dengan duda anak 5 ke, buaya ke, lembu ke, biawak hidup ke, asalkan kau kahwin, passed.

Aku walaupun belum kahwin dan kena teruskan cari jodoh lagi, aku tak kisah pun, sebab hidup aku dengan mak aku happy.

Aku percaya rezeki jodoh tu akan datang dan aku positif dengan Allah.

Aku respect, kakak-kakak yang umur lebih dari aku 40 ke atas yang single, berjaya dan masih teguh dengan prinsip tak tangkap muat bab cari pasangan. Dia orang tak peduli cakap orang sekeliling, aku respect.

Aku dah nampak orang-orang sekeliling aku yang tergesa-gesa nak kahwin sebab takutkan angka 30 atau 40, akhirnya makan diri dan tak happy.

Tak salah pun hidup sendiri..

– Ida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *