Perpisahan

Betul, dalam percintaan yang paling sakit adalah perpisahan. Tapi berpisah bukan sebab orang ketiga, tetapi perpisahan kerana perkara kecil yang dianggap besar.

Aku Maya (26 Tahun), dia A (35 Tahun). Aku dengan dia dah 5 tahun bercinta, memang dah berniat nak teruskan ke jinjang pelamin.

Tapi sejak akhir-akhir ini kami sentiasa bergaduh. Puncanya, sebab si A anggap aku tidak menghargai dia.

Aku tak tahu, mungkin cara aku yang membuatkan si A terasa. Apa yang jadi punca Kami bergaduh, sini aku ceritakan.

Aku dan si A jarang sekali hendak bergaduh, apatah lagi hendak bergaduh pasal orang ketiga.

Tapi bila kami bergaduh, benda sekecil kuman pun si A akan besar-besarkan.

Mungkin bagi aku kecil, tapi bagi si A perkara ni besar.

Hendak dijadikan cerita, si A ni Telefon aku kata dia hendak menapau makanan untuk aku sebagai bekal tengahari.

Takut aku lapar katanya. Tapi, aku menolak.

Aku kata aku dengan kawan sekerja hendak keluar makan tengahari, jadi tidak perlu dia menghantar makanan kepada aku. Dia tidak menjawab.

Sewaktu aku dengan kawan sekerja sudah di kedai makan, dia telefon aku kata dia dah di depan pejabat dengan bekal yang dia bawa.

Aku terangkan kepada dia aku dengan kawan sekerja sudah di luar.

Dia marah. Dia kata aku tak menghargai dia.

Aku telefon tidak diangkat, aku chat tidak dibaca. Aku buntu.

Aku serba salah, sebab keluar makan dengan rakan sekerja aku.

Selepas itu, kami berbaik semula hasil pujukan aku tanpa henti.

Cerita kedua, aku kalau tiada mood aku akan diam. Takkan bercakap selagi mood masih belum elok.

Aku jenis mudah moody. Makeup tak cun pun aku moody.

Jadinya, dia datang jumpa aku tanpa beritahu dahulu. Aku cakap kat dia, nanti kita bercakap. Aku tengah takda mood.

Selepas itu, dia faham. Dia kata, nanti dah ok kita bercakap.

Bila mood aku dah elok, dia ungkit kata aku tak mahu melayan dia, aku sengata tak nak bercakap dengan dia.

Yes, perkara begini kami gaduh lagi. Gaduh besar. Tapi tidak berbaik. Dia ambil keputusan untuk berpisah.

Aku terima sahaja, walau hati aku masih sayang.

Benar, kami sudah berpisah selama 6 bulan ini, aku masih tidak dapat lupakan dia.

Dia, tidak ada khabar. Masih marah agaknya.

Aku rindukan dia, gurauan dia. Aku tak tahu, benarkan aku yang salah sehingga hubungan kami jadi begini.

Ada cara ke untuk aku buktikan kepada dia aku boleh berubah, takkan mengulang lagi perkara yang dia tidak suka? Aku buntu.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *