Salam semua pembaca. Aku dah berkahwin 8 tahun ada 2 orang anak. Aku lulusan ijazah, laki aku SPM.
Awal² kahwin dulu memang aku nampak la cara kitorang memang tak sekufu, dari segi pemikiran.
Family aku pun ambil masa nak adapt dengan laki aku ni sebab laki aku ni pendiam, tak banyak cakap (tapi kat belakang rancak kondem family aku).
Selalu bila bergaduh, aku terpaksa pujuk hati sendiri, bercakap macam biasa dengan dia.
Sebab kalau nak tunggu dia pujuk, entah sampai kiamat pun belum tentu dia pujuk aku. Bila tak bercakap, susah la kehidupan seharian kan. Nak uruskan anak² etc.
Kadang² aku lepas geram, sesekali aku laung nama dia (kalau kitorang keluar) saje aku laung kuat². Dah orang keliling pandang, ni laung nak panggil ke nak marah. Killing 2 bird with 1 stone orang putih kata.
Dia bukan apa, bila aku tak dapat lepas geram & marah ni. Selagi tu tak setel, berat je perasaan ni. Kadang² dapatlah bercakap pasal tu. Tapi banyak masa bila luah tak dilayan pun.
Setakat ni Alhamdulillah takde isu orang ketiga, judi, arak, dadah ke. Family in law pun, kadang² aku pejam mata je la, diorang bukan hari² muncul.
Cuma laki aku ni kuat melepak tak reti nak spendtime dengan anak bini, lebihkan hobi, lebihkan kawan², selfish n perangai² lain yang menyakitkan hati aku la.
Mulut tu kalau nak tegur kita elok² la sikit. Ni gaya bahasa macam BBNU, lagi kasar dari tu kadang². Padahal umur dah nak ke 40’s.
Aku nampak la jurang pemikiran dan cara bila tak sekufu ni. Padahal banyak benda hobi merapu dia aku boleh faham, cara family dia yang pelik aku boleh terima,
Tapi mulut dia selamba je mengutuk mak bapak adik beradik aku. Kata aku takde bakat macam dia. Walhal biarpun berbakat, tapi tak konsisten. Kejap itu kejap ini.
Apa gunanya? Berbulu betul hati aku. Bila try tanya pasal family dia awal² kahwin dulu, dia melenting.
Padahal aku tak mengumpat pun. Defensive tak kena tempat betul dia.
Sebelum ni banyak kali aku terasa hati dengan laki aku, tak pernah dia pujuk. Bila aku ajak berbincang, dia tak fokus.
Pastu bercakap sampai berbelas kali takde respond. Otak dah rosak ke apa?
Sampai banyak kali aku rasa nak berpisah. Tapi ada something happened yang buat tak jadi.
Yang aku perasan, bila benda jadi dekat dia bukan main berhari berminggu² dia nak move on.
Tapi time kena dekat aku, tak de approach aku, siap aku kena pujuk diri n lupakan n bercakap macam biasa. Aku kena move on sendiri! Aku tahan, aku sabar, hadap je selama ni.
Tapi hari ni bergaduh, aku tak rasa nak duk diam. Tengok muka dia pun rasa tak lalu. Nasiblah cuti PRN, aku bawa anak² aku pergi jenguk parent aku.
Kadang² aku terfikir, perkahwinan bertahan, bersabar begini ke yang menjadikan ramai pasangan tua nanti berpisah?
FYI, aku dari awal kahwin tak pernah mengadu dengan mak bapak n adik beradik. Sebab aku taknak diorang pandang buruk pada dia.
Tak nak hubungan yang tak mesra jadi lebih buruk. Macam² motivasi perkahwinan aku dengar. Pasangan ini ujian kita.
Selagi tak naik tangan, takde orang ketiga, sabar lah. Syaitan memang suka nak hancurkan rumahtangga anak Adam.
Tapi sampai bila nak sabar? Berapa lama lagi boleh sabar? Aku perempuan ni takde perasaan ke? Takde hati?
Kena kat dia pandai pulak melenting cakap pasal hati dan perasaan.
Ada sorang kawan aku, masa aku kawin dulu dia tanya “Laki you sayang you tak? ”
Aku tersentak juga dengan soalan dia. Tapi fikir² balik, punca nya memang laki aku ni macam orang takde perasaan kalau berkaitan aku.
Riak @ ekspresi dia biasa² je. Tak seteruja bila dia dengan kawan² @ anak². Mungkin ke memang dia tak sayang aku?
Tolonglah doakan berapa tinggi lagi kesabaran, berapa banyak lagi petunjuk diberi untuk aku dan suami. Kalau ada senior yang nak bagi nasihat, dialu² kan.
Terima kasih.
– Nenas Kicap (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit