Kawan sebilik

Kisah ni saya nak ceritakan semasa saya berada di hostel di sebuah U (dirahsiakan) , semasa sem lepas , saya mendapat roomate baru , act roomate ni dah lama ada tapi dia baru pindah ke bilik saya . Saya sebenarnya kurang senang dengan perangai dia , dan sebaliknya bila saya ada kelas , saya akan menceritakan kepada kawan saya yang saya rimas sebilik dengan dia , tapi saya tak pernah bagitahu dia yang saya rimas.

Nak dijadikan cerita , satu hari saya balik lambat sebab kawan saya ajak study sampai lewat malam , sebab esok ada test. Dengan mata ngantuk , seriously badan penat of course terus nak tidur kan ? Sampai je bilik,

"Astaghfirullah! Kau buat apa ni ?"

Korang nak tahu tak dia buat apa ? Dia tengah pegang sesuatu yang pelik (sebab terlalu jauh jadi tak jelas) di sebelah tangan dan tangan satu lagi memegang bungkusan yang amat busuk sekali. Saya terus tutup hidung sebab bau dia yang meloyakan menusuk rongga hidung.

"Tak , aku nak bunuh tikus ni. Asyik bising je dalam bilik . cit cit cit cit"

Yang saya hairan , selalu kalau ada tikus , halau je kan boleh tapi samapi tergamak nak bunuh. Saya suruh dia buang lalu saya pun masuk tidur tapi saya lindung muka supaya dia tak perasan.

Tapi jangkaan saya meleset, sebenarnya dia perasan.

Pada hari akhir test , saya terpaksa bergegas pulang sebab mak saya sakit , tak tau punca apa . saya cakap dengan kawan sebilik saya tu , "weyh aku balik dulu tau , jaga diri , aku balik pun sebab mak aku sakit"

Tapi dia cuma tersengih , tapi sinis , ada benda dia sembunyikan.

Selang 3 hari di rumah , saya ambik keputusan nak balik hostel , yelah kan takkan nak duduk rumah je.

Sampai dekat bilik. Roomate saya takde , katil kemas . saya anggap dia balik ataupun study dkat mana mana tu.

Masa berlalu pantas , pada malam tu , jangkaan saya tepat , dia balik bilik. Saya tanya "awak pergi mana?"

"Study hehehe" tanpa memandang.

Haish ni malas aku nak layan , baik aku tido .

Esoknya , saya ada kelas awal , bangun je tidur , roomate saya tu dah takde , saya fikir dia dah pergi kelas awal. Jadi saya berlangkah keluar untuk mandi dan bersiap pergi ke kelas.

Sampai kelas , ada kawan baik saya ni tanya , "weyh rindu kau , mak kau okay?"

"Okay je "
"Kau tidur mana weyh malam tadi?"
"Tidur bilik lah"
"Kau tak takut ke?"
"Apasal pulak ?"
"Kan roomate kau tu hilang?"
"Hilang? Means?"

"Pihak U kata masa kau balik rumah tu , malam tu dia meracau , bilik semua barang dia hempas , bila orang nak datang dekat , dia akan buat muka bengis dan menakutkan. Pastu dia lari keluar then terus hilang"

Gluup seriously ni kali pertama saya terkedu . nak buat cmne , semalam baru jumpa tu siapa kan ?

Malam tu jugak , aku buat keputusan nak tidur bilik lain. Sampai bilik , katil aku okay tapi katil dia dah dialihka pihak U ke mana pun aku tak tau.

Malam tu aku tidur lena , tak smpai 2 jam aku tidur . dalan pukul 2 pagi tu , mak tetiba call ,

"Sarah , mak ada dengar suara sayup sayup dekat luar , dia panggil nama kau . "saaaarrrahhh" ohh saaarraahhh"

Dan talian terputus.

– Sarah Amirah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *