Ibu Mentuaku Redflag Atau Aku Yang Overthinking?

Hi assalamualaikum. Nama aku Sya. Aku baru berkahwin dengan suami setahun yang lalu dan alhamdulillah kami dikurniakan seorang puteri yang comel dan sihat.

Awal perkenalan kami ditempat kerja dan kami bercinta selepas beberapa bulan perkenalan.

Semasa bercinta kami memang jarang berjumpa disebabkan kami LDR (Long distance relationship).

Kami berjumpa hanya sebulan sekali tapi bukan sebab LDR sahaja, kadang sebab mak mentua yang tak bagi kami kerap berjumpa.

Kemudian kami berdua buat keputusan untuk berkahwin setelah beberapa bulan bercinta tapi mak mentua aku tentang pada awalnya.

Selepas suami aku pujuk baru la mak mentua aku bagi. Tu pun dia yang tetapkan semua tarikh. Kami pun berkahwin.

Pada awalnya aku beranggapan mak mentua aku ni perfect. Sebab dia selalu nak buat itu ini untuk kami berdua.

Pada awalnya kami berdua merancang untuk taknak anak dahulu disebabkan aku baru bekerja dan kami nak stabilkan ekonomi kami berdua.

Tapi aku terasa seperti didesak oleh mentua aku yang nakkan cucu.

Aku ingatkan dia tak kesah kalau aku bagi cucu lambat sikit sebab mentua aku ni dah ada beberapa cucu tapi tidak.

4 bulan sebelum aku mengandung mak mentua aku tanya bila nak mengandung.

Sampaikan aku terpaksa mengalah dengan pendirian aku dan kami berdua memutuskan untuk mendapatkan zuriat.

Alhamdulillah aku pun mengandung dan sepanjang mengandung tu semuanya okay sahaja.

Tapi lepas aku bersalin aku mula rasa yang mak mentua aku ni macam nak kongkong hidup kami berdua. Semua yang kami berdua nak buat mesti dia akan aturkan atau complain. Sampaikan satu tahap aku rasa rimas.

Aku ada la gantung gambar kahwin kat rumah aku sebab masa kahwin tu memang dapat frame gambar kahwin.

Tapi mak mentua aku asyik cakap je nanti malaikat tak masuk. Aku jadi serba salah pula nak gantungkan gambar kahwin tu tapi dalam masa yang sama aku nak juga la hias rumah aku ni.

Tapi suami aku kata hias je buat apa yang aku suka.

Aku ada la suarakan yang aku nak cat rumah sewa aku ni sebab aku nak hias rumah sebab aku jenis suka tengok benda kemas dan cantik,

Tapi mak mentua aku tak bagi alasannya bukan rumah sendiri nanti dah ada rumah sendiri baru cat dinding rumah.

Aku nak beli barang rumah pun mak mentua aku tak bagi sebab nanti susah nak pindah rumah kalau rumah banyak sangat barang.

Ye ada betulnya apa mak mentua aku cakap tu tapi buat masa sekarang kami berdua tak terfikir nak pindah atau beli rumah sebab pendapatan kami yang tak mengizinkan,

Dan memandangkan rumah ni sewanya murah sikit dan tak salah kalau aku nak hias rumah yang kami sekeluarga diami untuk keselesaan kami.

Tapi hasrat tu terpaksa aku kuburkan sebab aku taknak dengar bebelan mentua aku ni.

Tak dinafikan mak mentua aku memang sangat baik dan tak berkira tapi aku rasa macam tak bebas untuk buat keputusan.

Kami berdua ada juga rancang nak beli kereta sebab kami selalu pinjam kereta mak mentua aku ni nak pergi kemana mana. Yela lebih baik ada kereta sendiri dari meminjam sebab segan kan.

Tapi mak mentua aku ni tak bagi, alasannya nanti ada komitmen pulak nak kena bayar setiap bulan. Semuanya nak diaturkan sampai ke anak aku pun dia nak aturkan jugak.

Baru baru ni aku ada berbual dengan suami aku yang aku nak buat aqiqah untuk anak aku dikampung aku.

Tapi tak lama lepas tu mak mentua aku kata dia nak suruh suami aku buat aqiqah anak aku di kampung suami.

Biasalah anak pertama mesti kita nak buat macam macam. Tapi bila jadi macam ni aku macam tak boleh nak suarakan pendapat aku.

Tapi alhamdulillah suami aku ni bukan jenis pak turut, yang akan ikut je telunjuk maknya.

Suami aku ni bukan la anak yang degil cuma kalau perkara tu berkaitan hidup kami berdua, dia akan tegas dengan pendirian dia dan dahulukan aku.

Kadang aku jadi rimas dengan mak mentua aku ni. Satu lagi mak mentua aku ni selalu mengagungkan dan membandingkan kaum kerabatnya seolah olah aku dari keluarga yang sengkek dan tak berpendidikan.

Dia selalu cerita anak buahnya tu kerja gah, anaknya gaji besar, anaknya pandai, adik iparnya rumah besar, kaya raya la dan macam macam lagi.

Dia selalu cakap anak anaknya pandai, cemerlang dalam pelajaran walaupun keputusan spm tak dapat banyak A. Anaknya itu anaknya ini seolah olah menantunya ni tak pandai.

Pernah satu hari mak mentua aku ni duk agungkan keputusan adik bongsu suami aku ni dapat keputusan cemerlang sebab dapat satu A, sekali suami aku cakap,

“Isteri saya ni pun pandai juga mak, dulu dia pun dapat 5A” terus mak mentua aku ni terdiam.

Tapi dia tetap nak cakap anaknya walaupun tak belajar tetap pandai.

Kadang aku jadi malas nak dengar apa yang mak mentua aku ceritakan sebab setiap kali cerita mesti akan mengagungkan familynya dan dia saja yang betul.

Kadang aku tengok anak anaknya pun sampai berdebat dengan mak mentua aku ni sebab mak mentua aku ni asyik cakap yang dia rasa dia je betul dan tahu semua benda.

Tapi aku selalu perasan yang adik beradik suami aku ni pun kadang selalu tak dengar kata maknya kalau mak mentua aku ni nak aturkan apa apa.

Cuma aku yang akan ikut kata mak mentua aku ni sebab tak nak jadi menantu yang degil. Aku sebenarnya sayang mak mentua aku ni. Dalam buruknya sebenarnya terselit baiknya.

Mungkin dia nak yang terbaik untuk anak menantu dia tapi caranya saja seperti memaksa dan mengongkong anak menantu dia sampai anak dan menantunya rasa tak bebas buat keputusan.

Aku harap aku diberikan kesabaran dan aku boleh sesuaikan diri dengan perangai mak mentua aku ni supaya aku tak jadi menantu yang membenci mentuanya sendiri.

Terima kasih sudi mendengar luahan hati aku.

– Sya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *