Dunia Internship Yang Anda Perlu Belajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga pembaca. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan pendapat saya.

Saya berharap sedikit sebanyak komen dan nukilan saya ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Untuk pengetahuan warga pembaca IIUM Confession, saya suka membaca nukilan pembaca2 yang terdiri daripada gen Z berkenaan dunia internship mereka.

Walaupun ramai yang memberi pendapat gen Z ni pemalas, rebel dan ikut cara mereka sendiri tapi saya dapat melihat adik2 gen Z mempunyai potensi yang baik sekiranya digilap dan didik oleh senior yang betul.

Sebelum itu biar saya kenalkan diri saya, Saya Puan Em bekerja di syarikat korporat terbesar di KL.

Syarikat yang berusia lebih 50 tahun dan majoriti disini menggunakan 90% bahasa inggeris dalam percakapan dan penulisan.

Alhamdulillah, saya juga telah bekerja lebih 18 tahun di sini dan memegang jawatan sebagai orang ke 2 boss.

Banyak pengalaman yang saya timba terutama dari pertukaran generasi bermula dengan generasi baby boomers dan sekarang berdepan dengan gen Z yang mula memasuki alam pekerjaan.

Saya ada terbaca nukilan yang bertajuk “Peliknya Dunia Internship” (https://iiumc.com/peliknya-dunia-internship/), dari seorang penulis.

Sesungguhnya saya amat bersimpati dan mendoakan semoga adik ini kuat dan bersabar. Anggaplah ini sebagai peluang anda untuk menimba pengalaman.

Pengalaman saya sebagai interns 20 tahun dulu juga agak mencabar.

Walaubagaimana pun, di sini saya ingin menceritakan pengalaman dan pemerhatian yang saya lihat sewaktu bekerja bersama internship students di syarikat saya.

Di sini saya listkan beberapa sikap dan cara mereka bekerja.

1. Pelajar dari bandar besar seperti KL/PJ pandai berkomunikasi. 

Pandai berkomunikasi bukan maksud bergossip atau bersembang kosong ya. Kebanyakkan mereka boleh berbahasa inggeris dan menulis. (Bukan fasih tau, mereka yakin). Mereka juga rajin bertanya dan memberi pendapat bila diminta. 

2. Pelajar luar bandar agak pemalu dan pendiam.

Bila diberi kerja, mereka boleh buat cuma tidak bertanya. Disini saya lebih suka pelajar bertanya, sebab saya gembira untuk share ilmu. Sekiranya anda diam, saya pon runsing anda faham atau tidak.

3. Sekiranya anda sakit, sila pergi ke klinik dan dapatkan rawatan, jangan lupa minta sijil sakit (MC) dan inform SV tempat kerja anda seawal pagi. Pengalaman saya, ada internship students yang whatsapp boss lewat petang yang dia MC.

Itu belum lagi esok nya bila diminta MC, student tersebut mengatakan di university/kolej dia whatsapp je lecturer tanpa bagi bukti MC. Pening saya dengar. Pelajar macam ni memang saya reject terus ya. Maaf. Tiada disiplin.

4. Masuk pejabat awal dan balik on time.

Ini saya tak dapat komen sebab setiap workflow sesebuah department itu berlainan.

Sekiranya anda bekerja di bahagian events/sales/corporate comm, semestinya anda kena datang awal dan balik lambat. Walaupun waktu bekerja anda 9-6pm.

Jadi nasihat saya, anggap ini satu pengalaman dan cabaran untuk anda. Sekiranya anda penat, take a break dan teruskan. Ini pengalaman anda dan cubalah berlapang dada..

Apa yang saya boleh nasihat, jangan datang lambat ke office. Jaga disiplin.

Satu lagi bila habis waktu kerja, inform senior sebelah yang anda sudah habis kerja dan boleh ke anda pulang kerumah. jangan terus angkat beg balik ya.

Selalunya kita faham yang ramai internship students naik pengangkutan awam dan perlu bergegas pulang.

5. Disiplin. Saya pernah berhadapan dengan karenah internship students yang tidur di pejabat pada waktu bekerja.

Alasan bila ditanya, tidur lambat. Pelajar begini saya akan kejutkan dan suruh dia cuci muka atau pergi pantry buat air untuk diri sendiri.

6. Sekiranya anda sampai ke office awal, cuba beri salam dan wish good morning kepada senior di sebelah anda atau meja depan anda, tak perlu pergi sampai 15 orang semua anda nak wish cukuplah sekadar senyum.

Jangan lupa beri salam/ucap selamat pagi kepada SV anda walaupun beliau garang. Jangan masuk office menonong terus duduk tempat sendiri ya.

7. Budaya interns kena belanja satu office saya agak tak setuju.

Saya harap rakan2 yang senior seperti saya supaya jangan amalkan tradisi ini. Di syarikat saya, selepas habis internship, pelajar2 ini kita akan raikan dengan jamuan yang ringkas.

Ada juga interns yang memberi cenderahati kepada kami. Tapi jangan bimbang kebanyakkan mereka memberi seadanya seperti coklat, roti atau brownies. Kami amat menghargai.

8. Saya berharap pelajar yang akan memasuki dunia internship sila persiapkan diri anda dengan ilmu dan semangat, jangan lupa untuk upgrade communication skills anda.

Realiti, walaupun anda dean list di university, sekiranya tiada communication skills, disiplin, kera sumbang anda mungkin sukar untuk mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan kelulusan anda di kemudian hari.

Pastikan kelulusan anda dan pembawakan diri anda seiring.

9. Jangan lupa rajinkan mulut untuk sentiasa bertanya dan menimba ilmu. Jangan takut, kebanyakkan senior sangat gembira untuk share ilmu dengan anda.

Saya rasa cukup la pendapat saya di sini.

Untuk pengetahuan pembaca, walaupun saya nampak tegas, tapi kebanyakkan internship students saya masih berhubung dengan saya sehingga ke harini.

Kebanyakkan mereka berminat untuk bekerja di syarikat ini selepas habis pengajian.

Selalunya saya akan memberi nasihat dan tips kepada mereka,selebihnya saya minta mereka berdoa kepada Allah swt.

Walaupun ada yang membodek disebabkan saya orang ke dua boss, maaf ya sekiranya anda tak perform, saya tidak dapat membantu.

Akhir kata, saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua internship students.

Jaga disiplin dan amalkan sikap yang positif.

Terima kasih..

– Puan Em (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *