Susah Untuk Bersyukur

Assalamualaikum wbt sahabat semua. Walaupun saya tak kenal siapa pembaca artikel saya, percayalah saya berharap saya ada ramai kawan untuk mendengar luahan saya ni.

Saya seorang graduate medic di IIUM juga, tahun dirahsiakan.

Alhamdulillah SPM saya dapat straight A’s, then diterima masuk ke IIUM Medic. Full biasiswa dari asasi sampai habis degree.

Should be parents saya proud kan?

I also think they are proud of me, but ada bapa saudara yang cakap,dapat straight A, tapi tak gi oversea nape?

Then ayah pun nak mohon rayuan untuk saya pergi oversea. Dapat, tapi panggilan kedua, untuk ke Ireland, Royal College of Surgeon Ireland.

Masa tu pula ayah sakit, tak sihat, jadi saya putuskan untuk belajar dalam Malaysia saja.

Lagi sekali ayah kena bahan dengan family, sebab saya BODOH tolak tawaran ke Ireland.

Saya pun lalui fasa asasi macam biasa. Study hard, aktif koko. Tapi, di sepanjang jalan tu, saya hilang ramai kawan2. Sebab saya banyak bawa diri sendiri, dan takde masa untuk kawan2 langsung.

I am very deeply hurt, but inside I want to prove to family that I can.

Banyak kali student lelaki cakap saya ni pembawa fitnah, sebab terlalu aktif dalam koko.

I fall into depression, because I have nobody to turn to and I cannot quit my secretary job.

I took seriously my job, and tak sanggup nak pass pada orang.

Alhamdulillah, I grade asasi dengan baik, 3.5 CGPA. But at the same time, memang sedih juga sebab takde kawan rapat.

I masuk degree feeling alone and low. But I still masih boleh pergi ke kelas macam biasa, masuk sports kadang2, Pergi usrah.

Selama perjalanan masa degree tu, I banyak cari diri sendiri, pergi usrah sebab nak dapat kawan2 baik, but tak consistent mcm orang lain.

Masuk sports, sebab I memang minat sukan, but rasa lonely juga sebab takde kawan. Pergi kelas semua sorang2. 

After 5 years, alhamdulillah I grade medic. I syukur dengan semua penat lelah selama ni. But ahead, I tak sedar sebenarnya banyak lagi ujian Allah nak bagi.

After I got married, husband jatuh sakit dan I the only one kerja sara keluarga.

Lagi sekali Allah uji, betapa penat jadi breadwinner dengan houseman lagi. Again, I feel depressed and low.

Allah uji lagi, I rasa nak berhenti kerja, but after that what I want to do?

So I stay in the profession, some are toxic, some are good.

Sekarang saya masih seorang doktor, tapi dah quit KKM.

Bila kita diuji, memang susah untuk kita bersyukur. Nampak ujian lagi besar dari rasa syukur.

Saya rasa, saya seorang anak yang gagal, kawan yang selfish, dan isteri yang terlalu sibuk.

Kadang saya terfikir, Kenapa Allah uji aku? Rasa nak berhenti dan rehat selamanya from dunia, this is what I feel today…

Rasa penat dengan dunia.

Semasa saya drive today, I feel like quitting everything.

But sebenarnya, saya tahu ramai lagi orang lain susah dari saya.

To my husband,

I am sorry I can’t provide everything,

I am selfish and I know I am not the best menantu your parents can have.

I feel low most of the time, that’s why I keep quiet most of the time.

I can’t tolerate criticism, because I have been criticized most of my previous time.

My inner-self diminished together with the hardship I gone through,

I am sorry I can’t provide you anak2 yang ramai mcm yang keluarga harapkan.

To my kawan2,

I missed all of you, saya maafkan semua.

I hope you all juga maafkan saya,

Dulu saya kejar study… Sampai saya lupa hak kawan2.

Saya minta maaf, I can’t turn back time.

Semoga kita semua berjumpa di Jannah nanti. Aamiin..

– Dr Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *