Beauty Privilege

Hai semua. Saya Akma, 28 tahun, seorang wanita. Nak cerita about my appearance of skin texture yang affecting my personality and confidence.

Muka aku berjerawat start umur 20 tahun, masa tu aku baru sambung diploma, jerawat yang sampai ada nanah kuning tu. Memang menarik perhatian orang dan mengganggu pemandangan lagi2 waktu bercakap berhadapan. 

Sumpah aku malu sangat2 nak cakap dengan orang, aku tahu diaorang mesti kurang selesa dengan pemandangan depan mata.

Lagi geram bila ada jerawat yang timbul besar bulatan hujung jari (kelingking) tapi takda mata.. Dia boleh besar bengkak macam tuh je. Aku tak tahu dah nak ubat macam mana time tuh.

Kalau ada jerawat yang color kuning tuh. Kita nak picit takut meninggalkan kesan jadi jerawat tu dibirkan je. Rupanya tak picit pun kalau dah memang jerawat tu dalam memang ada kesan lekuk..

Selalu je hadap dengan orang2 yang tegur depan2 orang ramai (jatuh air muka), ada yang tegur pakai la produk ni pakai la tu, aku pakai oke InshaAllah kau pun ok.

Aku pakai tau tapi tak jadi apa, tak sama macam apa yang dia cakap. Seminggu pun dah nampak hasil. Aku pakai sampai ke titik akhir produk tuh jerawat aku still sama.

Produk vit C dah makan jumpa doc pun dah jumpa, orang selalu kata jaga kebersihan.

2 minggu sekali aku tukar segala sarung. Rambut aku cuci sampai dah jadi kering pula rambut ni. Lain pula nak keluar duit treatment rambut.

Aku selalu tukar telekung sebab darah daripada jerawat selalu ada je di telekung kadang terkene time sujud.

Bukan setakat orang luar je yang tegur, mak saudara sendiri pun buat aku ni bahan2 lawak dia.. Muka lopak bulan, muka bintik2, ada yang kata ambil kertas pasir gosok la kat muka. Dia orang buat bahan lawak aku depan2 orang macam tu je. 

Kata takda siapa la nak kat kahwin dengan orang berjerawat, seumur hidup 28 tahun ni memang takda yang menunjuk minat.

Dah lama buang niat nak kahwin tuh. Kita jadi bahan lawak, gelak jela, bila cerita dekat mak. Mak kata itu anggap la gurau2 jangan simpan dalam hati.

Bab kawan ada juga, weh jerawat kau makin banyak, ditegur time lunch ramai2. Semuanya tertumpu pada muka ni, siap tegur u pakai foundation lagi nampak worst.

Aku tahu bukan aku tak tengok cermin, bila ada jerawat kulit sekitar tu jadi kering dan sangkut2 la foundation tu kat situ. 

Aku tahu juga seeloknya tak perlu pakai foundation. Tapi color skin agak putih juga, jadi jerawat tu merah2 nampak jelas dari jauh. Kalau aku pakai foundation at least nampak timbul2 je dari ada merah2 tu.

Ada officemates bila tengok gambar aku kat ig, kata aku pakai filter. Kita ni berjerawat mesti la tak amik gambar muka semata, mesti la nampak full body gambar jauh. Mana nak nampak jerawat bila dah pakai foundation.

Setiap hari menghadap cermin membelik satu2 jerawat ada ke yang hilang atau kurang. Keyakinan diri makin hari makin hilang. Aku nak diri ni nampak yakin depan orang, biar orang tak pinggirkan kita.

Tapi bila kita dah dapat attention orang2, orang ni balik buat aku rasa down tak confident. Mengata muka kita, buat kita rase nak jauh diri dari orang. 

Aku pun mula la berjauh hati dengan semua orang. Bukan setakat perempuan je. Aku lagi sedih bila lelaki join pun gelakkan kau, aku dah macam budak kecik yang rasa nak nangis and lari dari situasi.

Rasa malu sampai suara kau tersekat kat tekak, bila suara tu keluar akan jadi lain.

Mampu senyum je sampai reda sikit then aku akan pergi toilet untuk melepaskan semua. Adakah ini dikira buli di tempat kerja atau satu gurauan.

Kadang ada situasi yang memerlukan idea, aku rasa apa2 hasrat atau pendapat yang aku nak disuarakan pun rasa macam tak perlu. Orang tak pandang kau pun. Kau susah nak kedepan.

Penampilan aku kemas, tapi itu la cuma ada masalah jerawat je menyebabkan segala masalah ni.

Kadang aku nampak, personaliti yang cantik luaran, orang boleh nampak kau seorang yang berjaya bijak pandai. Rajin sikit pun orang nampak. 

Yang tak menarik macam halimunan, cantik takpa tapi jangan la merendah2kan kekurangan orang lain.

Kadang aku rasa muka cantik untuk zaman sekarang senang buat duit, buat live buat review dan boleh buat duit juga tanpa berjumpa orang, takda la dengar orang mengata atau gurauan kasar ni.

Pergi umrah doa bersungguh2 untuk pulihkan muka ni, setiap kali ada air zam2 kat sama amik sikit buat selawat kat muka pun still ujian ni tak hilang. Pergi berubat resdung pun sudah..

Jàngan la korang semua pandang keji sangat dengan orang berjerawat ni, bukan kita minta untuk dapat ujian ni.

Bukan kita tak berusaha pun untuk rawat sampai dah buntu dah.

Kita orang bukan ada buat jahat kat korang sampai nak melempiaskan ayat2 yang menyakitkan hati.

– Woman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *