Lemas tidak bermusim

Salam. Disebabkan skrg musim tengkujuh dan terbaca pasal adik hasif yg kehilangan semua ahli keluarganya yg lemas kat air terjun belukar bukit tganu. Aku nak share pengalaman yg paling aku tak boleh lupa. Yang buat aku agak trauma dengan air lepas ni (cth sungai, air terjun, laut dll). Kejadian ni buat aku terlebih berhati hati kalau bab main air. Citenya mcm ni, aku dengan kawan kawan aku plan la nak buat picnic kat pantai. Since mmg setiap tahun kitorg akan buat gathering sejak lepas sekolah. Dan mmg semua orang belajar jauh so kitorang akan plan buat bbq ke apa asalkan berkumpul sesama. Satu hari kitorang plan buat kat tempat biasa iaitu tepi pantai. So possible nak mandi tu rendah sebab kami semua org tganu, mmg dari kecik duk main dgn pantai. Malas la nak amik port bab mandi pantai ni. Just buat bbq jela. Satu hari tu salah sorg dari kami terdetik nak mandi sungai sebab asyik buat gathering kat pantai je. So boring katanya -.-' setelah berbincang kami decided nak buat gathering kat sg yg terletak di hulu. Sampai kat sana, macam biasa la. Setup tempat, buat tempat bakar, yg kreatif sikit pegi cari kayu panjang buat tempat sangkut tuala baju segala bagai. Penat setup semua kami pun pegi mandi. Kami tak mandi kat tempat kami bbq tp mandi kat atas sikit dari situ. Sebabnya nak beranyut. Beranyut ni mean kita mandi sambil ikut arus sungai. Beranyut kali pertama best sangat. Semua cakap nak buat lagi. So kami decided pegi jauh sikit dari tempat yg mula² pergi td. Memang seronok beronok gila la kami buat utk kali kedua tu. 3 orang kawan aku dah kedepan sikit sebab mereka berenang. Walaupun berenang katak je. Biasala bukan sume pandai berenang. Tiba² dua org darinya yg tgh syok berenang tu lemas. Kami yg lain kaget sebab taktau nak buat apa. Dah la dua² yg lemas. Mmg blur taktau nak buat apa. Salah seorg yg lemas tu sambil tenggelam timbul menjerit 'jangan dtg sini, jangan datang sini. Sini dalam'. Ada kawan aku sorg pandai berenang, dia pun terjun nak selamatkan sorg yg mmg dah ke tengah sungai. Tetiba nak sampai kat yg lemas tu timbul tenggelam sorg lg. Rupanya 3 orang yg lemas! Tak dapat nak buat apa dia terus rentap yg baru timbul tu terus bawak ke tebing walaupun dia hampir lemas sebab selamatkan kawan aku tu. Sampai ke tebing, kawan aku yg lemas tu menangis ingat dah mati sebab lemas mcm ada benda yg tarik dia ke dasar. 2 org lagi yg lemas tu berjaya selamatkan diri sendiri sebab dibawa arus ke tempat yg lebih cetek. Lepas kejadian tu kami decided nak balik. Cerita tu tak abis disini je, semggu lepas tu kami dapat berita yg tempat sama kami lemas mggu lepas ada org mati lemas. Tula kali pertama kat sg tu ada org meninggal. Terkejut dan diam tak terkata bila dengar berita tu. Syukurlah kawan² aku masih hidup. Lepas kejadian tu salah seorg kawan aku yg lemas tu mengalami mimpi pelik. Pergi berubat dgn ust sebab nak minta air penawar. Tp dia histeria dan benda tu cakap 'kau bernasib baik sebab aku tak dapat kau. Tp takpe, aku dah dapat yg lain'. Sekian

P/s: kami mandi bukan pd musim tengkujuh. Kawan aku lemas disebabkan oleh pusaran

-budak pantai timur

– Budak pantai timur

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *