Salam semua. Cukup aku perkenalkan diri sebagai Siti. Berumur 30 an dan ada 2 anak berusia 6 tahun dan si adik 3 tahun. Kami berdua suami isteri bekerja.
Coretan ini hanya sebagai luahan suami isteri. Kami hanya mahu kan sokongan, terasa sulit jalan ke syurga mu ya Allah.
Anak sulung lelaki merupakan anak istimewa Autism with hyperactive.
Autism saja cukup mencabar ditambah pula dengan kelasakan anak menguji kami berdua. Terkadang terasa penat burn out suami isteri dalam menguruskan anak.
Aku tahu ramai lagi orang yang punya anak istimewa dan lagi besar ujian nya. Aku juga ahli dalam group Autism malaysia. Macam macam ragam anak boleh di baca di group tersebut.
Anak kami bersekolah di PDK. Alhamdulillah sebelum PDK pun anak bebas pampers cuma malam sahaja masih berpampers.
Anak juga ada masalah komunikasi, tapi selepas ke PDK banyak perkataan anak dah boleh sebut, anak boleh menyuarakan apa kemahuan nya.
Jadi ada komunikasi 2 hala antara kami walau kadang masih ada yang kami tak faham.
Kami berdua habis kerja, dan waktu petang biasa akan bawa anak ke taman untuk bagi anak bersosial, untuk grounding.
Tapi tidak la setiap hari kami membawa anak keluar, atas tuntutan kerja, penat badan lagi, mana nak masak lagi.
Jadi bila duduk di rumah saja sambil aku menyiapkan makan malam, suami akan menyiapkan anak mandi semua.
Cuma bila sudah lewat petang anak akan mula menunjukan tanda tantrum, serba tak kena. Mengamuk jika kalah main game di handphone, hempap handphone, pukul ayah nya bila mengamuk.
Kadang suami boleh bersabar tapi ada masanya bila asyik di provoke, suami juga naik tangan.
Kadang aku sendiri naik tangan bila perkara dilarang anak buat tak endah. Kacau si adik, si anak juga suka tendang2 pintu, naik di sofa melompat, membaling mainan dan banyak lagi.
Dalam dipukul anak akan mengamuk marah dan selepas di pujuk dia akan membalas semua pukulan yang kami bagi.
Kami tangan kan anak tidak sampai meninggalkan kesan lebam, cukup sekadar di rotan kaki atau di piat telinga.
Sekali pandang bila tengok perangai anak macam kami tak ajar anak, tambah bila keluar ke mall atau tempat permainan, anak suka merampas barang orang, memanggil hoi kepada kawan2 sebaya yang main bersama.
Kini ada perangai baru, anak suka meludah kepada kawan.
Puas kami ajar meludah itu bukan perkara elok, puas juga kami mencubit mulut anka setiap kali dia meludah tapi hasilnya tetap sama.
Bila suasana baru anak lagi excited melompat ke sana sini, kadang timbul rasa malu bila orang asyik memandang.
Anak nampak sempurna, cuma tingkah laku nya seakan anak kurang ajar bila dipandang orang yang tak mengenali kami. Sedangkan anak aku memang ada masalah. Tak kan setiap orang yang kami jumpa perlu kami terangkan.
Kami suami isteri cuba menggembirakan anak bawa berjalan jalan, walaupun tahu bakal kesusahan menghandle si anak.
Kami tetap bawa anak makan di kedai, fikiran kami agar anak tetap merasa suasana meriah nya makan di kedai.
Tapi akhirnya kami jadi stres sendiri, anak muntah, anak main air batu di dalam gelas, bila air batu tumpah di lantai anak akan kutip dan makan kembali.
Sungguh kami rasa sedih, rasa yang tak dapat digambarkan. Kami cuba sedaya upaya menggembirakan anak, tapi hasilnya kami sendiri yang akan rasa stress sebab kadang tak terkawal perangai anak bila di luar.
Nasib si adik agak behave, setakat ini si adik boleh dikira normal.
Tapi biasa la namanya budak, akal nya sentiasa ada.
Kadang aku dan suami jadi tertanya adakah salah cara kami mendidik anak. Bila dimanja dipijak kepala, bila tegas anak memberontak.
Jika ditanya soal redha kah kami dalam menerima situasi anak, cukup sekadar kami cuma ingin anak boleh menjaga dirinya sendiri saja.
Biar la tak pandai mengira membaca, cukup sekadar anak dapat menguruskan aktiviti harian nya. Hari hari kami kadang sangat memenatkan, balik kerja kami menghadapi ragam anak pula.
Tak ikhlas ke aku dan suami? Terasa segalanya sulit. Terasa semuanya payah.
Doakan aku dan suami ye semua. Doakan kami terus diberi kesabaran dalam membesarkan anak syurga ku. Maaf andai penulisan aku agak terabur.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit