Aku Ibu Tiri Yang Jahat

Assalamualaikum. Sekadar luahan hati dan inginkan pendapat semua terutama yang arif mengenai kanak-kanak.

Aku Aminah (bukan nama sebenar), berkahwin dengan duda anak 2.

Pada mulanya, anak-anak tiriku hak jagaan adalah dibawah mak dorang. Tetapi penjagaan anak itu terabai. Selalu ponteng sekolah, pemakanan pun terabai.

Kerap makan makanan jajan, sejuk beku, maggie dll. Nasi jarang2. Roti terlalu kerap.

Jadi suamiku filekan hak tuntutan di mahkamah dan akhirnya anak mendapat jagaan dibawah suamiku.

Anak-anak tiriku berusia 10 tahun (abang) dan 8 tahun (adik perempuan).

Setelah kehadiran mereka di rumah aku, kehidupan aku menjadi stress makin hari. Kedua2 anak tiriku adalah picky eater. Terutama sekali yang adik.

Terlalu susah untuk makan nasi dimana dirumah kami suamiku dan aku nasi memanglah makanan harian kami.

Setiap pagi aku akan bekalkan bekal untuk mereka berdua kesekolah, tapi bekal itu akan dibuang kedalam tong sampah. Berkali2 kejadian itu terjadi.

Ada hari aku akan buatkan bekal kesukaan mereka seperti roti sosej, roti bakar atau pasta.

Ada hari jugak aku akan sediakan menu selain yang disebut supaya mereka belajar merasa makanan lain.

Tetapi hampa kerana makanan itu akan dibuang ke dalam tong sampah, antaranya mee goreng, bihun goreng, nasi goreng.

Sehingga ke hari ini, sudah setahun anak-anak tiriku berada denganku, dan corak pemakanan mereka juga tidak berubah.

Dan aku memang nekad tidak akan ikut kehendak pemakanan mereka sebab tidak berapa sihat.

Kalau sayur, ikan memang tolak tepi. Ayam hari-hari. Sampai aku rasa muak nak masak.

Untuk si abang perangainya lain. Dia kerap mengambil barang orang tanpa kebenaran.

Berapa kali sudah aku dan suami nasihatkan jangan ambil barang orang tanpa kebenaran kerana itu sifat mencuri.

Dia berjanji akan berubah، tapi sehingga kehari ini masih tak berubah dan terlalu kerap bercakap bohong.

Aku ada membaca selalu anak-anak bermasalah seperti ini adalah kerana ibubapa yang berpisah.

Tapi nak buat macam mana, itu suratan takdir.

Aku dah mati akal tak tahu cara nak ubah sikapnya yang gemar ambil barang dan berbohong.

Pernah duit suamiku hilang RM100 dan dijumpai didalam helaian buku sekolah anak lelaki tiriku. Tapi kami diamkan diri kerana tak nampak didepan mata.

Bila tanya memang tidak akan mengaku. Banyak lagi barang lain diambil seperti powerbank, jam tangan, barang2 kerja ofisku, bila cari ada di dalam biliknya.

Tapi aku masih lagi boleh dengan si abang sebab dia masih lagi mendengar kata contohnya aku minta dia habiskan makanan, dia akan habiskan juga walaupun kurang gemar.

Aku minta dia solat, dia akan solat. Kemas bilik, lipat baju sendiri atau sidai kain tuala atau baju semua dia akan buat.

Lain pula dengan sifat si adik perempuan. Dia terlalu sukar mendengar kata aku dan merupakan extremely picky eater.

Dia sanggup berlapar dari makan makanan yang aku masak tapi dia tak suka.

Dan dia paling kerap buang makanan yang aku bekalkan dalam tong sampah. Dia juga paling susah nak dengar perintah aku.

Selama setahun aku didik untuk sidaikan kain tuala guna hanger sehingga kehari ini dia masih lagi tak nak buat. Selepas mandi dia akan biarkan kain tualanya di atas lantai.

Bukan kain tuala sahaja. Baju sekolah, baju tidur malam, apa-apa sahaja mesti semua akan longgok diatas lantai.

Terlalu susah untuk dia nak buat apa yang aku minta. Bila aku tanya susah sangat ke nak sidai kain tuala, dia jawab senang.

Dia boleh buat. Tapi dia tak nak buat.

Sudah aku tegur secara baik. Heart to heart dengan dia.

Dia kata dia faham. Tapi dia akan buat balik.

Marah pun sudah. Rotan pun sudah.

Selama setahun masih tak berubah, sama sahaja dari mula datang sehinggalah sekarang. Dan dia jugak kerap cakap tipu.

Tapi tidaklah mencuri seperti abangnya. Cuma aku pernah jumpa dia bawa balik 3 buku iqra yang diambil ditempat mengaji. Dan dia sudah pulangkan ditempatnya.

Sekarang ini aku didalam dilemma. Sebabnya kesabaran aku terhadap anak-anak tiriku dah umpama seperti senipis kulit bawang.

Aku risau aku berubah menjadi ibu tiri yang jahat yang akan mendera anak-anak tiriku secara mental dan fizikal, terabai pelajaran dan makan minumnya.

Aku dah heart to heart dengan anak-anak tiriku supaya mereka berubah sebelum aku sendiri yang berubah, tapi mereka umpama seperti tidak faham atau tidak mahu faham keadaan sekarang ini.

Sukar untuk aku nak berikan kasih sayang sebagai ibu bila hari-hari aku panas hati dengan sikap mereka berdua yang sukar untuk berubah.

Belajar sidai baju, kain tuala dan pakaian. Kemas bilik masing-masing dan belajar makan makanan yang sihat. Tapi semua itu dipandang sepi oleh anak tiriku.

Aku pernah berkata kalau mereka tak nak berubah aku akan hantar mereka pulang duduk bersama atuk dan nenek mereka. Juga sama sikapnya, tak berubah juga.

Suamiku juga tahu akan sikap anak-anaknya dan dia pun berusaha untuk tegur tapi masih sama.

Aku tahu suamiku nak anak-anak dia membesar depan dia. Tapi aku menjadi stress disebabkan sikap-sikap mereka yang aku perlu hadap 24 jam.

Itu tak kira lagi bila mereka berdua kerap sangat bergaduh sesama sendiri.

Mohon pandangan dari sesiapa yang ada cara dan mahir mengenai masalah ini.

Janganlah dikutuk diri ini kerana aku masih ibu muda yang berhadapan terus dengan anak-anak tiri yang sudah berakal.

Terima kasih kerana sudi membaca.

– Aminah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *